Wednesday, December 12, 2012

PAS MEMPERLEKEHKAN NABI SAW SEBAGAI CONTOH IKUTAN TERBAIK!!

Penulis berasa terpanggil untuk memberi fokus kepada salah keutamaan, salah tanggapan dan salah pembawaan perjuangan PAS, terutama menjelang PRU yang akan berlangsung,

Walaupun penulisan ini tidak mampu memberi kesan besar kepada pemikiran rakyat kerana hanya sebilangan kecil saja yang membaca tulisan ini, tapi inilah saja kemampuan yang penulis ada dalam usaha menyumbang buah fikiran dan pandangan terhadap salah faham PAS dalam menterjemahkan prinsip-prinsip Islam sepanjang gerakan siasahnya di negara ini.

Bagi penulis, usaha untuk memperbetulkan salah faham ini amat perlu kerana semakin ramai yang mengguna "kacamata hitam" Islam PAS, maka akan semakin ramai kalangan umat yang melihat semua perkara mengenai Islam secara "gelap-gelap kehitaman" yang terhasil dari pemakaian kacamata hitam ini.

Pandangan bagi pemakai kacamata hitam PAS ini tidak mungkin sama dengan pandangan melalui "kacamata kanta jernih" yang jelas dan tidak mengelirukan pandangan. Apa yang dilihat melalui kanta jernih itulah hakikat sebenar yang terpapar. Tidak seperti pemakai kacamata hitam, yang terpapar hakikatnya putih bersih, tapi mereka melihat gelap dan hitam. Di sinilah salah faham PAS dalam mentafsir gambaran Islam sebenar bermula.

Disebabkan gambaran salah mengenai Islam inilah yang telah menyebabkan PAS terjebak dengan salah keutamaan mereka dalam percubaan untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. 

Mana yang patut didahulukan diletakkan di belakang, dan mana yang patut dikemudiankan diletakkan di hadapan. Maka jadilah Islam menurut tafsiran PAS yang lebih banyak menimbulkan fitnah dalam agama daripada kebenaran. Lebih banyak keburukan tercipta daripada kebaikan yang datang. 

Akhirnya yang menjadi mangsa bukan pemimpin PAS, sebaliknya kesucian dan kebenaran Islam itu sendiri yang tercemar dan dipandang  rendah dan dilihat serong oleh bukan Islam.

Siapa yang harus bertanggungjawab terhadap kesalahfahaman dan pandangan rendah maayarakat bukan Islam terhadap Islam yang berlaku hari ini? Siapakah pemegang saham terbesar kepada fitnah yang datang terhadap kesucian dan kebenaran agama Islam, jika bukan disebabkan pembawaan Islam ala-PAS?

Susun-atur perjuangan Islam ciptaan PAS tidak menurut tertib atau sunnah sepertimana yang diunjurkan oleh "manusia yang jika tidak kerananya, tidak akan Allah wujudkan alam ini". Jika Allah tidak bercadang untuk melahirkan manusia yang bernama Muhammad, tidak akan diwujudkan oleh Allah apa yang dikatakan sebagai "alam" pada hari ini.

Itulah gambaran betapa hebat dan mulianya manusia yang telah menunjukkan tertib dan contoh tauladan terbaik bagaimana ajaran Al-Quran yang diturunkan melalui baginda itu harus ditafsir dan diamalkan di mukabumi ini.

Jika gambaran keindahan dan tertib Islam itu digambarkan seperti sebuah rumah, maka apakah yang tergambar oleh kita susun-atur yang lazim bagi sesebuah rumah itu?

Sudah pasti letak duduknya sesuatu objek atau lekapan dan lengkapan di dalam rumah itu adalah menurut kelaziman yang seharusnya. 

Apakah wajar katil tempat tidur disusunatur di ruang tamu, manakala perabut sofa diletakkan di bilik? 

Patutkah dapur gas dan segala perlatan memasak seperti pisau daging dan kunyit bawang diletakkan di ruang menonton tv, manakala ruang dapur yang sepatutnya digunakan untuk acara masak-memasak digunakan pula sebagai tempat sembahyang dan mengajar anak mengaji?

Jika ini yang terpapar pada susunatur sebuah rumah, sudah pasti orang luar akan menganggap ada yang tidak kena kepada tuan empunya rumah tersebut.

Tiada orang luar yang berani masuk ke dalam rumah sebegini kerana sebahagian besar mereka pasti beranggaoan tuan empunya rumah ini tidak siuman.

Pelbagai persepsi akan muncul hasil dari aturan luar kelaziman yang berlaku di rumah tersebut. Fitnah dan salah-sangka pasti akan mendominasi pandangan pihak luar.

Inilah kejadian dan nasib yang menimpa terhadap kesucian Islam di negara ini akibat dari salahguna dan salah aturan serta tafsiran mengenai Islam. Masing-masing mentafsir dan menterjemahkan segala macam ajaran Islam menurut persepsi dan kepentingan masing-masing.

Tujuan dan maksud Islam itu diperjuangkan juga sudah berbeza-beza menurut keperluan dan kepentingan mereka, sedangkan manusia terpuji yang dianggap kekasihNya yang telah dihantar menjadi contoh, petunjuk dan suluh bendang tidak pernah mentafsir dan melakukan seperti yang telah mereka perbuat. 

Kononnya apa yang mereka lakukan itu tidak bertentangan dengan al Quran dan hadis. 

Apakah sekadar melakukan sesuatu perkara yang tidak bertentangan dengan Islam itu sudah memadai untuk mendaulatkan Islam? Apakah sama nilainya di sisi tuhan ayat, "boleh melakukan sesuatu asal tidak bertentangan dengan Islam" dengan ayat, "melakukan sesuatu yang diunjurkan atau diwajibkan dan digalakkan oleh Islam?" Mana satukah nilai amalan yang lebih dipandang tinggi di sisi Allah di antara dua amalan ini?

Apakah pendekatan nabi saw dalam membawa perjuangan Islam yang dibimbing secara langsung oleh Allah itu sudah "absolete" sekarang ini sehingga PAS berijtihad mahu mencipta suatu bentuk dan susunatur baru bagaimana kaedah terkini untuk meneruskan perjuangan nabi di mukabumi ini?

Apakah Allah telah membimbing secara langsung pimpinan PAS ini dengan kaedah baru yang lebih terkini melebihi dari bimbingan yang telah diberikan terhadap Nabi KekasihNya sendiri?

Apakah Allah dan rasulNya telah terlepas pandang bahawa suatu masa di akhir zaman nanti ada sebuah negara di timur jauh yang mana negara itu lebih kompleks dan lebih unik permasalahan dan diversiti penduduknya  dari apa yang telah dihadapi dan dilalui di zaman KekasihNya, dan hari ini Allah mahu membuat pembetulan terhadap masalah yang terlepas pandang olehNya ini? 

Allah bebas dari sifat lalai dan lupa. Walau sebutir pasir yang bakal bergerak di dasar lautan lagi 1000 tahun akan datang, pasti tidak terlepas dari pengetahuan dan pengaturanNya.

Maka, janganlah ada di kalangan kita khususnya PAS, hari ini cuba untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dari Rasulullah saw dalam usaha mereka untuk menguruskan hal-ehwal agama yang telah diamanahkan kepada baginda sendiri.

Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara termasuk soal akidah dan tauhid, soal munakahat, muamalat dan segala kemaslahatan hidup telah ditunjukkan caranya oleh nabi saw.

Cara untuk makan, minum dan berak kencing pun telah diajarkan oleh Nabi. Inikan cara bagaimana untuk memakmurkan sebuah daulah Islamiah. 

Nabi tidak pernah ajar pendekatan untuk bernegara sepertimana pendekatan yang sedang dilakukan oleh PAS sekarang ini.

1 comment:

  1. Quote

    Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara termasuk soal akidah dan tauhid, soal munakahat, muamalat dan segala kemaslahatan hidup telah ditunjukkan caranya oleh nabi saw.

    Cara untuk makan, minum dan berak kencing pun telah diajarkan oleh Nabi. Inikan cara bagaimana untuk memakmurkan sebuah daulah Islamiah.

    Persoalan.

    Mahasiswa Semester 1 Pengajian Islam boleh confirm statement ni salah.

    ReplyDelete