Saturday, December 8, 2012

ANWAR PEMEGANG FRANCAIS PRODUK BILL GATE RUPANYA!!!

Nama BJ Habibie sering dikaitkan dengan Pak Lah semasa Pak Lah menjadi TPM. Mereka berdua dikatakan mempunyai karakter kepimpinan yang hampir sama. Lembut dan lembik.

Hayat kepimpinan Habibie adalah antara tempoh yang paling pendek di Indonesia.

Diberitakan semasa ceramahnya di Unisel, beliau secara terbuka menyokong fahaman pluralisma kerana fahaman itu sesuai bagi Malaysia dan Indonesia yang mempunyai kepelbagaian kepercayaan agama.

Apa maksud dan apa niat sebenar Anwar menjemput BJ Habibie ke Malaysia?

Sebelum ini Anwar pernah membawa Amien Rais. 

Sebelum ini juga Anwar, melalui Wan Azizah pernah membawa Estrada dari Filipina. 

Kenapa Anwar suka sangat beli jiwa rakyat dengan cara jual-beli orang? Anwar sangat suka menjual brand dan jenama orang lain sama seperti lagak seorang pemegang Francais atau sole ditributor suatu produk. Pendekatan perniagaan digunakan dalam politik.

Jika ada orang asing yang dikatakan berpengaruh atau berjenama, Anwarlah yang akan paling cepat mengambil kesempatan.

Anwar pernah cuba menjadikan jenama Yusof Qardawi sebagai hak miliknya. Seolah-olah dialah pemegang Francais jenama Qardawi di Malaysia.

Apabila nama Aung Sang Myanmar muncul menjadi sebutan dunia, Anwar cepat-cepat kaitkan perjuangannya sebaris dengan wanita Myanmar ini.

Bila muncul gerakan arab spring, Anwar sepantas kilat kaitkan dirinya dengan gerakan yang sedang menjatuhkan kerajaan yang ada. Konon, perjuangan mereka seiring dalam membenteras kezaliman pemerintah. Sekarang di Mesir sudah ratusan ribu rakyat keluar berdemo untuk mendesak presiden baru supaya meletak jawatan. Anwar patut segera kaitkan pula dirinya dengan gerakan tahrir yang baru ini.

Semasa dalam UMNO, dialah pengedar tunggal atau pemegang francais tunggal jenama Mahathir bin Mohamad sehingga seluruh rakyat beranggapan Mahathir terlalu sayangkan beliau. Sampaikan rakyat beranggapan Mahathir Mohamad bertindak mengenepikan Musa, Ku Li, Ghafar hanya kerana mahukan Anwar menggantikan beliau.

Semasa dalan UMNO juga, segala jenama-jenama besar seperti Bank Islam, UIAM, Pertumbuhan Ekonomi Negara yang memberansangkan dan segala yang baik-baik adalah milik tunggal dia. 

Segala jenama buruk yang berkaitan dengan rasuah, pembaziran, kroni dan penyelewengan akhirnya dianugerahkan oleh Anwar menjadi hak milik tunggal kepunyaan Mahathir Mohamad.

Main chop-chop dan twi tak twi adalah politik fahaman Anwar. Palat amek...

No comments:

Post a Comment