Friday, December 7, 2012

PEMIMPIN DAP, MCA, GERAKAN DAN MIC WAJIB BACA KENYATAAN INI!!!

Konsep dan falsafah pembentukan negara Malaysia yang terbentuk pada hari ini, bukan terhasil atau terjadi dengan sendiri sebagaimana wujudnya sungai dan bukit bukau.

Konsep dan falsafah pembentukan negara Malaysia adalah "tailor made" yang cocok untuk rakyat negara ini. Ia mungkin "tak menjadi" jika konsep ini digunapakai di Indonesia atau di India mahu pun China. 

Kompleksiti dari segi kepelbagaian kaum, budaya, adat resam dan kepercayaan yang berbeza adalah faktor terpenting yang membezakan di antara negara Malaysia dengan lain-lain negara.

Disebabkan kompleksiti inilah yang mendorong pemimpin terdahulu memikirkan suatu "formula luar kotak" sehingga melahirkan sebuah "acuan khas" bagaimana rupabentuk terbaik yang seharusnya dibentuk bagi kehidupan masa hadapan rakyat yang menjadi kompleks sebaik saja kaum melayu bersetuju menerima kaum cina dan india sebagai warganegara.

Pemimpin terdahulu sedar bahawa formula ini tidak mungkin berhasil jika orang melayu tidak bersedia untuk "berkorban". Maka pemimpin ketika itu mengadakan roadshow seluruh negara untuk memperjelaskan kepada kaum melayu bahawa mereka harus berkorban, jika mahu negara ini bebas dan merdeka.

Pengorbanan yang dimaksudkan ialah "bersedia untuk menerima kaum dari negara Asia Selatan dan dari Tanah Besar China untuk hidup bersama di dalam negara yang bakal memperoleh kemerdekaan".

Orang melayu tanpa banyak bicara telah bersetuju dengan formula ini demi sebuah kemerdekaan dan kedaulatan. Penerimaan orang melayu ini bukan bermaksud kaum melayu bodoh dan mudah dimomok-momokkan.

Di sebalik persetujuan kaum melayu ini tersembunyi suatu norma nilai hidup dan ketamaddunan yang sangat mulia yang terdapat hanya pada kaum melayu dan tidak terdapat pada mana-mana kaum yang ada di dunia ini.

Nilai termulia yang dimaksudkan ialah sifat tolarensi, bersedia berkongsi tanah air dan pada masa yang sama bersedia melepaskan sebahagian dari hak dan kepentingan mereka untuk dikongsi bersama dengan kaum yang tidak ada hubungkait sama sekali dengan mereka samada dari segi darah, budaya mahupun kepercayaan.
  
Kesediaan untuk berkorban, bertolarensi dan melepaskan sebahagian dari hak dan kepentingan sebagai pemilik sah sebuah tanahair ini adalah merupakan sesuatu yang benar-benar  ‘unprecedented’. 

Mereka sanggup menyerahkan sebahagian dari hak mereka kepada orang lain demi untuk membina sebuah negara yang aman, bebas dan merdeka. 

Apa yang dilakukan oleh bangsa melayu ini adalah meeupakan "ulangan peristiwa" yang berlaku pada zaman Rasulullah saw, iaitu peristiwa yang terjadi setelah apabila Raaulullah saw menerima arahan langsung dari Allah swt supaya berhijrah ke Madinah. 

Peristiwa hijrah Rasulullah saw bersama 83 sahabat yang lain ke Madinah adalah satu-satunya precendented case yang selayaknya untuk dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh bangsa melayu. 

Dalam peristiwa hijrah tersebut, Kaum Ansar Madinah telah memberi sebahagian dari tanahair, kehidupan dan hak mereka kepada kaum muhajirin yang berhijrah dari Mekah. Bukan saja tanah dan tempat tinggal, malah ada kalangan kaum Ansar yang menceraikan sebahagian dari isteri-isteri mereka untuk diberi kepada kaum Muhajirin.

Tiada mana-mana bangsa di dunia ini yang telah melakukan pengorbanan sepertimana pengorbanan yang telah dilakukan oleh kaum Ansar Madinah. 

"Barangkali", inilah satu-satunya amalan murni tertinggi sebuah bangsa yang bernama "melayu" yang dipandang Allah swt sehingga negara kita hari ini diberi nikmat keamanan, kemakmuran dan sentiasa dilindungi dari malapetaka dan kemusnahan. Tidak sepertimana yang berlaku di kebanyakan negara. Inilah "barangkali" hadiah khusus dari Allah swt buat bangsa melayu dan tanah air ini serta seluruh penghuninya.

Kaum cina dan India juga wajib bersyukur dan berterimakasih dengan apa yang telah mereka nikmati bersama. Jika kaum melayu memiliki nilai murni sepertimana kaum Ansar, kaum cina dan India harus menjadi sepertimana kaum Muhajirin. 

Kaum muhajirin, walaupun diberi pelbagai bantuan dan nikmat hingga ke betis, tetapi mereka tidak pernah minta lebih hingga ke peha. Tiada tuntut-menuntut hak berlaku di antara kaum Muhajirin Mekah dan kaum Ansar Madinah! Sebaliknya mereka saling menunaikan hak di antara mereka. Hakikatnya inilah sebuah gambaran kehidupan Madinah Al Munawarah, dan inilah gambaran kehidupan Islam sebenar. 

PEMIMPIN KAUM, ulamak dan pemimpin parti politik di negara ini hari ini berkewajiban memahami fakta dan realiti sejarah yang telah mengevolusikan kehidupan rakyat dan negara hingga ke tahap yang ada pada hari ini! 

Jangan cuba lari dari kenyataan hanya disebabkan sejarah dan realiti yang telah termaktub itu tidak memberi kelebihan kepada anda ke arah proses untuk menguasai pemerintahan negara ini.

Perlembagaan yang telah digubal bukan sahaja melindungi hak keistimewaan orang melayu, bahkan ia turut melindungi hak keistimewaan semua kaum termasuk kaum cina dan India. 

Orang melayu tidak pernah menyesal dengan apa yang telah mereka korbankan. Orang melayu juga mengakui hakikat kelebihan kaum lain dalam bidang-bidang tertentu. Orang melayu juga mengakui hakikat tidak harus wujud peminggiran dan diskriminasi kaum di dalam sebuah negara yang demokratik dan bebas. Orang melayu juga terlebih-lebih faham bahawa kaum cina dan India juga adalah sebahagian dari warganegara Malaysia. 

Orang melayu memang kaum yang amat memahami dan paling bertolarensi. Orang melayu telah buktikannya dari dulu lagi. Orang melayu juga ingin lihat kaum lain bersedia untuk berkorban dan bertolarensi seperti mereka demi membina sebuah negara yang berjaya. 

Apa yang orang melayu lakukan hari ini, hanyalah mempertahankan baki hak keistimewaan yang masih ada, kerana keistimewaan selebihnya telah pun "diserah hak "untuk dikongsi bersama dengan kaum lain.

Orang melayu 'melakukan pengorbanan' ke atas sebahagian hak-hak mereka agar dapat dikongsi bersama dengan adil dan seimbang dalam pembinaan sebuah negara. Oleh itu, kaum cina dan India tidak sepatutnya 'melakukan tuntutan’ terhadap segala baki hak yang masih tinggal kepada bangsa melayu. 

‘Melakukan pengorbanan’ dan ‘melakukan tuntutan’ dalam membina negara adalah 2 perjuangan yang sama sekali berbeza mauduknya. Tidak wujud sama sekali apa yang dikatakan "keadilan sebenar", jika satu pihak diminta terus berkorban dan sebelah pihak lagi terus-terusan melakukan tuntutan demi tuntutan.

Pertembungan ini adalah pertembungan di antara 2 budaya. Budaya melayu yang nasional sifatnya tetapi telah disalahtafsir sebagai perkauman, manakala budaya yang cuba dipromosi oleh pihak yang satu lagi digambarkan sebagai nasional tetapi hakikatnya ia sangat perkauman dan chauvinis sifatnya…! 

'Melakukan pengorbanan' bermakna perkara itu telah benar-benar berlaku dan yang dikorbankan itu telah terlepas dari tangan.

'Melakukan tuntutan' pula bermakna keinginan kepada sesuatu perkara yang belum tercapai atau sudah tercapai tetapi masih belum berpuas hati. 

Apa akan terjadi kepada baki hak dan keistimewaan bangsa melayu jika golongan yang sentiasa 'melakukan tuntutan', terus diberi ruang melakukan pelbagai tuntutan, manakala bangsa melayu diminta terus bertahan dan terus melakukan pengorbanan demi pengorbanan?

Negara Madinah yang dibangunkan oleh Rasulullah saw dan dimuliakan oleh Allah swt adalah berasbabkan pengorbanan ke dua-dua pihak, kaum Ansar dan Muhajirin. Ia tidak mungkin berjaya hanya dengan pengorbanan sebelah pihak.

Begitulah keadaannya dengan negara kita. Hari ini segala persefahaman dan persetujuan yang dicapai hasil dari pengorbanan ke dua-dua belah pihak sudah diikat mati di dalam perlembagaan negara.

Apa yang membimbangkan kita ialah formula dan kunci kejayaan ini sudah beransur-ansur diperlekehkan. Peruntukan perlembagaan yang melindungi persetujuan yang tercapai sudah kembali dipertikaikan oleh kaum muhajirin. 

Budaya "tuntut menuntut" sudah dijadikan asas baru yang kononnya ia adalah formula baru yang lebih demokratik dan terbuka serta mampu menjamin kesamarataan dan menghapuskan diskriminasi. Kononnya cara lama sudah ketinggalan zaman dan cara baru ini mendepani zaman, sedangkan hakikatnya, formula inilah yang sedang bergerak melenyap dan menghancurkan segala keharmonian, kedamaian dan kejayaan lalu.

Salam 1Malaysia Tolak Fitnah.

No comments:

Post a Comment