Thursday, December 6, 2012

ANWAR KECEWA ERDOGAN & ISTERI RUPANYA PERASUAH TEGAR!!!

Pencapaian Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2012 bertambah baik dengan kedudukan di tangga 54 daripada 176 negara berbanding ke-60 daripada 183 negara, tahun lalu.

Pencapaian terbaru dikeluarkan Transparency International (TI) menunjukkan skor CPI Malaysia pada 49 mata daripada skala 0 hingga 100 berbanding 43 mata pada 2011.

Kejayaan Presiden TI Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low, berkata kejayaan itu menyaksikan kedudukan negara sebaris dengan Republik Czech, Latvia dan Turki yang turut meraih 49 mata.

Beliau berkata, Malaysia juga mengekalkan kedudukan di tangga ketiga dalam kalangan negara ASEAN selepas Singapura yang memungut 87 mata dan Brunei (55 mata).

Katanya, kedudukan itu menunjukkan Malaysia mengatasi Thailand yang berada di tangga ke-88, Filipina (105) dan Indonesia (118).

Demikin sedutan dari Gelombang Wangsa Maju..

Nampaknya, Erdogan dan Turki setaraf dengan PM Najib dan Malaysia dalam hal-ehwal rasuah. Tapi PM Najib separuh mati dikerjakan siang malam dek Anwar dan pakatan mungkarnya. Rasuah...rasuah...rasuah. Tengok Najib nampak rasuah. Tengok Rosmah nampak rasuah. Tengok UMNO nampak rasuah. 

Kenapa Anwar sanggup jadikan Turki dan Erdogan seolah-olah seperti God-father dan contoh ikutan terbaik sedangkan rekod Turki 2x5 Malaysia je.

Lagi satu hal, cuba lihat negara pujaan Anwar, Filipina dan Indonesia yang dikatakan lebih transparen dan terbuka serta lebih demokratik. 

Itukah contoh negara-negara ikutan Anwar? 

Persoalanya bukan isu rasuah pak.... Isunya politik.. Kok aman-aman aja bagaimana lho... Lalu bagaimana mau di apain Pak Najib..

No comments:

Post a Comment