Pakatan pembangkang bakal terjerat dengan pendekatan bohong, fitnah dan dusta keterlaluan yang sudah overbought.
Tipu, fitnah dan dusta keterlaluan sudah menjadi budaya pakatan sejak ia dipimpin oleh Anwar. PAS yang takut dosa pun sudah "serasi" dengan budaya ini.
Permainan rekacipta fitnah dan dusta keterlaluan yang dimainkan puak pembangkang kelihatan sudah memakan diri.
Majoriti rakyat sudah semakin memahami pendekatan kotor yang tidak henti-henti dimainkan oleh pembangkang. Jika pakatan gagal membendung kecenderungan Anwar yang menjadikan kaedah tipu, fitnah dan dusta sebagai satu-satunya senjata utama menjatuhkan lawan, majoriti rakyat akan beransur-ansur hilang kepercayaan terhadap pembangkang.
Kesan ini sudah dapat dilihat dengan ketara apabila satu demi satu pembohongan Anwar dikantoikan tuhan.
Semakin hari semakin terbongkar "tektik rekayasa tuduhan" yang direkacipta semata-mata untuk melakukan pembunuhan karakter para pemimpin utama UMNO.
Rakyat sudah semakin meluat dengan cara Anwar dan pakatan pembangkang.
Pembohongan dan rekayasa fitnah terbaru yang dilakonkan oleh Deepak, sekali lagi dijayakan dan tidak lain tidak bukan, ia bertujuan untuk merosakkan PM dan isteri. Nampak jelas pendedahan video pengakuan Deepak, bakal memakan diri Anwar.
Tapi, kepada penyokong taksub ia tidak akan memberi kesan apa-apa. Hati mereka sudah "bungkam" dan mati untuk menerima kebenaran yang Allah tunjukkan. Keluar suara dari langit pun memberitahu Anwar pembohong dan pendusta, mereka tidak akan percaya.
Sasaran kita hanya kepada rakyat atas pagar dan silent majoriti. Golongan inilah yang semakin menyampah dengan tindakan tidak bermoral Anwar dan para rakan dustanya.
Kita bersyukur kerana Anwar terlepas pandang kumpulan sasaran ini. Tuhan tutup pandangan dia barangkali. Semua ini gagal dilihat oleh Anwar adalah berpunca dari sikap rakus, dendam, dengki dan khianat yang sudah terlalu menguasai jiwa beliau.
Tepat sekali nasihat Tun M kepada Anwar, "Anwar, kamu harus mempunyai sifat syukur".
No comments:
Post a Comment