Monday, November 26, 2012

KAUM CINA SEMAKIN GEMENTAR BILA DEKAT2 PRU!!??

Apa yang kaum cina boleh dapat kalau mereka berpakat menyokong pakatan pembangkang dalam PRU kali ini?

Apa pula mereka boleh dapat jika mereka berpakat menyokong BN?

Apakah kaum cina akan berasa lebih selamat jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan selepas PRU13 berbanding dengan semasa pemerintahan BN?

Kaum cina tentu lebih arif dalam menilai baik buruk survival mereka kerana bagi kaum cina isu ekonomi, pendidikan dan kebudayaan kaum ina adalah menjadi keutamaan di dalam mereka membuat sesuatu pertimbangan.

Kaum cina harus realistik dan berhenti dari tabiat "menahan lukah di genting yang sempit". Kaum cina harus berhenti dari tabiat mengambil kesempatan dan peluang melabuhkan pukat sebaik saja air keruh dan tatkala ikan mabuk.

Tabiat seperti itu tidak selamanya akan membawa keuntungan kepada mereka. Adakalanya ular yang masuk lukah dan adakalanya pukat roboh kerana tersangkut balak hanyut.

Kaum cina harus rasional di dalam fasa terpenting dalam PRU13 kali ini. Apakah kaum cina memang suka dan ternanti-nantikan suatu keadaan yang secara berterusan tidak stabil?

Apakah kaum cina sememangnya lebih beruntung di dalam ketidakstabilan politik seperti yang berlaku sepanjang penggal pemerintahan 2008/2013?

Kaum cina harus ingat bahawa tidak selamanya menahan lukah digenting yang sempit akan memberikan hasil yang lumayan buat mereka. Tidak selamanya mereka boleh cari makan di dalam keadaan politik yang kerih dan tidak stabil.

Dalam situasi begini mungkin mereka boleh ambil kesempatan menuntut segala macam perkara dengan cara memberi ugutan dan tekanan kepada parti pemerintah, tetapi selama mana mereka mahu hidup dalam situasi begini?

Bagaimana jika tahap ketidakstabilan politik ini berada di kedudukan yang lebih parah dan kronik sehingga berlaku kemusnahan dalam ekonomi negara dan berlaku pergaduhan antara kaum yang tidak mampu dikawal?

Sebagai seorang opportunist, mari kita sama-sama membuat perkiraan baik dan buruk yang bakal berlaku jika sesiapa juga yang memerintah selepas PRU13 nanti tidak mendapat mandat yang selesa untuk memerintah.

Jika BN mendapat kemenangan yang terlalu tipis, sudah pasti keadaan politik akan lebih meruncing dari keadaan sedia ada. Dalam keadaan status quo yang ada hari ini, BN masih boleh memerintah dengan baik walaupun tekanan tidak henti-henti secara berterusan terus dilakukan oleh pihak pembangkang sebaik saja tamat PRU12 yang lalu.

Dalam tempoh ini segala macam NGO dan badan perniagaan cina mengambil peluang sepenuhnya untuk meminta itu dan ini dari pemerintah. Disebabkan mahukan sokongan kaum cina, BN sentiasa membuat yang terbaik untuk memenuhi segala permintaan ini.

Tetapi harus diingat, apakah BN akan terus sedia memenuhi atau mampu memenuhi semua tuntutan yang dibuat oleh NGO dan badan perniagaan cina ini jika keadaan BN menjadi semakin lemah selepas PRU13?

Begitu juga jika pembangkang berjaya mengambil-alih Putrajaya selepas PRU13. 

Persoalannya, adakah pakatan pembangkang berkemampuan untuk menang selesa? Adalah hampir mustahil pembamgkang boleh menang selesa jika benar pun mereka berjaya mengambil-alih pemerintahan dati tangan BN. Malahan jika dikaji lebih mendalam senario yang ada hari ini, andai kata pembangkang menang pun, kemenangan mereka adalah sangat tipis.

Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti negara akan menjadi lebih tidak stabil. 

Maka dengan inilah saya menasihatkan kepada kaum cina agar jangan terlalu berani sangat bermain dengan api. Jangan terlalu kemaruk mencari untung di dalam situasi penderitaan politik pemerintah yang lemah. Jangan terlalu opportunis dengan mengambil segala peluang keemasan untuk memperoleh "laba besar" dari keadaan ketidakstabilan politik yang berlaku.

Situasi Pasca PRU13 tidak mungkin sama keadaannya dengan situasi sepanjang tempoh pemerintahan 2008/2013. Ini harus diingat oleh kaum cina.

Jika "sindiket perjudian" dan "sindiket menentukan kepada siapa kaum cina mahu memberikan kemenangan" dalam PRU 13 nanti tidak menjadi sepertimana dirancang, mungkin padah akan menanti bukan saja kepada kaum cina bahkan mungkin akan menjerat kestabilan dan keharmonian negara keseluruhaannya.

Jika berlaku ketidakstabilan politik "ala 1969", semua pihak akan menerima susah. Negara perlu menyusun semula pembinaan negara bangsa seperti yang terpaksa dilakukan selepas berlakunya ketidakstabilan yang diluar kawalan pada tahun 1969.

Perlu diingat juga sejarah di mana Gerakan yang berjaya merampas penang pada tahun 1969, juga akhirnya buntu dengan situasi anarki yang berlaku. Akhirnya, ketakutan kepada kemungkinan berlakunya situasi yang lebih buruk telah mengatasi keberanian mereka untuk melakukan perubahan politik untuk menafikan kekuatan politik MCA.

Akhirnya, demi menjaga survival politik dan ekonomi serta keselamatan hidup kaum cina, Gerakan tiada pilihan melainkan turut bersama-sama dengan Tun Razak memperbetulkan keadaan yang sudah punah akibat nafsu politik dan tabiat opportunis yang keterlaluan.

Apakah kaum cina bersedia mengambil risiko mengulangi peristiwa hitam yang pernah dilalui bersama oleh seluruh kaum di Malaysia suatu ketika dulu?

Adalah baik jika kita bijak bistari tetapi jika kebijaksanaan yang ada digunakan untuk melempiaskan sikap opportunis dan bertabiat buruk menahan lukah dipergentingan dan mengambil kesempatan di dalam penderitaan negara, ia pasti akan mengundang tindakbalas lain yang mungkin akan merobohkan pukat dan menghanyutkan lukah yang dipasang.

Untuk itu, adalah diingatkan kepada kaum cina jangan berbuat sesuatu dengan keterlaluan sehingga overbought. Berjudi tidak menang selalu bahkan lebih banyak kalah dari menang.

Jika kamu mahu memberi undi secara "enblock" kepada pakatan pembangkang kamu mesti benar-benar pasti pakatan boleh menang besar agar keadaan politik pasca PRU13 akan kembali stabil. 

Tetapi jika dalam fengshui kamu memberi gambaran bahawa jika pembangkang menang pun mereka akan menang tipis, adalah lebih kamu berfikir semula secara waras. Adakah kamu mahu semata-mata untuk melihat BN kalah atau kamu mahu kembali ke sebuah kehidupan lalu yang aman dan harmoni yang turut disumbangkan oleh Lim Chong Eu suatu ketika dulu?

Jika kamu mahukan sebuah kehidupan yang aman, makmur dan stabil maka kamu sebenarnya tiada pilihan melainkan kamu wajib memberikan undi secara "enblock" kepada BN seperti yang pernah kamu berikan kepada Tun Mahathir pada tahun 1999.

Hidup kamu dan hidup kami pasti lebih stabil, selamat, aman dan makmur di bawah BN yang diberi mandat penuh oleh seluruh kaum di negara ini!!

10 comments:

  1. orang melayu juga yang paling rugi...

    ReplyDelete
  2. Dua perkara:

    Pertama bila balak hanyut, usahkan pukat, jambatan pun roboh macam yang berlaku kek Kedah sekarang..

    Kedua Presiden MCA hari ini telah mengakui bahawa UMNO adalah tulang belakang BN.

    ReplyDelete
  3. The older chinese generation remembers 1969. Unfortunately the new kiasu generation do not. These firebrands think that by showing off their numbers in public, the crowd will be with them.
    Unfortunately, they might be right.

    Too bad the present government is TOO BLOODY SOFT on them.

    The next GE will tell...

    ReplyDelete
  4. Saya kenai sgt kelaku wakil2 rakyat BN. Mana ada kesetiaan pada parti. Semuanya jenis pentingkan perut sendiri. Kalau tak lekat jadi calon, mula la nak sabotaj parti. Spesis nie kalau pembangkang menang, berebut depa pakat keluar parti pi sokong pembangkang. Org yg setia dgn parti terus menerus jadi pecacai. Ya la, jadi atau tak jadi calon depa tetap setia. Sbb tu nama depa dipinggirkan sbb kepimpinan parti tahu, kalau tak jadi calon pun, mereka tetap akan bekerja utk parti. Sbb tu kebelakangan ini, semakin nipis perasaan sayangkan parti di kalangan org UMNO

    ReplyDelete
  5. Sbb tu suasana politik skrg amat merbahaya kpd org islam dan org melayu. PAS sangka, mereka mampu mengawal DAP dlm pakatan pembangkang. Alasan mereka mudah, DAP tak akan mampu berkuasa tanpa sokongan melayu, jd kalau DAP keterlaluan, PAS akan menarik balik sokongan mereka terhadap pakatan pembangkang, dan mereka yakin pakatan akan tumbang jika ini berlaku.

    Tetapi mereka lupa, kebykan calon BN terdiri drp mereka yg mementingkan wang ringgit utk kemewahan mereka. Puak2 DAP bg kat depa 2-3 juta, habis pakat lompat sokong DAP. Masa tu, nasib melayu akan hancur.

    ReplyDelete
  6. Tak habis-habis tabiat buruk pari penyamun ni...Mula-mula pujuk kaum China, bila pujukan tak jalan mula ditakut-takutkan dengan pertumpahan darah. Pegi jahanam la kau dengan perkauman sempit tu....Majorii Melayu tak sebodoh kau orang.....

    Dah 50 tahun lebih UMNO menipu Melayu, masih tak sedar-sedar....Bodoh tahap apa ni ha!

    ReplyDelete
  7. Satu pandangan dangkal dari seorg penulis yg merasakan kononnya umno/Bn adalah segala2nya, Kerajaan BN stabil selama ini kerana diwakili semua kaum di dlm pentadbirannya.

    Kerajaan PR juga nanti diwakili pelbagai kaum didlm pentadbirannya, jadi tiada masaalah, kecuali kpd segelintir org umno yg kecewa kerana tidak boleh menerima kekalahan.

    Tetapi jangan lupa perpaduan kaum lebih erat didlm PR, buktinya diperhimpunan BERSIH 3 diwakili semua kaum.......

    Cumanya kami dari kem PR ingin nak berpesan kpd yg teringin nak buat kacau, perpaduan kaum yg erat ini boleh menghalang sesiapa juga yg berminat yg mahu mengulangi tragedi 13 mei.

    Ingat !!! kem kemunting masih terbuka untuk anda.....selamat datang !!

    ReplyDelete
  8. Salam buat tuan,
    Pakcu nak cerita sikit ..apa lebihnya Cina ni...
    Sebetulnya percakaran sesama Melayulah menyebabkan Cina jadi hidung tinggi. Dulu Cina tak berani masuk masjid tampa tudung aurat, dulu Cina tak berani baca Quraan lintang pukang,dulu Cina tak berani tuntut sesuatu yang diluar dugaan kerana setia kawan..tapi hari ini sudah terbalik mula caci maki hamun Melayu pun di bela pula orang Melayu dalam pakatannya.

    Apa nak dibanggakan dengan Bersih 3 bila Cina sendiri tunjuk punggung dan Melayu terbalik puji..??? Betapa kaburnya penilaian Melayu.. dan mungkin kalau Cina yang memerintah mereka akan lebih hormat dari apa yang ada sekarang...macam Melayu yang pi kerja kat Singapura dimaki hamun..tapi tetap panggil BOSS..

    Kat Kelantan hampir semua projek besar yang PAS agong-agongkan itu ,Cina disebalik tabirnya...kalau tak percaya selidiklah sendiri..jadi apakah anda juga sanggup menyerahkan nadi politik pula kepada Cina selain ekonomi milik mereka.?????
    TERSERAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!....WALAHUALAM

    ReplyDelete
  9. Pakcu Rantau Panjang, yg di pakari umno skrg ialah meniup semangat perkauman, konon projek di Kelantan di belakangnya ialah Cina, habis di negeri selain dari Kelantan, Melayu ke.....

    Soal tunjuk punggung di bersih 3, memang patut di tunjuk punggung kpd pemimpin haprak, rasuah dan salah guna kuasa, kita tak kira kaum, siapa salah kita hukum, bukam mcm umno yg pilih kasih.....

    Last sekali berkaitan percakaran sesama Melayu, utk apa perpaduan Melayu jika itu dijadikan alat utk menindas rakyat....

    Perjuangan PR adalah utk semua kaum, bukan mcm umno yg memperjuangkan Melayu kaya tetapi menindas Melayu miskin.

    Beri BR1M 1&2 utk pujuk konon !!!, pemberian pula one off, boleh selesai masaalah ke ?

    ReplyDelete