Friday, November 30, 2012

ANTARA MAHATHIR, NAJIB DAN ANWAR : SIAPA SIKITOL?

Umno, parti yang sering diperlekehkan oleh pembangkang, bakal di batu nisankan, ketika ini sedang berhimpun di PWTC.

Sejak dari awal perhimpunan lagi pembangkang melalui media mereka terus berusaha keras untuk mencacatkan perhimpunan yang paling ditunggu dan diberi perhatian oleh segenap lapisan rakyat.

Bermula dari gerombolan lynas yang cuba memasuki PWTC hingga ke  isu ulang suara, Deepak si penjual karpet yang "claim" ada menyalurkan kewangan kepada keluarga Najib atas tujuan projek.

Mereka ada SOP sendiri bagaimana cara dan kaedah berkesan untuk merosak majlis orang lain atau pun mencacatkan imej orang lain. Mereka hanya mahu melemparkan sesuatu isu atau tuduhan yang boleh mencipta keraguan dan menjadi topik perbincangan rakyat berkaitan kononnya perilaku buruk dan rasuah pimpinan Umno. Bukan pimpinan pertengahan atau MKT atau Naib presiden atau Timbalan Presiden yang menjadi sasaran, tapi perilaku seorang Presiden Umno!

SOP mereka sangat mudah. Tidak perlu memberi bukti dan tidak perlu pendakwaan secara perundangan di mahkamah. Cukup isu-isu itu berlegar menjadi perbicaraan di media dan di mahkamah rakyat. Tidak perlu sabitan kesalahan atau menjatuh hukum penjara dsbnya. Sabitan kesalahan bukan matlamat mereka. Matlamat mereka hanya mahu rakyat menjadi hakim berdasarkan bukti pendakwaan di sebelah pihak mereka sahaja. Pihak yang mereka tuduh tidak perlu mempertahankan diri.

Pembangkang hanya mahu agar rakyat mempercayai setiap tuduhan mereka dan pada masa yang sama imej presiden Umno boleh punah ranah pada kacamata rakyat hasil dari pertuduhan demi pertuduhan melalui media yang mereka lemparkan. Itu sahaja yang pembangkang mahu. Matlamat mereka, bila imej pemimpin no.1 Umno dapat dihancur leburkan, maka pada andaian mereka, akan hancurlah seluruh kekuatan Umno dan BN. Akan tercapailah matlamat besar mereka untuk ke Putrajaya.

Untuk berlawan secara demokratik dan beretika dengan Umno mereka tak terdaya.
Untuk berlawah melalui rancangan, dasar dan agenda nasional, mereka tak terlawan dengan agenda transformasi Najib yang telah menunjukkan hasil cemerlang.
Untuk berlawan janji dan manifesto, mereka juga sudah rosak dengan imej mudah berjanji bulan bintang tapi tak tertunai, akhirnya kinip sudah pun menjadi sindiran rakyat. Mereka juga sudah tenggelam dengan janji ditepati BN.

Jadi apa yang termampu mereka lakukan ialah "balik semula" ke SOP ciptaan atok mereka, iaitu "kebolehan dan kemahiran dalam melemparkan tuduhan, mencipta stigma rakyat, dan "menjadikan suatu rekayasa sebagai fakta" yang mesti dipercayai oleh rakyat dan dunia seluruhnya.

Hakikatnya, mereka tersangat gementar dengan pengukuhan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Najib.

Mereka juga amat tertekan dengan dasar transformasi Najib yang sudah pun menampakkan keberkesanannya.

Mereka lebih tertekan lagi kerana UMNO masih ada Tun Mahathir yang masih terus dihormati dan disayangi oleh rakyat. Mereka sangat tertekan dengan kenyataan demi kenyataan dan peringatan demi peringatan yang terus keluar dari mulut Mahathir.

Mereka tertekan dengan kehendak Allah yang masih memanjangkan umur Mahathir. Mereka tertekan kerana Mahathir masih sehat. Mereka tertekan kerana Mahathir tidak nyanyok-nyanyok. 

Segala perancangan mereka untuk merosakkan imej UMNO sering terbantut disebabkan kenyataan-kenyataan pedas yang keluar dari mulut Mahathir. Rakyat secara secara majoritinya masih mendengar dan masih tertunggu-tunggu kenyataan Tun M di TV dan akhbar. Majoriti rakyat masih percaya dan yakin dengan Tun M. Imej Tun M terlalu kuat dan terlalu menjurang, ibarat langit dan bumi dengan imej Anwar. Ini hakikat sebenar yang ada pada majoriti pemikiran rakyat Malaysia. 

Ini yang menyebabkan pembangkang sakit hati dan tertekan sendiri. Bagi mereka, selagi ada orang tua nyanyok ini, selagi itulah rancangan mereka terdedah kepada "kerosakan yang sukar diperbaiki".

Pembangkang juga masih gagal untuk menjahanamkan imej Najib sebagai PM.

Segala perancangan mereka untuk merosakkan imej Najib masih gagal mengatasi perancangan Allah. 

Negara tetap kukuh dan terus maju walaupun Sikitol terus dibiarkan bermaharajalela.

Sikitol gunakan semua termasuk SUARAM dan orang asing untuk menjahanamkan Najib dengan senjata kapal selam, tapi akhirnya Allah gunakan orang asing juga untuk memperjelaskan keadaan sebenar.

Sikitol cuba mempergunakan negara asing untuk mencalarkan imej Malaysia, tapi Allah gunakan negara asing itu juga untuk menyelamatkan negara yang cuba dipunahkan oleh siKitol.

Terbukti perancangan Allah tak terlawan dek perancangan dayus dan nusyuz sikitol.

Sikitol sangat hafal ayat Quran "wamakaru" tapi Allah tidak beri sikitol petunjuk untuk memahami ayat-ayat Allah.

Sikitol sangat hafal ayat Quran "kulilla humma  malikal mulk", tapi Allah tutup pintu hati mereka dari menerima petunjuk dan hidayah.

Selagi wujud Allah jalajalaluh selagi itulah segala perancangan batil yang sedang dibawa oleh sikitol akan dimusnahkan oleh Allah swt. Selagi ada kehendakNya untuk menjadikan negara ini aman dan terpelihara selagi itulah sebarang kebatilan dan niat jahat terhadap negara ini akan terbantut.

No comments:

Post a Comment