PRK Kajang berlaku secara disengajakan. Perancangan mewujudkan PRK ini mempunyai pelbagai tujuan yang mahu menghasilkan perkara yang sama, iaitu "diversion".
1. Mengalih isu dalaman pentadbiran PKR di Selangor, di antara puak Khalid dan puak Azmin.
2. Persediaan untuk mengalihkan isu kemungkinan disabitkan dengan kesalahan liwat.
Jika hukuman liwat dijatuhkan tanpa isu lain yang boleh digunakan untuk melakukan diversion, impak buruk terhadap Anwar pasti lebih berganda.
Sekurang-kurangnya bila ada isu PRK, maka dengan kelebihan yang dimiliki Anwar dan para politician pembangkang dalam bermain sentimen dan memandu minda para penyokongnya, hukuman kes liwat ini mampu diubah dari ancaman terhadap masa depan politik Anwar kepada peluang untuk mencipta simpati kepada mereka dan pada masa yang sama mencipta imej buruk terhadap Najib dan kerajaan.
Para penyokong dam simpatisan Anwar masih tidak sedar lagi walaupun Anwar sudah divert dan bodohkan pemikiran mereka sebanyak 2 kali dalam kes liwat yang sama.
1. Sewaktu Saiful membuat lapuran polis, dan,
2. Sewaktu hukuman mahu diputuskan.
Waktu Saiful membuat lapuran polis, Anwar cepat-cepat arahkan isterinya Wan Azizah kosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membolehkan dia bertanding dalam PRK Permatang Pauh.
Ketika kes rayuan dijangka tidak boleh ditangguh lagi, dun Kajang pula yang berjaya dijadikan kambing hitam dengan menyuruh penyandangnya mengosongkan kerusi.
Apabila Anwar dijatuhkan hukuman bersalah, dan tidak layak untuk bertanding, Wan Azizah sekali lagi dikambinghitamkan. Jika dulu dikambinghitamkan dengan menyuruh kosongkan kerusi Permatang Pauh, kini dikambinghitamkan pula dengan menyuruh isterinya bertanding pula di PRK Kajang.
Penyokong dan pengundi Anwar "masih tidak juga sedar-sedar lagi" bahawa mereka terus-terusan dijadikan bahan pengawet kepada segala kesalahan dan kebobrokan tabiat peribadi dan kekotoran mainan politik Anwar.
Tiada siapa yang boleh menolong para pentaksub dan bahan pengawet Anwar ini untuk keluar dari jeratan minda yang telah "terpasung" di dalam benak mereka.
Biarkanlah pemikiran para pentaksub ini terus dipasung oleh Anwar. Padan dengan muka mereka. Bodohnya tak dapat nak diajar, pandainya tak terikut dek mana-mana manusia.
Walaupun mereka ini pensyarah, doktor Phd dan pegawai tinggi kerajaan dan semuanya berpelajaran tinggi, tapi akibat dari kesilapan mereka bersedia untuk diperbodohkan oleh Anwar, maka Allah swt izinkan Anwar memperbodohkan mereka.
Allah Maha Adil dan Dia tunaikan permintaan mana-mana hamba-hambanya berdasarkan apa yang mereka minta. Jika mereka menyediakan minda mereka untuk diperbodohkan oleh Anwar, maka itulah yang Allah izinkan buat mereka.
Maka itu sebablah, begitu ramai sekali para ilmuan, budayawan dan orang-orang yang kononnya merasakan diri mereka berpelajaran hari ini berjaya dipasungkan pemikiran mereka oleh Anwar Ibrahim.
Hakikatnya para ahli akademik ini hanya berpengetahuan dalam bidang yang mereka mendalaminya sahaja hingga diiktiraf dengan Phd, profesor dan dll pengiktirafan. Selain dari bidang kajian yang dijalankan, mereka sangat "naif" dan ada yang bertaraf "jahil muraqad". Inilah antara sebabnya golongan ini sangat mudah diresapi dan seterusnya dipasung pemikiran mereka oleh mereka-mereka yang kelihatan pada permukaannya menarik, berilmu dan petah dengan bahasa dan pujangga.
Banyak kali dalam ceramahnya Nuar anak Brahim ni kata bahawa UMNO/BN dan kerajaan sudah tidak dapat lagi memperbodohkan rakyat, rakyat sudah cerdik dan berilmu serta bermaklumat. Ini selalu diulangi oleh Nuar anak Brahim ni.
ReplyDeleteKerajaan melalui PM mengakui kenyataan ini dan menerima hakikat bahawa zaman kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir. Benar kata Nuar anak Brahim tersebut. Namun di Negara ini hanya Nuar anak Brahim sahaja yang masih Berjaya MEMPERBODOHKAN pemikiran rakyat termasuklah golngan yang disebutkan oleh KNKB ini.
Apo nak buek sobab puak2 tersebut rela diperbodohkan oleh Nuar anak Brahim ni. Tak dapek nak nolong ea doh.
Maso Jokiden kocik2 dulu, Nuar anak Brahim ni ponah datang kg Jokiden, molawat projek ternakan ikan air tawar, omak sei amik gambar ngan Nuar anak Brahim ni sambil pogang ikan sekor. Sojak tu sei kona Nuar ni. Tapi dulu kini dan solamo ea sei tak ponah pulak terujo dgn Nuar ni... Sei tomasuklah ke dalam golongan yang tak dapek diperbodohkan oleh Nuar ni dan sei istiharkan bahawa as far as Nuar is concern Jokiden remain cerdikkkkkkkkk!!!!
Jokiden.