- “Kenapa buat kami macam ni”.
- “Perwakilan pemuda dah gila ke”.
- “Apa nak jadi dengan pemuda ni”. ”Dia orang ingat UMNO ni mak bapak dia punya ke..suka-suka pilih siapa dia nak…Langsung tak mau memikir kami yang di bawah ni”.
“Perwakilan pemuda pedagang parti..penjual bangsa, pelacur..GRO. Jual diri.”. - “Pemuda UMNO taada ‘otak’ langsung…Orang yang dah didapati bersalah…rasuah pun dia jadikan pemimpin. Mampuslah UMNO..”
- Apa ..mereka ingat dengan 304 orang boleh selamatkan pemuda? Kami ada 700,000 orang. Nanti dekat Bukit Gantang ke ..Selambau ke…suruhlah 304 orang ni buat keje pemuda..Kita orang nak tengok apa jadi..
- Itulah antara luahan mereka yang berada di PWTC dan di mana juga selepas Khairy Jamaludin dimenangkan oleh 304 perwakilan pemuda.
- Jurublog tidak menulis lebih seminggu kerana terlalu sibuk dengan usaha terakhir untuk memastikan kemenangan pihak aspirasi rakyat dan akar umbi agar UMNO kembali dihormati dan dipercayai.
- Tapi, nampaknya perwakilan pemuda, khususnya 304 perwakilan tidak mahu UMNO kembali dihormati dan dipercayai.
- Keluhan dan kekesalan yang dihamburkan ini datangnya dari anak-anak muda, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan orang-orang awam yang mungkin ahli UMNO dan mungkin juga tidak.
- Begitulah besarnya kuasa yang ada pada 304 orang perwakilan pemuda yang telah memberi kemenangan kepada orang yang telah disahkan ‘bersalah tapi tidak dihukum’ oleh Lembaga Disiplin.
- 304 orang perwakilan pemuda telah memberi hadiah seorang perasuah kepada 700,000 ahli pemuda akar umbi untuk dijadikan pemimpin mereka.
- 304 orang perwakilan telah meletakkan UMNO dalam keadaan tersepit untuk menjawab persoalan rakyat, ‘kenapa nobatkan pesalah rasuah untuk memimpin barisan hadapan parti’.
- 304 perwakilan telah mengagalkan hasrat DS Najib untuk mendapat barisan pimpinan yang berintegriti dan bebas dari keraguan atau persepsi buruk rakyat.
- 304 perwakilan telah memberi aib kepada UMNO dipandangan mata rakyat dan kepada dunia apabila menobatkan seorang perasuah menjadi ketua kepada Institusi pemudanya.
- 304 perwakilan telah menghancurkan harapan akar umbi yang jelas berkehendakkan Dato Mukhriz memimpin pemuda. Hasrat majoriti akar umbi melalui pencalonan bahagian telah dikhianati oleh perwakilan.
- 304 perwakilan yang diamanahkan akar umbi telah melacurkan undi mereka demi habuan semasa.
- Khairy Jamaludin membeli jiwa perwakilan dengan wang untuk membolehkan dia jadi Ketua Pemuda.
- Perwakilan pula telah memenafaatkan sepenuhnya visa perwakilan yang telah diberi oleh akar umbi dengan melacurkan diri kepada siapa yang menawarkan lebih besar habuan.
- Permit dan visa yang datang 3 atau 4 tahun sekali ini telah digunakan sebagai kuasa tawar-menawar atau tukaran antara undi dan wang.
- Status perwakilan yang ada pada mereka sudah bertukar menjadi kertas ‘cagamas’. Ke hulu ke hilir selama 6 bulan membawa kertas ‘cagamas’ untuk dicagar dan ditukar dengan wang.
- Akhirnya 700,000 ahli pemuda telah menjadi mangsa kepada manipulasi 304 perwakilan.
- 304 perwakilan ini telah memanipulasi sepenuhnya sistem pemilihan dengan menjadikan jawatan ketua pemuda sebagai galang ganti untuk mereka kaut segala keuntungan yang ditawarkan si perasuah.
- Kelu dan tiada kata-kata yang mampu dikeluarkan apabila seorang pesalah rasuah diumum sebagai ketua pemuda.
Malu besar UMNO dan institusinya….
ASPIRASI RAKYAT VS ASPIRASI PERWAKILAN
Aspirasi rakyat vs Aspirasi perwakilan telah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada aspirasi perwakilan.
Dengan kemenangan ini maka pemuda UMNO secara tidak langsung telah terpisah dari aspirasi majoriti rakyat khususnya golongan muda, sebaik saja para perwakilan menolak pemimpin yang mewakili aspirasi rakyat.
Dengan keputusan ini bermakna pemuda telah memilih jalan penuh berliku dalam meneruskan perjuangannya.
Pemuda terpaksa berusaha dua tiga kali ganda lebih dari yang sepatutnya apabila mereka bertindak memilih pemimpin ‘baggage’ sebagai ketua.
Jalan pintas untuk menambat kembali golongan muda dan akar umbi dengan cara memilih ‘ikon’ rakyat dan akar umbi sebagai pemimpin mereka telah dipersiakan oleh perwakilan.
Sekarang terpulanglah kepada 304 perwakilan untuk berganding dengan ketua ‘liabiliti’ pilihan mereka memikir bagaimana untuk meneruskan perjuangan melalui jalan penuh liku kerana jalan itu yang telah menjadi pilihan mereka.
Sayang, ada juga manusia yang mengaku yakin dan memilih UMNO sebagai wadah perjuangan suci telah memilih seorang yang telah disahkan sebagai perasuah kotor untuk memimpin perjuangan suci mereka.
Tindakan mereka ini samalah seperti meletakkan najis sebagai ‘icing' di atas sebuah kek dan kemudiannya memaksa rakan-rakan pemuda yang lain untuk sama-sama meyakinkan kembali rakyat dan akar umbi bahawa kek ini enak dan ia sama seperti kek yang telah dijual oleh pejuang terdahulu.
Ramai yang ingin melihat bagaimana sambutan pelanggan terhadap kek ‘icing’ najis yang akan mula dijual di pesta rakyat Bukit Gantang dan Selambau bermula hari ini….
salam tuan...
ReplyDeleteapa yg sy terkejut di PWTC tempohari adalah kebanyakan EXCO pemuda adalah orang2 KJ. Sy rasa semua perwakilan bukan sahaja undi KJ tetapi pada semua rakan2nya. Adakah ini satu percaturan ataupun memang satu kehendak perwakilan dalam pemuda?
Lihat sahaja reaksi KJ ketika pengumuman dijalankan. Berdiri, tersenyum dan bertepuk tangan pada hampir semua nama yg diumumkan. Apakah ini yang pemuda mahukan?
ReplyDeleteSesungguhnya pada pandangan mata kasar saya, kj seumpama pemimpin india yang berada di negara india.. Manis di depan, di belakang menyumpah. Sepanjang menjadi naib juga tidak pernah sebulu dengan ketua pemuda.. Ikut redah dia.. Ni kan pula da dapat jwtn ketua. Cakap sahaja ini suara dari luahan pemuda.. Benarkah? Ataupun luahan sdn.. Pemuda memang berhati panas.. Tp kredebiliti menghancur saf hadapan parti adalah.. Pemuda harapan bangsa ke? Walau pun menang.. KJ tetap tewas berjuang.. Saya yakin dan percaya.. KJ bukan tokoh yang sesuai utk memimpin.. Nampak memang berwibawa.. Tp keupayaan itu sememangnya tidak tulen..
ReplyDeleteKJ penakut!!!! Jika da main duit.. Jawapannya penakut la tu.. Menantu paklah konon..
Perjuangan sebegini tidak tulen..
KJ = ko jahat..
Adakah ahli umno ingin berubah ?"
ReplyDeleteTidak!(304 undi untuk Kj)
Mengapa ?
Banyak dan berjela jela berkajang kajang kertas dan di ICT di katakan gigabytes !
Tapi secara "simple", UMNO sudah jadi "elitist" dan tidak berjiwa rakyat dan tidak macam partai tindakkan rakayat di kota singa , sebuah "service oriented party".
Apa ahli UMNO ada tolong rakyat secara detail di di atas tiap DUN dan KP. ?
Ahli UMNO tidak lagi memperjuangngkan dan tidak lagi membela Raykyat.
Siapa yang tolong dan membela rakyat ?
Ahli NGO,sukarelawan, dua tiga kerat tokoh korporate dan syarikat dan juga apabila di paksa jabatan kerajaan(ha ha.)
UMNO mendiam diri dan membisu dalam isu isu Rakyat sebelum March 2008 dan semasa...banyak sangat contoh yang akan di senaraikan.
MENGAPA ?
Tiada kepentingan ekonomi dan kewangan atau peluang lonjakkan.!!!
Atau pun pembelaan rakyat dalam isu isu rakyat akan memecah tembelang kepentingan individu UMNO !!
Ini bukan retorik tapi hakikat..
Lihatlah kempimpinan Umno Wanita Puteri Pemuda dan putera adalah "elitist".
Lihat lah wakil wakil 2,519 orang .
Ada nampak macam orang yang mewakili rakyat melayu biasa ?
Semua wakil nampak bergaye gah dan kaya dan dll.
Mereka lupa bahawa kekuatan UMNO bertunggakkan orang penduduk luar bandar dan desa.
Lihat lah barisan kepimpinan Wanita Putri Pemuda Ahli Majlis tertinggi --- semua orang nampak sihat, gah, kaya, aristokratik macam pembesar lah dlll...
Lihat lah wanita,pemuda dan orang tua rombongan yang tompang berkeliaran dan berlegar di ruang luar dewan...
perangai macam jerung nak cari makan...
Tiap kali ade perhimpunan UMNO ,sama saja.
Macam dah lupa daratan dan usahawan perhimpunan ,masing jual beli atau bagi percuma dlll
cuba lihat partai pembangkang --- simple mudah bercampur dan imej orang biasa tapi ade karisma.
UMNO sudah di "marginalised" dan jadi parti orang kaya ,macam dulu MCA di lihat sebagai "parti orang kaya"
Kalu ada PRU atau PRK ,UMNO suka "trow money" dan umum projek itu dan ini .
tetapi mereka lupa bahawa "the customer is king" kerana projek projek itu tidak mencermin keperluan rakyat setempat atau senegara ,malahan hanya memenuhi desakkan kaum kontraktor dan di ali baba kan untuk kejayaan ala mi segara dlll.
Cukuplah saya ni blogger biase, dan tak layak untuk mengharap kan orang kaya baru dan kaya "wannabe" untuk berubah sebab semua orang yang lebih hebat dari saya saperti TDM Pak Lah dan TPM sudah cakap tentang apa yang UMNO patut dan harus buat.
Kalau tak mahu ikut mereka ,"adakah ahli UMNO dan Pemuda ingin berubah ?"
Tidak.
Para pembangkang tak payah kerja kuat.
UMNO dah tembak kaki sendiri la!!!
changkat lobak.
arjuna waspada.
Dengan keputusan ini, pemuda UMNO tidak akan lagi dapat melalui jalan yang lurus kerana mereka akan terpaksa melalui jalan yang berliku demi untuk survival mereka.
ReplyDeleteKita pakat buat sembahyang hajat ramai2 terhadap 304 orang keldai2 ini. Kalau mereka bersih insyaallah mereka selamat tetapi jika mereka rasuah, Allah akan memberi balasan yang setimpalnya.
ReplyDeleteBentayan
Ini adalah gambaran sebenar tahap kematangan berfikir pemuda umno. Lagak seperti golongan aristokrat dan elitist, penampilan ala artis ataupun gigolo, dan tidak langsung mampu berfikir secara matang dan kritis, fikiran jumud dan hati gelap utk melihat keperluan pengorbanan utk berubah demi masa depan bangsa dan bumi bertuah . Kekalahan dikebanyakan PK antara lain apabila KJ dilantik mengetuai kumpulan gerakgempur pemuda. Kemenangan KJ, mengundang cebikan sinis kpd perjuangan UMNO. Pemikiran pemuda UMNO telah rosak, dan wajar dilayan seperti budak kecil dan hingusan. Hanya rotan yang mungkin mampu mengubah mereka. UMNO akan gagal menarik golongan muda menyertai UMNO, dan kita dah boleh menjangkakan keputusan PRU13....ya Allah selamatkanlah kami dari kerja tangan-tangan kotor pemuda UMNO
ReplyDeleteMarilah kita sama sama berdoa semoga kumpulan 304 dilaknati tuhan 7 keturunan kerana mereka telah mengkhianati kehendak akar umbi UMNO.semuga siapa saja yg menerima wang haram akan dilaknat tuhan insyaalah
ReplyDeleteSaya merayu pada pemuda berpakatlah, pulaukan KJ. Jgn turun padang utk pilihanraya kecil. Biarkan 304 penyokong dia buat kerja. Itu caranya utk menolak KJ secara total. Tidak perlu diberi peluang. Pemimpin yang sah korup tidak layak berada dalam saf pimpinan Najib.
ReplyDeleteSayang UMNO
Salam,
ReplyDeleteMelalui pemudalah kita dapat menarik pengundi baru. Sekarang macamana? Lagi menyampah orang muda pada UMNO. Ingat kita mesti fikir bagaimana nak tarik golongan muda sokong UMNO. Tapi awal2 lagi halangan besar dikonkrit. Fikirkanlah.
Macamana sekali pun seruan untuk membasmi rasuah ini ianya sudah menjadi akar umbi didalam UMNO.
ReplyDeleteHendak tak nak hakikatnya terpaksa diakui tanpa rasuah UMNO tidak akan bergerak dalam apa pun aktivitinya hatta pilihanraya.
UMNO telah diswastakan nampaknya dari milik rakyat kepada milik saudagar harta atau kontraktor.
Cuba lihat kebanyakan yg dibelakang dan yg menonjol itu adalah kontraktor.
Orang yang buat kerja dan ikhlas adalah 1 dalam 100 didalam UMNO. Dah semakin sukar untuk mencari mereka ini.
Apabila golongan kontraktor dan golongan kebal rasuah ini berleluasa diperingkat memegang kuasa didalam UMNO...bermakna hayatnya memang nyawa nyawa ikan.
Ditakuti mereka ini boleh membawa malapetaka kepada majoriti rakyat Malaysia lain yg bukan ahli UMNO.
Alangkah malangnya Melaka bila berketua Menteri yg disabitkan rasuah. Begitu juga Pemuda dan yg lainnya. Melihat senarai MT dan Exco Pemuda mengesahkan lagi kenyataan itu.
Apa lagi yang boleh ditepis kalau rakyat sudah berkata
UMNO=Rasuah berpisah tiada.
add
bersih sangat ke mukhriz dan khir toyo tuuuuuuu...
ReplyDelete