Monday, March 30, 2009

SEKSYEN 304 : GANTUNG HINGGA MATI....

Sembang-sembang dengan seorang lawyer pagi ni, kami sempat berbincang tentang pemilihan parti yang baru saja berlangsung.

Semua mengutuk tindakan 304 perwakilan yang bertindak songsang dengan mandat yang diberi oleh akar umbi pemuda di bahagian-bahagian seluruh negara.

Tuan lawyer kata, “Setahu saya kalau ikut Penal Code, Kanun Keseksaan bagi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 302, seseorang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 302 kanun acara jenayah, jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman gantung sehingga mati di bawah Seksyen 304 kanun yang sama”,

“Jadi angka 304 ni memang angka ‘suwey’..boleh bawak malapetaka pada badan yang empunya diri”…"tak lama lagi gantunglah tu”, kata tuan lawyer sambil ketawa terbahak-bahak.

3 comments:

  1. yg bersalah patut dihukum. tp la ni yg bersalah banyak dah terlepas. yg tak bersalah pula kena tangkis berhempas pulas...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,
    Cair tahi telinga kena sembur dengan ahli cawangan akar umbi, baik pemuda, cawangan, wanita mahupun putri pasal kes kumpulan 304 ni.

    ReplyDelete
  3. Tahniah saya ucapkan kepada mana-mana perwakilan pemuda Negeri Sembilan kerana mengundi Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda ...
    Sedarlah saudara semua yang saudara semua memainkan peranan yang besar untuk memastikan UMNO hancur di pilihanraya yang akan datang.
    Berseronoklah dengan duit haram yang saudara perolehi dari Khairy dan ingatlah ia akan menjadi darah daging pada diri saudara dan anak-anak saudara semua ...
    Tahniah !!!!!!!! Juallah bangsa kita kerana duit ..Moga Allah SWT tempatkan saudara-saudara semua ditempat yang sepatutnya ...AMIN !!!

    ReplyDelete