Ulamak yang sebenar lebih takut dimalukan di akhirat dari menerima malu di dunia. Ulamak sebenar pasti melangsaikan segala hutang dan dosa mereka sesama manusia di dunia sebelum mereka meninggalkan dunia ini.
Semua ini adalah tanda-tanda ketaqwaan seorang ulamak sebenar terhadap Allah swt.
Abu Bakar as-siddiq semasa menjadi khalifah pernah beberapa kali meminta orang lain memukulnya sebagai balasan dari kesilapan yang telah dilakukannya.
Berbeza sekali dengan ulamak zaman moden fasa liberalisma dan kemabukan kepada kuasa.
Mengaku salah jika telah tersilap adalah perkara mustahil bagi ulamak yang sudah terlanjur ke kancah politik dan kuasa.
Meminta maaf atas kesilapan dan ketelanjuran diri adalah lebih-lebih mustahil lagi.
Malah, jika ulamak jenis ini tidak mencela orang lain dalam ceramahnya, ceramah itu boleh dikira tidak sah. Itu satu lagi sifat mustahil ulamak politik.
Apakah akan jatuh "aib dan hina" jika seseorang yang mengaku dirinya ulamak memohon maaf jika berlaku ketelanjuran kata dan kesilapan berfatwa dan menjatuh hukum kafir kepada saudara seIslam yang lain?
Apakah jika keluar perkataan "memohon maaf atas kesilapan yang saya lakukan", dari mulutnya akan menyebabkan mereka terjerumus ke dalam neraka?
Jika tidak, kenapa berat sangat mulut untuk memohon maaf? Apa yang menyebabkan mulut ulamak ini seolah-olah terkunci dan tidak berupaya mengeluarkan perkataan "maaf"? Tapi kenapa mulut ulamak ini seolah-olah "tidak berinsuran" apabila mencerca dan menghina amalan orang lain kononnya semua salah dan jahil?
Saya sudah kata berulang-ulang kali, ulamak-ulamak yang mana terdapat "percampuran" dari segi kepentingan yang selain dari agama, pasti tidak akan dapat mendahulukan yang hak dari yang batil.
Ulamak-ulamak "nasi campur" ini pasti akan mendahulukan nafsu dan selera diri dan kelompok assabiah sendiri melebihi dari pertanggungjawaban mereka terhadap menjaga kesucian agama Allah selaku seorang yang alim dan arif agama.
Siapakah yang lebih berhak untuk diberi kepercayaan jika terdapat 2 pandangan dari 2 orang yang sama kemahiran atau pun profesyen? auditor bebas yang menjalankan segala kerja audit luaran sebuah syarikat atau pun akauntan yang bekerja di syarikat tersebut? Ke dua-duanya mahir dalam ilmu perakuanan.
Ulamak yang bebas dari sebarang kepentingan politik seperti mufti adalah lebih berhak dan lebih wajib dipercayai daripada ulamak yang mempunyai kepentingan langsung di dalam politik!! Itu hakikatnya.
Meletakkan kepercayaan kepada ulamak berkepentingan politik untuk dijadikan sumber rujukan agama dan panduan hidup sebenar adalah umpama meletakkan kepercayaan kepada Tony Fernandez yang mempunyai kepentingan dalam Air Asia, untuk memulihkan pesaingnya, MAS yang mengalami kerugian.
Kerana itulah dialam pas hari ini tiada ulamak! Yang ada hanya politikus tua yg gila kuasa dan habuan dunia. Ana syorkan dengar dan ikutlah nasihat mufti.
ReplyDelete