Harus diingat serangan yang dilakukan terhadap DAP sejak kebelakangan ini hanya berupaya untuk meyakinkan orang melayu betapa tidak secocoknya perjuangan orang melayu dengan ideologi dan pembawaan DAP.
Isu-isu yang diketengahkan, seperti sifat chauvinis kaum cina yang tidak mempercayai kaum melayu dengan menolak secara total calon-calon melayu dari menganggotai CEC DAP, tidak akan menggugat sokongan kaum cina terhadap parti tersebut. Isu ini hanya mampu menyedarkan orang melayu bahawa DAP bukanlah parti yang melindungi dan memperjuangkan kepentingan semua kaum secara adil dan saksama.
Jadi, apakah isu yang paling relevan untuk meyakinkan kaum cina bahawa mereka seharusnya menyokong MCA dan Gerakan sebagai sebuah parti yang mampu memperjuangkan nasib mereka?
Bagaimana untuk meyakinkan kaum cina bahawa masa depan mereka, masa depan seluruh rakyat dan masa depan negara keseluruhannya adalah lebih terjamin secara jangkapanjang melalui konsep perkongsian kuasa ala-BN daripada konsep perkongsian kuasa ala-pakatan?
Setakat ini, UMNO masih berupaya menarik sokongan majoriti orang melayu untuk menerima konsep ala-BN. Parti komponen BN di sabah dan Sarawak juga masih berupaya membawa rakyat negeri ini untuk menerima konsep pemerintahan ala-BN.
MIC pula kelihatannya sudah menemui semula sentuhan mereka dalam menarik sokongan kaum India terhadap BN.
Yang masih meragukan ramai pihak ialah keupayaan MCA dan Gerakan dalam menarik sokongan kaum cina kepada BN. Masih nampak jelas kaum cina lebih cenderung untuk menumpahkan sokongan mereka kepada DAP daripada MCA mahupun Gerakan.
Persoalan yag harus difikirkan secara serious oleh pemimpin-pemimpin kaum cina samada pemimpin masyarakat perniagaan mahupun pemimpin NGO dan pejuang pendidikan atau kebudayaan kaum cina ialah, apakah mereka masih mahu suasana ketidakstabilan politik 2008-2013 akan terus bersambung lagi pada penggal pemerintahan 2013-2018?
Apakah komuniti perdagangan dan NGO cina memang selesa dengan trend politik 2008-2013, lantas akan bertindak untuk terus mengekalkan suasana ketidakstabilan politik ini terus berlarutan sepanjang penggal 2013-2017?
Suasana politik 2008-2013 diwarnai dengan pelbagai tindakan emosi, berbau rasis dan ketidakmatangan tindakan politik, khususnya oleh kalangan parti pembangkang.
Pelbagai gerakan politik luar batasan dan etika demokrasi telah dilakukan bagi tujuan mengekalkan momentum sokongan rakyat terhadap mereka.
Gerakan mencemar imej seluruh institusi terpenting sesebuah pentadbiran kerajaan telah dilakukan secara intensif. Institusi mahkamah, PDRM dan SPR adalah antara "mangsa korban" gerakan "pencemaran imej" yang dilakukan oleh pembangkang secara terancang dan halus.
Tiada mana-mana pengamal demokrasi di negara luar yang bertindak sejauh yang telah dilakukan oleh pembangkang negara ini terhadap institusi-institusi penting kerajaan mereka. Parti-parti pembangkang di negara yang matang politiknya tidak akan membuat tindakan "membakar kelambu hanya kerana mahu membunuh nyamuk".
Tetapi pembangkang di negara ini, telah "mengerjakan" PDRM, Mahkamah dan SPR cukup-cukup, seolah-olah institusi-institusi ini adalah pesaing politik mereka.
Mereka menyerang KPN, Pengerusi SPR dan pendakwaraya seolah-olah mereka ini adalah presiden parti-parti politik, sedangkan mereka bukan tidak faham fungsi dan peranan serta kepentingan setiap institusi ini bagi sesebuah negara. Pincang dan rosak institusi-institusi ini maka secara lazimnya akan hancurlah sesebuah negara itu.
Semua implikasi ini bukan mereka tidak sedar, tapi mereka tidak peduli itu semua. Matlamat politik mereka mengatasi segala kepentingan nasional bagi sesebuah negara.
Tiada satu pun tindakan yang dilakukan secara beremosi boleh menghasilkan kebaikan, melainkan keburukanlah yang akan datang. Hanya tindakan yang dilakukan secara rasional dan bijaksana saja yang berupaya menghasilkan sesuatu natijah "baik untuk semua pihak" samada kepada rakyat mahupun negara.
Tindakan chauvinis dan rasis hanya akan memberi keuntungan kepada sesetengah pihak dan akan menimbulkan perasaan "tidak puas hati" di pihak yang lain.
Suasana ini akan bertukar kepada keadaan yang lebih tegang jika pihak lain yang tidak berpuas hati ini bertindakbalas.
Siapakah yang boleh menafikan ketegangan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1969 adalah berpunca dari tindakan emosional puak pembangkang DAP yang telah memenangi sokongan majoriti kaum cina? Siapakah yang boleh menafikan gerakan tindakbalas yang dilakukan oleh pihak lain yang tidak berpuas hati dengan sikap chauvinis dan rasis DAP ini telah menyebabkan berlakunya "suasana luar kawalan"?
Bukankah suasana tegang hanya dapat dibendung apabila semua pemimpin-pemimpin kaum di negara ini menghentikan segala tindakan emosional dan bertindak rasional dan matang di atas formula menang-menang?
Bukankah faktor menang-menang itu hanya berjaya dilakukan melalui kesediaan semua pihak untuk melupuskan sifat tamak dan chauvinis kaum yang "mahu dapat semua"?
Hanya kesediaan semua pihak untuk melepaskan sebahagian kepentingan dan perasaan ego mereka sahaja yang telah membolehkan formula menang-menang (melalui program menstruktur semula masyarakat dan sosio ekonomi) dapat dimuktamadkan secara rasional dan bijaksana selepas kejadian itu.
Hakikat yang harus diakui untuk pemimpin-pemimpin kaum khususnya kaum cina di negara ini;
"Tiada siapa yang boleh mendapat semua perkara yang diinginkan dan tiada siapa yang bersedia untuk menyerahkan segalanya".
Formula ini hanya terjamin di bawah BN. Ia telah terbukti.
MCA dan GERAKAN harus buat roadshow seluruh negara dan perjelaskan kepada kaum cina tentang perkara ini secara ikhlas dan jujur. Itu saja jalannya untuk mengembalikan sifat realistik dan berpijak di bumi nyata. Ketepikan sifat chauvinis dan opportunis kaum.
MCA dan Gerakan boleh goyang kaki kerana Presiden UMNO telah mengambilalij tugas mereka sehingga mengguriskan hati orang Melayu. Terus terang saya cakap, walaupun saya Timbalan Ketua UMNO Cawangan namun nak mengajak penduduk dikawasan saya mengundi UMNO pun terasa 'segan' akibat tindakan memujuk undi yg keterlaluan daripada presiden UMNO. Lagipun MCA dan Gerakan nak peduli apa, kalau BN menang pastinya mereka akan tetap berada dlm Kabinet tanpa kurang satu kerusi pun walaupun mereka klh teruk. Presiden UMNO jangan guris hati melayu seolah-olah melayu tidak berharga dan undinya tidak diperlukan.
ReplyDelete