Sunday, June 22, 2008

ORANG HIDUP VS ORANG MATI

Kesungguhan kerajaan untuk membebaskan badan kehakiman dari pengaruh badan eksekutif kelihatan benar-benar serious. Setiap isu yang diketengahkan semuanya berkaitan dengan pemerintahan Tun Mahathir. Seolah-olah sistem kehakiman negara masih lagi di bawah cengkaman Tun Mahathir. Seolah-olah Tun masih lagi memainkan peranan dalam badan kehakiman. Seolah-olah Tun Mahathir masih menjadi PM.

Kita ‘tabik spring’ dengan Menteri Undang-undang dan para penjawat institusi kehakiman kalau keberanian ini tidak berpilih.dan tidak mengenal masa, walaupun melibatkan PM yang sedang memerintah.

Tapi kalau setakat berani bila PM yang ada sudah tidak jadi PM lagi, mungkin ramai yang lebih berani dan lebih liberal dari Zaid Ibrahim.

Belum pernah orang hidup berlawan dengan orang yang sudah mati. Kalau ada orang hidup yang menghunus keris dengan orang yang sudah mati, ujian mental perlu dilakukan pada orang tersebut.

Pentadbiran Tun Mahathir sudah menjadi legasi. Sudah jadi jenazah. Sudah mati. Tak berkuasa dan tidak berfungsi lagi. Kenapa mesti berlawan dengan orang mati? Tiada siapa pun yang tabik spring bila orang hidup berjaya mengalahkan orang mati. Kalau ada yang hormat dan takjub melihat kejayaan Zaid Ibrahim menumpaskan orang mati, bolehlah juga dibuat ujian mental pada mereka.

Tugas PM-PM akan datang mungkin lebih mudah. Hanya perlu korek, gali dan pamirkan jenazah atau legasi PM sebelumnya didepan khalayak. Lempar dan baling segala sampah sarap yang ada kepada jenazah yang dipamirkan…Maka bersih dan baiklah pemerintahan PM yang ada.

Saya nak lobi jadi Menteri Undang-Undang zaman PM ke 6 nanti…

No comments:

Post a Comment