Tuesday, October 4, 2011

BUDGET BOHONG FITNAH DUSTA 2012 - DIBENTANG HARI INI

Di akhir zaman akan muncul dajjal laknatullah yang akan menawarkan pelbagai kesenangan di saat manusia hidup dalam keperitan dan kekurangan makanan dan minuman.

Dajjal datang membawa penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi umat manusia pada ketika itu.

Tawaran yang diberikan pasti lebih baik dari keadaan sedia ada. Dajjal boleh janji dan beri apa saja tetapi dengan syarat umat manusia mesti mengakui dialah tuhan yang maha kuasa.

Pada hari ini akan muncul mini dajjal yang bakal menawarkan pelbagai janji dan kesenangan kepada seluruh umat di negara ini. Sebagaimana bapak dajjal yang tahu akan segala kelemahan manusia, mini dajjal juga tahu akan segala kelemahan yang ada kepada pemerintahan yang ada hari ini.

Dengan maklumat dalaman yang diperolehi dari para pengikut dajjal yang bertaburan di MOF, mini dajjal akan membentangkan tawaran yang lebih baik dari tawaran yang bakal dibentangkan oleh PM Najib dalam Budget 2012 Jumaat ini.

Hanya satu perbezaan antara bapa dajjal dan mini dajjal. Bapak dajjal memang diberikan kuasa dan kelebihan sementara oleh Allah swt untuk merasuk dan memesongkan akidah umat sebagai dugaan kepada manusia beriman, manakala mini dajjal hanya menawarkan sebuah janji, iaitu janji dari seorang yang tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana mini dajjal ini hanya bertaraf pembangkang di dalam dewan rakyat.

Hakikatnya mini dajjal ini tidak ada satu authoriti pun untuk meluluskan apa-apa peruntukan, waima, peruntukan bawah RM50k. Almaklumlah taraf pembangkang, mana boleh pegang perbendaharaan negara. Yang layak membentang dan meluluskan budget ialah kerajaan BN kerana setakat ini BNlah pemerintah yang sah dan mendapat mandat rakyat.

Sifat bohong, fitnah dan dusta adalah sifat utama dajjal laknatullah sepertimana yang dicatat di dalam Al Quran.

Hari ini tidak ada satu pun ayat dan janji yang bakal dibentangkan oleh mini dajjal yang layak dikatakan sebagai benar, melainkan semuanya bohong, fitnah dan dusta semata-mata kerana ia adalah janji dari seorang mini dajjal yang tak mungkin terlaksana. Mana mungkin boleh dilaksanakan kerana budget 2012 yang bakal dilaksanakan pada tahun hadapan adalah budget yang bakal dibentangkan oleh kerajaan yang memerintah secara sah.

Jadi budget bohong, fitnah dan dusta 2012 yang bakal dibentangkan oleh Ketua Umum Pakatan Mini Dajjal adalah sebuah pembentangan yang hanya bertujuan untuk memastikan Budget sebenar untuk rakyat yang bakal dibentangkan oleh kerajaan BN yang sah, ditolak dan diperlekehkan oleh rakyat.

Mini dajjal tahu, budget 2012 yang bakal dibentangkan oleh kerajaan sah BN bakal mengasak pakatan pembangkang ke tebing. Maka untuk mengelak dari terasak ke tebing, hari ini budget bohong, fitnah, dusta 2012 terpaksa dibentangkan bagi menarah trbing supaya lebih jauh ke belakang. Maka mereka masih ada ruang untuk menepis asakan BN.

Sehubungan dengan ini, mana-mana pihak yang bakal terpengaruh dengan budget bohong, fitnah dan dusta 2012 tajaan mini dajjal ini, adalah termasuk di dalam golongan yang terpedaya dengan hasutan dan pujukan dajjal.

Kegagalan mereka mempertahankan keimanan disebabkan terpengaruh dengan janji, pujuk dan rayu mini dajjal adalah merupakan suatu malapetaka buat rakyat jelata.

Jika umat manusia yang teroengaruh dengan tawaran dajjal laknatullah sebenar, akan mengalami kegagalan iman di dunia dan bakal menerima azab tuhan, maka mana-mana rakyat yang bakal terpengaruh dengan budget bohong fitnah dan dusta 2012 ini, akan gagal dan mengalami malapetaka di dunia akibat dari termakan hasutan mini dajjal yang terlalu kemaruk akan kuasa.

Selamat membentang Budget BFD 2012 diucapkan kepada Mini Dajjal.

Tuhan ada berfirman, Dia membenarkan/mengizinkan iblis/dajjal menggoda hamba-hambaNya, tetapi hanya hamba-hambaNya yang lemah keimanan yang akan terpengaruh dengan janji dan tawaran iblis.

No comments:

Post a Comment