Sunday, November 20, 2011

PM DAN SELURUH PEMIMPIN UMNO WAJIB BACA WAWANCARA TUN M..!!!

Tun M, "Undi cina hanya tambahan. Undi melayu yang utama".

Syabas Tun. Sekali lagi Tun M memberi kenyataan yang tepat pada sasaran. Saya dan ramai lagi melayu UMNO dan bukan UMNO yang setuju dengan pandangan Tun M.

Saya telah nyatakan banyak kali dalam entry saya yang lepas-lepas. Tapi siapa nak dengar pandangan ahli melukut tepi gantang dalam UMNO.

UMNO perlu dapatkan sokongan majoriti besar orang melayu terlebih dulu, sebagai syarat untuk UMNO mahu menang besar dalam PRU13.

MCA, MIC dan Gerakan juga wajib akur dengan hakikat ini terlebih dulu, barulah mereka juga akan turut menang dalam PRU13 nanti! Parti-parti ini boleh dikira parti ayam mati, jika melayu tak sokong.

Tetapi, PM Najib dan seluruh kepimpinan UMNO adalah lebih-lebih wajib lagi untuk akur dengan hakikat, bahawa undi melayu adalah undi asas terpenting yang perlu pertingkatkan sebelum PRU13 akan datang.

Jika UMNO gagal menaikkan sokongan melayu terhadap UMNO sekurang-kurangnya pada tahap 70 ke 75%, maka ketika itu barulah undi cina akan menjadi penting.  Undi cina akan secara otomatik menjadi undi penentu hidup dan matinya UMNO/BN pada PRU13 nanti. Ketika
itulah survival UMNO akan berada dihujung jari dakwat kekal cina.

"Undi cina hanya tambahan" seperti yang dinyatakan oleh Tun M hanya akan menjadi benar jika 70% lebih undi melayu mampu diperolehi oleh UMNO.

Lulus jarum lulus kelindan (benang).

Jika pembangkang mampu membolosi dan mendapat undi melayu lebih 30%, maka undi cina akan menjadi undi penentu kemenangan kepada mana-mana parti yang mereka kehendaki.

Sebaliknya, jika UMNO yang mampu membolosi sokongan dan undi melayu melebihi 70%, maka undi cina tidak mampu menjadi undi penentu lagi. Undi cina hanya akan menjadi sekadar undi tambahan seperti yang dimaksudkan oleh Tun M. Di saat ini, seorang yang opportunist(kaum kiasu) pasti akan terhegeh-hegeh menyokong kita tanpa dipaksa atau pun dirayu.

Untuk itu, PM Najib dan seluruh kepimpinan tertinggi UMNO harus baca dengan teliti wawancara Tun M di Mingguan Malaysia hari ini. 

Jika kuda-kuda dan otot kita lemah, kita tidak akan dapat memikul beban yang berat. 

Undi melayu bagi UMNO adalah ibarat kuda-kuda dan otot pada badan. Jika kuda-kuda dan otot pada badan lemah, maka beban yang mampu dipikul adalah terhad hanya setakat kekuatan yang ada.

Untuk itu, PM Najib dan seluruh kepimpinan UMNO harus berhenti dari mengikuti jalan songsang. Jangan besar hontak. Lebih lenggang dari langkah. 

Cukup-cukuplah memilih jalan susah. Jalan mudah ada, kenapa mesti ikut jalan susah? Kenapa susah payah suap nasi pakai chopstik sedangkan suap nasi pakai tangan jelas lebih baik.

Kenapa desperado sangat untuk dapatkan undi cina hingga sanggup korbankan segala prinsip dan dasar yang selama ini telah terbukti dan selamanya baik untuk semua bangsa, hanya kerana mahu memastikan cina menyokong BN?

Kenapa tak faham-faham lagi mesej jelas yang telah diberi oleh kaum cina dalam banyak PRK? Kenapa pemimpin BN bersikap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong?

Dah lebih 5 PRK, pinangan ditolak. Dah ratusan juta duit habis. Pelbagai dasar kerajaan turut dikorbankan. Dah pelbagai tawaran diberi hingga ramai dara sunti dan bini tua melayu yang jauh hati melihat PM terus juga menyorong-nyorongkan pipi untuk dicium, tapi akhirnya mereka masih juga mencium orang lain.

Takut nanti PM dan kepimpinan UMNO menerima nasib seperti lebai malang. 

Jangan jadi lebai malang PM! Tolonglah. Jangan jadi lebai malang.

Kami pengundi melayu! Pengundi fixed deposit UMNO dah berbuih mulut bercakap ni. Jangan bangkitkan rasa cemburu kami melihat PM berkasih pada yang tak sudi hingga kami merasa tersisih dan jauh hati!

Kami boleh terima kalau PM tak bertepuk sebelah tangan. Tapi apa yang kami lihat itulah yang berlaku.

Kami melayu-melayu yang jauh hati ini, seolah-olah sudah terbayang bagaimana satu hari nanti, pemimpin-pemimpin melayu yang tergila-gila merebut kasih orang tak sudi ni, akhirnya bila sakit pening akan balik juga mengadu dan menompang kasih dalam menghabiskan sisa-sisa hidup mereka. 

Dikala itu, tiada siapa pun kalangan mereka yang telah dimandi dan disintuk limau dengan penuh kasih sayang selama ini akan datang menjengukkan muka.

Kami si bini tua kerepot ni jugaklah yang menyuapkan nasi dan menguruskan berak kencing mereka!

No comments:

Post a Comment