Saturday, August 4, 2012

LAJIM & BUMBURING PASTI GAGAL!!!

Apa isu berbangkit yang membawa kepada kejatuhan Haris Salleh dan Berjaya hingga Sabah akhirnya jatuh ke tangan PBS dan Pairin Kitingan? Apa isu yang menyebabkan rakyat menolak Berjaya secara total waktu itu?

Bolehkah sentimen penolakan dan kebencian rakyat terhadap Berjaya dan Haris Salleh berulang terhadap UMNO dan Musa Aman? Sejauh mana Lajim dan Bumburing berjaya mengulangi kejayaan Pairin Kitingan seperti yang berlaku sewaktu PRU negeri Sabah 1985?

Pairin Kitingan sangat berjaya hingga beliau dianggap "Huguan Siow" oleh masyarakat Kadazan/dusun Sabah.

Mampukan Lajim Menjadi Huguan Siow suku kaum Bisaya dan Bumburing menjadi Huguan Siow masyarakat kadazan/dusun kali ini?

Perbezaan ketara antara Pairin dan Lajim Bumburing ialah Pairin tidak pernah menumpang atau bergantung kepada sesiapa dari semenanjung sewaktu mengambil alih Sabah. Beliau benar-benar berjaya membawa slogan "Sabah untuk Sabahan".

Sebaliknya Lajim dan Bumburing awal-awal lagi sudah menampakkan "association" mereka dengan gerakan parti politik dari semenanjung, sedangkan apa yang cuba mereka perjuangkan adalah mirip kepada slogan "Sabah untuk Sabahan" sepertimana slogan sewaktu Haris dan Berjaya ditumbangkan.

Seperkara lagi yang berbeza di antara Lajim Bumburing dengan Pairin ialah, "mood penolakan" rakyat terhadap Berjaya dan Haris Salleh berlaku secara spontan di kalangan rakyat sendiri dan bukan dimulakan oleh pimpinan atasan seperti Pairin Kitingan atau Tun Mustapha ketika itu. 

Pairin hanyalah  ikon yang muncul secara mendadak hasil dari kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Harris Salleh. Akhirnya rakyat Sabah secara besar-besaran menolak Harris Salleh dan Berjaya. Penolakan rakyat ini bukan berlaku secara tiba-tiba dan tidak bersebab atau semata-mata disebabkan oleh populariti Pairin.

Dari segi pengaruh dan populariti ketika itu, Tun Mutapha dan USNO jauh lebih popular dan berpotensi untuk mengambilalih Sabah daripada Pairin sendiri.

Pairin hanya popular disebabkan oleh tindakan paling tidak popular Haris Salleh yang memecat Pairin dari Berjaya dan memaksa beliau mengosongkan kerusi DUN yang dipegangnya ketika itu. Pairin bertindak gentlemen dan bertanding semula di atas tiket bebas dan menang besar. Haris seterusnya menarik status daerah Tambunan sebagai "majlis daerah" yang diwakili oleh Pairin ketika itu. Haris Salleh yang mencari pasal dengan rakyat Sabah dan bukan disebabkan Pairin hebat dan popular. 

Kemarahan rakyat ditambah lagi dengan tindakan Haris Salleh menyerahkan Labuan kepada kerajaan pusat untuk dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan ke dua selepas Kuala Lumpur.

Dua isu besar ini sudah cukup untuk rakyat Sabah sendiri bangkit dan bertindak menolak Haris Salleh dan parti Berjaya. 

Di sini boleh dilihat, rakyat Sabah menolak Haris dan Berjaya bukan disebabkan semata-mata mahu menaikkan Pairin menjadi Huguan Siow, sebaliknya Pairin menjadi Huguan Siow adalah hasil dari kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh Haris Salleh.

Bukti ini jelas dilihat dari keputusan pilihanraya negeri pada 1985, di mana PBS pimpinan Pairin hanya menang 25 kerusi dari keseluruhan 48 kerusi DUN yang dipertandingkan, iaitu dengan kelebihan 1 kerusi untuk layak menubuhkan kerajaan. USNO menang 16 kerusi, 6 dimenangi parti Berjaya dan 1 Pasok Momogun.

Apakah Lajim dan Bumburing memiliki fakta dan isu besar untuk mengikuti laluan di bawah bayu yang pernah dilalui oleh Pairin? Apakah sentimen "tolak UMNO dan Musa Aman" yang cuba dibangkitkan oleh Lajim dan Bumburing mampu mencapai tahap penolakan yang pernah dibuat oleh rakyat Sabah terhadap Haris dan Berjaya?

Jika awal-awal sudah menampakkan sifat mengikut telunjuk pemimpin semenanjung, jangan harap mereka boleh berjaya. Itu "rule of thumb" no wahid politik "Sabah untuk Sabahan". Jika ia sudah dilanggar mana mungkin ia diterima rakyat Sabah. 

Pairin berjaya dan diterima oleh rakyat Sabah sewaktu beliau benar-benar bebas dari telunjuk KL. Apabila beliau mula menampakkan ciri-ciri diperalatkan oleh pemimpin semenanjung, dengan menyertai barisan yang dipimpin oleh Ku Li sewaktu PRU90, disitulah bermulanya era kejatuhan Pairin. Akhirnya 1994, PBS ditumbangkan secara teknikal.

Kepada sesiapa yang mahu menelusuri laluan di Bawah Bayu seperti Pairin harus faham equation ini jika mahu sentimen dan mood massa rakyat Sabah menyebelahi mereka.

1 comment:

  1. Politik bangsa sudah lama berlalu dan kini bermula era politik polisi - rakyat sudah terdedah dengan arus media alternatif serta melihat sendiri akan kepincangan pemerintah.

    Pastinya rakyat Sabah faham akan perlunya pemerintahan di Putrajaya diubah jika mahukan perubahan diSabah dan kalau tidak rakyat Sabah akan berterusan dihimpit kesusahan dengan isu pendatang asing yang tidak berkesudahan manakala kerajaan UMNO-BN terus menerus melakukan penyelewengan.

    ReplyDelete