Apakah implikasi kepada bumiputera setelah kerajaan mengumumkan peningkatan kuota bukan bumiputera kepada 45% ?
Apa yang jelas tiada peruntukan biasiswa tambahan oleh kerajaan. Jumlah disediakan masih kekal 2000 biasiswa. Ini bermakna akan berlaku pengurangan ‘kek biasiswa’ terhadap peruntukan bumiputera, di mana sebahagiannya terpaksa diserah kepada bukan bumiputera.
Secara prisipnya konsep DEB yang dilaksanakan tidak pernah wujud unsur merampas hak dan kepentingan kaum lain untuk diberi kepada kaum melayu. Yang ada cuma langkah memperbesarkan kek ekonomi dan lain-lain kepentingan, seterusnya diwujudkan persaingan yang adil dan seimbang agar setiap kaum dapat menikmatinya.
Sasaran pegangan ekuiti 30% untuk bumiputera, contohnya tidak sedikit pun merampas harta kekayaan kaum lain. 30% itu disasarkan secara begitu bermaruah melalui proses pembesaran kek ekonomi negara dan bukan dengan cara merampas harta orang lain.
Isu biasiswa, jelas memperlihatkan bahawa tidak ada pihak lagi yang boleh diharapkan untuk melindungi kepentingan melayu dan bumiputera di negara ini. Walau pun hak biasiswa untuk melayu dan bumiputera jelas dilindungi di bawah perlembagaan, tapi badan perlaksana sudah tidak mampu lagi mempertahankannya.
Tidak diketahui apa yang menyebabkan kerajaan begitu mudah untuk tunduk terhadap apa juga desakan yang akhirnya akan menyebabkan kepentingan melayu ‘diluted’ di tanahair sendiri.
Pendekatan dan dasar kerajaan pasca PRU 12 lebih menjurus kepada politik ‘menjaga hati’ dari ‘menangani sesuatu isu’ yang timbul tanpa perlu menjejaskan dasar-dasar pokok yang kerajaan sendiri telah menggubalnya.
Tunduk kepada setiap desakan dan permintaan pelbagai pihak hanya membayangkan kelemahan kepimpinan. Tugas pemimpin adalah mempertahankan segala prinsip dan dasar yang dibawa.
Kaedah ‘menjaga hati’ hanyalah sebahagian dari proses untuk memperkukuh dan mempopularkan semula pemimpin, bukan tindakan memperkukuh kerajaan. Keadaan yang berlaku ini membayangkan seolah-olah pemimpin negara begitu terdedah kepada budaya ugutan.
Prinsip dan dasar kerajaan tidak seharusnya digadai semata-mata di atas maksud untuk memperkuatkan pemimpin. Kalau begini keadaannya, jelas kepada kita bahawa pemimpin telah bertindak songsang dengan mengutamakan ‘keselamatan kedudukannya’ melebihi ‘keselamatan parti dan kerajaan’!
Sifat tunduk pada tekanan ini dibuktikan lagi apabila kerajaan pusat bersetuju menawarkan 13 insentif kepada Sabah. Benar, sebahagian dari insentif itu telah lama diminta dan memang sepatutnya diberi. Tetapi masalahnya, persetujuan hanya berlaku setelah nyawa kerajaan pusat berada di genggaman negeri Malaysia Timur! Bagaimana pula kalau dalam satu dua mingu lagi rakyat Sarawak pula mendesak supaya mereka juga diberi insentif seperti Sabah?
Kalau orang lain sudah dapat mencium di mana kelemahan kita, maka kita tunggulah, akan lebih banyak lagi desakan dan permintaan akan terpaksa kita penuhi. Keadaan ini amat merbahaya.
Kalau ‘anti body’ tidak kuat, maka mudahlah segala macam penyakit menyerang kita. Begitulah keadaannya bila kepimpinan semakin lemah, maka apa juga serangan yang dilakukan tidak akan mampu dipatahkan! Kita akan mengikut rentak lawan, tidak seperti dulu,pihak lawan yang ‘berpeluh’ mengikut rentak kita.
Kenapa jadi begini? Kaum cina dan india tidak pernah selesa dengan DEB kerana kononnya konsep itu tidak adil kepada mereka, tapi sebenarnya kaum melayulah yang telah dihilangkan haknya melalui DEB. Mereka mendapat ‘durian runtuh’, hasil dari kegagalan kita mempertahankan hak yang ada!
Kalau kerajaan sudah tidak mahu lagi melindungi hak melayu dan bumiputera, ayuh bentangkan kertas cadangan di parlimen untuk hapuskan terus segala klausa-klausa yang menyentuh kepentingan dan melindungi hak-hak melayu dan bumiputera yang telah sedia termaktub dalam perlembagaan!
Selamat berfikir panjang....
Paklah desperado!
ReplyDeletebro,saya harap bro dapat suarakan tentang kenaikan harga minyak pada mesyuarat exco pemuda.btl2 membebankan rakyat.rebat tunai yg di beri x seberapa.sebagai contoh sblm nie saya isi minyak utk pegi n balik keje utk sbln Rm250.bile naik harga minyak jd Rm370.beza Rm120.setahun dah jd Rm1440.subsidi yg di beri hanya Rm625.separuh pun x sampai.memang kita kena hadapi kenaikan harga minyak.tp jgn la tinggi sgt.mula2 kata bulan ogos.tp tba2 je mula 5 jun.pemimpin atas semua ok la.dorg punya kos minyak pun rakyat yang bayar.termasuk la pak lah.bg cadangan dorg pun kena bayar sendiri.baru adil.dah la nak kena hadapi kenaikan harga barang lagi.lepas nie kita naik basikal mcm kat china la.ok tak bro?nak tak nak rakyat kena hadapi.tapi kerajaan menekan rakyat.semua nak naik.cb la cri idea yg bagus sikit.kuasa membeli pun akan hilang lepas nie.rakyat yg xde kenderaan pun terasa bebannya.pasal dah tentu harga2 barang pun akan naik.nak samakan dgn singapura.dorang bukan pengeluar minyak.jd tak boleh la nak samakan.lg pun gaji rakyat dorang tgi klu nak di bandingkan dgn kita.kira sesuai la dgn kos sara hidup dorang.
ReplyDeletehttp://suaraperubahan.blogspot.com/