“Kesetiaan saya bukan kepada parti atau individu, tetapi hanya kepada reform”. Itu di antara ungkapan yang terpacul dari mulut Ezam.
Dia kata tidak ditawarkan apa-apa jawatan dan dia tidak pentingkan itu semua. Dia yakin boleh memberi sumbangan besar ke arah agenda reform. Begitu teruja Ezam dengan agenda reform yang cuba dibawa oleh pentadbiran Pak Lah.
Apa persepsi beliau terhadap lain-lain perkara yang berhubungkait dengan dasar dan perlaksanaan pentadbiran Pak Lah? Apa pandangan terkini beliau berkaitan dengan isu-isu kronisma dan nepotisma? Apakah perkara itu telah dianggap selesai dan tidak berlaku lagi sebaik sahaja Tun Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri?
Bukan apa..kadang-kadang terfikir juga saya..Sanggup dia meninggalkan apa juga gerakan yang dijuarainya atau siapa juga, waima idolanya demi semata-mata kerana reform. Begitu bertakhta reform di jiwanya.
‘Di luar pun reform tapi taada kuasa, reform dari dalam lebih baik kerana ada kuasa’, katanya. Dulu masa bos lama ada kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri, perkataan ‘reform’ belum diasaskan lagi. Jadi tak sempat nak buat reform. Sayang 1000 kali sayang, perkataan ”reform’ hanya diperkenalkan setelah bekas bosnya terkucil dari jawatan. Kalau masa ada kuasa dulu dah diperkenalkan reform ni, mesti dah 10 tahun masalah reform ni selesai.
Mungkin akibat terlalu memikir siang dan malam macam mana nak reform, reform,reform.. maka terlupa dia perkara paling asas sebagai ahli umno, iaitu kesetiaan terhadap parti.
Apa akan jadi kepada parti, samada kuat atau lemah, hidup atau mati, tidak ada dalam perhitungannya. Komitmen kepada perjuangan parti jelas tidak ada dalam jiwanya. Parti hanya alat untuk menggapai impian...reformasi! reformasi! Reformasi!
Kalau begitu keadaannya, kedudukan Ezam lebih istimewa dari 3 juta ahli umno yang lain! Apa tidaknya, semua ahli telah dituntut menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Tapi Ezam terlepas dari tanggungjawab ini!
Apa jenis atau status keahlian yang nak kita beri pada Ezam ni? Ahli Biasa? Ahli kehormat? Ahli Bersekutu? Atau ahli mesyuarat tingkap? ‘Apa yang berlaku dalam rumah umno peduli apa’. ‘Aku hanya nak buat ‘reform’ dalam kerajaan’. “Kesetiaan aku hanya pada reform.Aku tak terikat dengan kesetiaan kepada parti atau mana-ana individu’.
Perkara ni harus dibawa kepada pengetahuan Zaid Ibrahim untuk ditegur dan diambil tindakan yang perlu dari sudut perundangan. Maklumlah Dato Zaid Ibrahim mutakhir ni sudah menjadi sebahagian ‘term of reference’.
Dia tahu apa yang terbaik untuk dilakukan. Barang siapa yang tidak sehaluan dengan pemikiran dia, bermakna pemikiran orang itu sudah ‘kuno’ dan cara pemikiran ‘order lama’ itu sudah tidak relevan.
Salam..
Assalamualaikum bro.bnyk sms wa lu tak bls.tp takpe,wa tau lu sape wa ni sape.
ReplyDeletekalau mcni la cara umno pilih nk survive,alamat tak lama lg berkubur la umno ni.wa harap lu buat ni jgn sekerat jalan.
wa bukan tak tahu orang umno ni.semua ada kepentingan sendiri.bak kata hishamudin rais,semua bermula dari porut.mcmana nak isi porut.itu asas kehidupan.ada cara betul dan ada cara salah.tapi sekarang manusia suka pilih cara salah nak isi porut.wa ikut lu punya blog ni dari awal lg.kalau lu rajin layan jugak la wa punya blog. ismarizan.blogspot.com
wa bikin bukan untuk cari jln nk isi porut.ok bro nnti wa masuk lg.selamat maju jaya.