28 Mei 2008..Hari paling bersejarah untuk siapa? Untuk Ezam? Untuk umno? Atau untuk siapa? Itulah persoalan yang bermain difikiran saya.
Publisiti yang dipaparkan, tempat berlakunya peristiwa , diiringi pula oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga bekas Setiausaha politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri merangkap Perdana Menteri. Bahkan upacara penyerahan borang dan sidang akhbar yang melibatklan pemimpin no.1 parti dan negara membayangkan betapa penting dan istimewanya manusia yang bernama Ezam buat umno!
Ezam, hanya seorang bekas Supol DS Anwar, bekas KP Bahagian, bekas Timbalan Ketua Bahagian semasa menjadi anggota umno dan seorang bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan. Bagaimanakah pula gilang-gemilangnya sambutan dan upacara yang akan diberikan kalau DS Anwar sendiri atau lain-lain pemimpin besar pembangkang menganggotai umno?
Tentu sekali tempat yang akan diadakan lebih mulia dari Bangunan Parlimen. Kalau tidak ada lagi yang lebih besar dari orang no.1 parti dan negara untuk meraikan kemasukan mereka, maka mungkin perlu dihadiri oleh seluruh anggota MT dan pemimpin bahagian seluruh negara.
Begitulah gambaran yang boleh diberikan betapa bernilainya Ezam kepada umno mutakhir ini. Kaunter saham spekulatif yang terjejas terok dan telah ‘dinyah senarai’ kerana 'dicela' dari papan ke dua Bursa Hiraki Umno pada 1998 ini telah dinilai semula dengan harga berpuluh kali ganda lebih tinggi dari nilai pasaran. Ia dinilai semula bukan di atas ‘fundamental factor’, tetapi di atas faktor jangkaan keuntungan masa depan.
Begitu terbuka sekali minda ahli dan pemimpin umno untuk menerima siapa saja yang berminat menyertai perjuangan umno.
TAPI sayang, sifat keterbukaannya berpilih-pilih. Ibarat kasih bertompok-tompok, benci melata-lata. Dalam tempoh yang sama, pelbagai suara kedengaran supaya Mukhriz Tun Mahathir dihalau keluar dari umno. Lebih angkuh lagi mereka mendesak, sesiapa juga yang bersetuju dan bersekongkol dengan Mukhriz termasuk yang ada di cawangan dan bahagian perlu ‘dinyah senarai’ dari parti kerana umno tidak memerlukan pemimpin jenis ini!
Bila Tun Mahathir keluar parti, ramai pemimpin yang bersorak kerana duri telah terkucil dari daging. Karpet merah yang dihampar sewaktu Tun Mahathir berlepas dari umno telah digunakan untuk menyambut bakal wira umno yang dijangka akan memberi keuntungan masa hadapan berlipat kali ganda kepada parti.
Rakyat dan ahli akar umbi bingung! Pemikiran, tindakan dan halatuju bersilang-seli, tunggang terbalik dan songsang di sana-sini. Macam mana nak digambarkan pun saya tak tahu.
Kalau seseorang ibu melahirkan anak songsang, jarang yang panjang nyawa kalau langkah menyelamat terlambat atau doktor tersilap percaturan.
Kita tidak mahu pemimpin dan para pengikut yang teramat setia kepada pemimpin berfikir dan bertindak songsang dalam usaha pemulihan parti kerana kalau tersilap percaturan, parti yang akan menerima mudarat. Mereka-mereka yang desperado bisa saja bergabung, asal kemahuan masing-masing tercapai.
Kita tak mahu berlaku ‘peristiwa lebai malang’ seperti yang disebut dalam gurindam melayu. Atau bak kata pepatah ‘berniaga buluh kasap , dapat hujung pangkal lesap’, ‘yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran’. ‘Yang jauh dirindu, yang dekat dibenci’.’ Anak pungut dijadikan raja anak sendiri dijadikan hamba’. ‘Bersangka baik pada yang dicuriga, berjahat sangka pada yang damba’.
Kita saksikan episod seterusnya. Mungkin menarik untuk dibandingkan dengan ‘maklumat agenda sulit’ yang kita ketahui sikit sebanyak. Kita akan dedahkan bila sampai masa. Tapi maklumat sulit yang kita ada, taklah sampai berpuluh-puluh kotak!.
Selamat datang kepada Ezam & rakan-rakan..’kerana aaapa?.. kerana perjuangan belum selesai!
salam bro.apa yg bro ckp tu ada kebenarannya.tp sebagai exco pemuda,saya harap bro lantang dlm menyuarakannya semasa mesyuarat exco.Datuk Seri Hisham pun saya perhatikan dah dah jd penakut.apa sudah jd dgn organasasi pemuda?jangan sampai akar umbi mengatakan ketua pemuda umno malaysia pondan.kita boleh terima sesiapa sahaja untuk kembali pada umno.tapi x perlu la di beri tumpuan sebegitu rupa.dulu semasa mereka mengkhianati umno,kita yg tinggal dlm parti ni la yg bermati-matian pertahankan umno.ini semua disebabkan kita sayang pada umno.tp mereka semua ada agenda sendiri.
ReplyDeletesaalam saudara exco pemuda malaysia,
ReplyDeleteEzam telah saudara huraikan apa yang saya dah tahu......MOHON MAAF PADA TUN MAHATHIR,MOHON MAAF PADA TUN MAHATHIR......ITU SATU, BUAT ROADSHOW BAGITAU SATU MALAYA KENAPA LETAK JAWATAN DLM PKR DAN KENAPA MASOK UMNO......MINTA CAKAP PADA DATO HISHAMUDDIN PERKARA INI....TUGAS PEMUDA MENDESAK DAN RADIKAL BUKAN EXTREME.MINTAK EN EZAM BUAT PERKARA INI DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN RASA INSAF,KITA TIDAK MAHU UMNO INI DILIHAT SEBAGAI PARTI YANG 'BOLEH KELUAR BOLEH MASUK'...MINTA SAMPAIKAN PADA DATO HISHAM TOLONGLAH,SEPEKARA LAGI SOKONGAN SAYA KEPADA PEMIMPIN YANG MENDESAK ADALAH SOLID 100%...TERUSKAN DATO MUKHRIZ.MINTA SAUDARA EXCO PEMUDA SAMPAIKAN HASRAT INI TOLONGLAH,EXCO PEMUDA UMNO DO IT SOMETHING.....KITA TAK PERLU TERJUN MENERJUN,TAK PERLU JINAKKAN MAT REMPIT,KITA PERLU MERTABAT KITA DITINGKATKAN....HARAPAN SAYA KEPADA ANDA.
salam bro.smlm saya dgr ucapan rakan bro datuk sazmi miah.btul ke apa yg beliau ckp,masih ramai singa dalam pemuda.klu btul tlg la berani selepas nie.desak datuk seri hisham.jgn jd ketua pergerakan pondan.pemuda harus berani bersuara yg benar.jangan tunduk dgn kj.ckp dgn datuk seri hisham beliau kna akui suara akar umbi.media akan cerita perkara yg baik je tentang pak lah.hakikatnya d bawah nie ramai yg telah menolak.perkara nie bro sendiri pun taw kan.jangan sampai datuk seri hisham pun d tolak akar umbi.
ReplyDelete