Krisis dalaman parti akibat pertandingan 1987 telah membawa kepada pengharaman parti umno pada Feb. 1988. Tetapi, apabila PRU pada tahun 1990 BN masih berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti dua per-tiga. Perpecahan dalaman parti berulang lagi pada tahun 1998. Tetapi dalam tempoh setahun BN masih tetap mengekalkan kemenangan majoriti dua per-tiga pada PRU 1999. Tidak semena-mena tanpa krisis dalaman, tanpa ada apa-apa perpecahan sesama pemimpin parti , BN kehilangan majoriti dua per-tiga pada PRU 2008.
Dari tiga PRU ini, apakah yang dapat kita analisa? Kenapa dengan krisis yang begitu hebat pada 1988 dan 1998, rakyat masih memberikan kepercayaan kepada BN untuk memerintah? Sebaliknya, dengan status ‘zero internal crisis’ pada PRU 2008 rakyat mengalihkan sokongan kepada pembangkang, sehingga BN hilang status dua per-tiga di parlimen?
‘Trend’ yang berlaku tersebut seolah-olah seperti rakyat telah bertindak songsang. Semasa umno berkrisis mereka mempercayai kita, sebaliknya semasa parti dan hubungan para pemimpin intim dan bersatu padu rakyat pula hilang kepercayaan kepada umno dan BN.
Di sini dapat difahamkan bahawa faktor ‘kepercayaan’ dan ‘keyakinan’ rakyat adalah suatu faktor yang memainkan peranan cukup penting di dalam meraih sokongan rakyat. Maju mundurnya sesuatu parti dalam sistem demokrasi berparlimen amat bergantung kepada faktor ini.
Untuk mengatakan umno dan BN tidak lagi dipercayai rakyat, adalah mustahil kerana inilah umno dan BNnya yang telah sekian lama diberikan kepercayaan untuk memerintah. Dasar –dasar pokok umno dan BN tidak pernah berubah sejak dari zaman Perikatan lagi.
Kalau begitu, sudah terang lagi bersuluh...yang ‘tidak dipercayai’ dan ‘tidak diyakini’ oleh rakyat adalah kepimpinan parti dan kerajaan yang sedang memimpin umno dan BN.
‘Krisis kepercayaan dan keyakinan’ rakyat terhadap kepimpinan adalah ibu kepada segala masalah. Ibu kepada segala masalah ini akan membiakkan lain-lain masalah hiliran kerana budaya syak wasangka, prejudis dan was-was terhadap segala apa yang dilakukan oleh kerajaan akan menular dalam pemikiran rakyat. Maklumlah ..orang dah tak yakin..
Maka tidak hairan persepsi negatif begitu mudah berkembang-biak. Pembunuhan karakter pemimpin begitu berkesan. Segala khabar angin yang tersebar dianggap benar belaka.
Pihak pembangkang mendapat ‘bola tanggung’ dan bebas memukul dan menghalakan ke mana dan di atas apa juga isu yang mereka ingini. Isu-isu hiliran seperti rasuah, isu kehakiman, isu barang naik, minyak naik,tol naik, isu yuran, penyapu, keris...sebut saja semuanya berjaya dimainkan dalam minda rakyat.
Ibu kepada masalah ini harus ditangani terlebih dulu. Kalau tidak, umno dan BN akan terus berhadapan dengan masalah-masalah hiliran yang tidak akan surut, malah akan terus membiak subur. Agak susah juga kita ‘nak tangkap’ anak ayam satu demi satu untuk disumbat ke dalam sangkar. Cara yang lebih mudah, tangkap saja ibunya, dan anak-anaknya tanpa kita perlu bersusah payah akan dengan sendirinya masuk mengikut si ibu.
Hari ini, ahli umno perlu realistik dalam membuat perkiraan. Kenapa perlu bersusah payah mencari fakotr-faktor kekalahan BN sedangkan ibu kepada masalah sebenar, adalah krisis keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan yang memerintah. Hanya perlu keberanian dan kesanggupan untuk menyelesaikan faktor ‘ibu kepada segala masalah’ yang menyumbang kepada wujudnya kriris keyakinan tersebut. Kalau ada keberanian, sudah pasti lanskap baru politik nasional akan muncul mengatasi lanskap politik pasca PRU 12.
Pembangkang mungkin terpaksa meminda semula segala percaturan dan strategi untuk berhadapan dengan lanskap baru kepimpinan Umno dan BN. Tidak perlu bersusah payah menangkap dan menyelesaikan satu per-satu faktor-faktor masalah hiliran yang sudah terlalu banyak ‘mematuk’ dan meninggalkan ‘bisa’ kepada umno khususnya dan BN amnya. TAPI..budaya ‘stereotype’ umno mungkin akan menjadi penghalang kepada hasrat dan cita-cita murni ini dari menjadi realiti...
Nampak gaya , sebelum menyelesaikan faktor ‘ibu kepada segala masalah’, ahli umno kena selesaikan dulu masalah ‘budaya stereotype’, barulah boleh selesaikan isu ‘ibu kepada segala masalah’. Banyak sangat prosesnya..Entahlah, tak tau sempat ke tak...
Entah?...ontah.. gasaklah....Sadaqollahula’zim.
No comments:
Post a Comment