Adik Perdana Menteri Malaysia, Dato Nazir Razak sifatkan Osman Azran Rani sebagai "hero melayu" dan menyokong pendirian CEO Airasia-X ini melabel Utusan sebagai rasis.
Rafidah Aziz juga turut mengkritik pihak yang mensensasikan twitter yang bersifat pandangan peribadi Azran, dan bukan pandangan rasmi Airasia-X.
Pendek kata, adik Perdana Menteri dan bekas menteri yang mahu mengatakan, "Azran tidak bersalah dan memang benar Utusan rasis"
Jadi apa pendirian sebenar yang harus diambil oleh rakyat Malaysia dalam hal ini jika menurut perspektif budaya Malaysia yang sebenar?
Apakah mahu dibiarkan semua rakyat bebas menganut fahaman dan perspektif masing-masing dalam setiap perkara dan setiap isu berbangkit?
Apakah rakyat negara ini bebas membuat interpretasi dan definasi sendiri tentang sesuatu perkara, dan tidak perlu lagi apa-apa garis panduan dan batasan tertentu?
Apakah setiap rakyat sudah boleh bebas menentukan sendiri hukuman salah atau benar tentang sesuatu perkara tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa asas, perundangan dan adat serta adab menurut rasmi cara dan budaya Malaysia?
Sudah pasti kepelbagaian perspektif rakyat dalam menilai satu-satu dan setiap isu menurut kefahaman sendiri ini bakal membawa negara ke suatu keadaan yang tidak lagi harmoni. "
Siapa yang boleh memimpin rakyat Malaysia untuk keluar dari kemelut "ketidak-harmonian pandangan dan perspektif rakyat" dalam hal-hal pokok dan asas ini? Siapa seharusnya dipertanggungjawabkan untuk memberikan "leadership" terhadap segala "salah taja" pemikiran rakyat yang tidak lagi dapat di"harmonise"kan ini?
"Feeling" and "opinion" rakyat yang pelbagai dan tidak lagi "harmonise" dalam perkara-perkara "pokok dan asas" adalah merupakan manifestasi dari kegagalan kepimpinan di sesebuah negara.
Banyak negara musnah apabila "kecaca-merbaan" pemikiran rakyat sudah sampai ke tahap ini.
Tiada ubat yang boleh mengubati dan menahan senario ini dari terus merebak menjadi barah melainkan "leadership" yang kuat, "commanding" dan tegas tanpa kompromi.
Pemimpin negara yang ada, wajib mempunyai kriteria ini dalam keadaan "darurat" dan kecamuk "feeling and opinion" rakyat yang sedang melanda negara kini.
Jika pemimpin hari ini tiada kesanggupan untuk menjadi pemimpin yang "commanding, berjiwa kuat dan tegas", negara sudah ada jawaban masa depan yang jelas iaitu "bakal hancus"!!
Jika tahu menilai dan menyuluh kemampuan bahawa kepimpinan sendiri yang ada tidak mampu berhadapan dengan senario ini, segeralah bertindak dan berbuat sesuatu.
Jika patut beri peluang kepada orang lain yang difikirkan lebih mampu, maka berikanlah kepada beliau demi agama, bangsa dan tanah air.
Jika masih mahu mencuba memperbetulkan keadaan, sekurang-kurangnya janganlah disekat orang lain dari menawarkan diri untuk bertanding dan memberi kepimpinan alternatif juga di atas maksud sayangkan agama, bangsa dan tanah air.
Jika ahli dan perwakilan masih menyokong tanpa "dipandu paksa", itu bermakna kepimpinannya masih diharapkan. Jika tewas, maka terimalah dan hormatilah hak dan pilihan ahli dan perwakilan.
bini dan anak-anak diorang berdua ni pakai tudung dan pakai skirt tak? kena amek kira jugak.
ReplyDeleteNajib menggunakan kuasa untuk tidak membantu' membantu, nazir hanya beri pendapat.
ReplyDeleteSiapa yg lebih worst
saya sokong 100% kalau mahuddin dan zahid..pasti bergegar cina dap dimalaysia ini..msia perlukan pemimpin yg tegas dan berani..pasti hebat..
ReplyDeleteSokong
ReplyDeleteMuhyidin n zahid paling sesuai.....dah xlarat nak dengar kelembutan Najib lagi...
ReplyDeleteKu Li dan Muhyiddin lebih baik. Jangan lupa Zahid itu budak suruhan Anwar masa dia jadi Ketua Pemuda UMNO dulu dan Anwar TPM.
ReplyDeleteKronisme dan nepotisme adalah mantera yg dimainkan Zahid waktu PAU ketika itu.
Jangan cepat terkasima dengan gertakan Zahid. Dia test market aje. Hangat-hangat tahi ayam beb.
Sila guna matahati sikit.
Asalkan ada yg mencabar najib sebagai presiden umno, itu sudah cukup baik. Jika najib tidak dicabar, najib akan terus terus menjadi pondan dan bacul (termasuklah dgn rosmah mansur) dan kita tidak berpeluang memberitahu najib apa yg dia silap dan salah. Najib tidak akan berubah sebab itu memang diri dia. Lihat adik dia si nazir itu. itulah pendidikan dan pembesaran adik-beradik ini ..... tiada jiwa melayu. Najib bersekolah di st john's ......jadi MP Pekan terus jadi timbalan menteri, lepas tu jadi MB Pahang tanpa melalui "sekolah umno"..... yg ketika itu letak songkok pun umno boleh menang. Kalau najib bawak bn ke pru14, maka najib dgn "N"nya kan menjadi PM Melayu terakhir. NYahkan si bacul pondan tu dari jawatan presiden umno!!!
ReplyDelete