Wednesday, June 12, 2013
KETAKJUBAN PM TERHADAP NASIHAT OMAR ONG!!
Keraguan dan kritikan pelbagai pihak berkaitan personaliti-personaliti yang dipertikaikan di sekeliling PM yang dikatakan menyumbang kepada prestasi buruk BN pada PRU13, terus kekal dalam keraguan tanpa sebarang penjelasan.
1. Isu berkaitan peranan penasihat politik tiada respon.
2. Isu kegagalan war room dan tuduhan berkaitan pegawai-pegawai ibupejabat UMNO yang dikatakan lebih mengutamakan "membuat duit" daripada membantu PM secara ikhlas dan jujur, juga tiada respon hingga kini.
3. Isu Omar Ong yang dikatakan menjadi penasihat politik yang terbukti gagal dan menjadi penasihat hal-ehwal korporat PM yang melibatkan peranan Ethos Consulting dan McKinsey/APCO yang telah "mentiadakan" agenda melayu, juga tiada apa-apa respon dari PM.
Banyak lagi isu lain berkaitan dengan "circle PM" terus kekal misteri tanpa penjelasan yang mampu menjernihkan semula pemikiran dan syak wasangka rakyat terhadap pentadbiran PM Najib.
Pendekatan "tiada reaksi", "degil dan liat" dalam senyap yang diamalkan di zaman Pak Lah terus berlarutan dalam pentadbiran PM Najib.
Pendekatan menyapu sampah ke bawah tikar seperti ini sudah terbukti telah hampir membawa padah dalam 2 kali PRU, tapi pendekatan ini masih tetap juga diamalkan.
Omar Ong juga adalah di antara nama-nama tingkat 4 yang telah membusukkan nama Pak Lah, dan semua orang tahu dan mengakui nama ini adalah di antara nama-nama yang telah menyebabkan pentadbiran Pak Lah diselubungi pelbagai persepsi yang begitu buruk.
Ramai menjangkakan apabila ayam mati, maka tungau pun akan turut mati. Tapi apa yang berlaku tungau ini semakin merebak, beranak-pinak, berjangkit-jangkit dan menular masuk hingga ke Petronas dan lain-lain GLC.
Apa yang menyebabkan PM tidak boleh langsung membebaskan dirinya dari peranan dan cadangan Omar Ong? Kenapa PM "sangat takjub" dengan setiap cadangan yang dipersembahkan oleh Omar Ong ini? Apa rahsia di sebalik kehebatan manusia yang bernama Omar Ong ini?
Petronas ini diwujud dan dibangunkan hingga ke tahap yang ada pada hari ini oleh manusia yang diberi tanggungjawab pada usia yang begitu muda, malah lebih muda dari Omar Ong. Mungkinkah Petronas ini juga akan dilingkupkan oleh orang yang diberi tanggungjawab pada usia muda? Siapalah Omar Ong jika mahu dibandingkan dengan Tengku Razaleigh yang menjadi arkitek dan perancang utama hingga Petronas tersenarai di dalam 500 fortune?
Pelbagai "corporate exercise" yang berlaku semuanya hanya menampakkan pemilikan bumiputera semakin "diluted". Kombinasi gabungan dan peranan kumpulan neo-liberal dan anti-agenda bumi yang diketuai oleh pemegang authority Nor Yackob dan jaringan tungau-tungau yang sudah berselerak di EPU, PEMANDU dan GLC-GLC sudah menjadi "untouchable". Malah Airasia sendiri pun sudah tidak boleh disentuh lagi. Kritiklah apa pun, Airasia tetap dengan gaya dan lagaknya memanipulasi pelanggan dan pemilik airport yang memberi hak dia mendarat.
Tungau-tungau ini sudah jadi alien yang sukar dibendung. Bukan saja tidak boleh lagi dibendung, malah alien ini sudah mendatangkan ketakutan kepada penciptanya sendiri. Alien Tungau ini sudah diprogramkan otak mereka dengan otak neo-liberal dan anti-agenda bumi. Mungkin alien ini suatu hari nanti akan pandai cipta kod untuk membunuh inventornya sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalam. ...bagi pendapat saya....tiada kerja yg cepat yg blh pemerintah lakukan....semuanya perlu berdikit dikit
ReplyDeleteMakin bertambah 'liability' ni. Dari bini dia, adik dia, sepupu dia yang suka beri amaran dan terkini penasihat dia. Perwakilan UMNO tolong buat sesuatu dalam pemilihan akan datang. Hayati kata nasihat Tun Daim tentang penasihat Najib. Sebenar-benarnya Najib adalah selemah-lemah pemimpin lebih lemah dari Pak Lah!!!. Malah kawan aku yang berbangsa Cina mengaku bahawa setiap ucapan Najib amat tidak meyakinkan. Publisiti dia dan bini dia terlalu banyak. Macamlah dia seorang saja yang bekerja. Terpulanglah kepada kalian semua anggota perwakilan untuk membuat pilihan.
ReplyDelete