Friday, October 9, 2009

BALDI TERTANGKUP..

Saya masih tak boleh tahan melihat para pemimpin PAS dan penyokong mentafsir sewenang-wenangnya tentang Islam, Quran atau pun hadis suci.

Mereka mentafsir bukan dari maksud asal atau pun asbabunnuzul. Mereka mentafsir bukan dari awal tapi dari hujung.

Dari hujung bermaksud, mereka melihat tentang keperluan dan kepentingan perjuangan mereka terlebih dahulu dan kemudian baru disesuaikan kepentingan mereka ini dengan mana-mana ayat quran dan hadis yang dikira boleh menyokong apa yang mereka mahukan.

Atau, jika tidak dijumpai ayat atau hadis yang boleh disabitkan, maka mereka akan berkata tiada nas atau hadis yang melarang perbuatan mereka, maka itu dikira tidak bertentangan dengan quran dan hadis.

Asal tiada ayat atau hadis yang menegah maka itu juga tidak salah dari sudut pandangan agama.

Mereka cuba menyama tarafkan tafsiran al Quran dan hadis sebagaimana mereka mentafsir undang-undang buatan manusia.

Macam mana mereka mentafsir peraturan-peraturan tentang demokrasi, kebebasan bersuara, undang-undang SPR, SPRM, kanun jenayah atau kes berkaitan liwat, begitulah mereka mentafsir ayat-ayat tuhan dan hadis. Ikut sedap hati dan selera semasa.

Abu Jahal dan lain-lain kaum kafir Mekah dulu membaca ayat quran bukan untuk mengembangkan agama tapi untuk mempersendakan ayat-ayat tuhan.

Umat Nabi Musa yang engkar juga membaca ayat-ayat tuhan untuk mempertikaikan ayat-ayat tuhan secara logik akal dan mahu setiap ayat yang diturunkan melalui Nabi Musa itu dibuktikan kebenarannya depan mata mereka.

Jadi maksud mereka mengguna dan membaca ayat quran ketika itu bukan untuk tujuan kebaikan, sebaliknya hanyalah untuk merendah-rendah dan memperlekehkan ayat tuhan.

Nabi Muhammad mahu pun Nabi Musa tidak pernah langsung mengharap para kafirin ini menyuruh membaca ayat-ayat tuhan supaya dengan harapan mereka akan tertarik dengan agama.

Baginda berdua ini pun tidak pernah juga melarang mereka dari membaca ayat-ayat tuhan.

Pendek kata tiada suruhan mahu pun larangan khusus dalam kes membaca ayat tuhan.

Apa yang baginda fikir adalah bagaimana mereka boleh beriman dengan ayat-ayat tuhan ini. Bukan mempergunakan ayat-ayat ini untuk tujuan mendapatkan sokongan atau pengarah kekuasaan. PAHAM?

Ibarat mencurah air paip ke baldi yang tertangkup. Banyak mana pun air dicurahkan baldi takkan penuh.

Pepatah ini adalah ditujukan kepada mereka-mereka yang mempunyai pemikiran menolak terhadap apa juga kebenaran yang cuba diperjelaskan.

18 comments:

  1. Tapi manaya contoh tafsiran yang tak betul tu? Bagilah contoh macam ya ayyuhalazzi Na amanu..Wahai orang2 UMNO (kata Mahathir).

    Atau macam bekas KPN Rahim Nor kata tak ada ayat judi dalam Quran sebab dia tak jumpa Quran sebut perkataan Judi...

    Bagilah contoh baru boleh dibahas..jangan main cakap,, isi tarakkkkk.. penulis macam ni kira tahap cacing je..

    Pernah tengok tak Debat antara Allahyarham Ahmad Deedat dengan Paderi Kristian? Orang Kristian baca AlQuran jugak..salah ker???

    FADZLI

    ReplyDelete
  2. Artikel En Kamaruzzaman ni adalah satu contoh excuse biasa bagi seseorang untuk menidakkan kebenaran orang lain dan untuk menegakkan kebenaran sendiri. Tak ada hebatnya.

    Kalau dalam bahasa kedai kopi dipanggil teknik helah bela diri. Nilah tektik yang sama digunakan oleh En Abu Jahal dan Geng 1400 tahun dahulu.

    Bagaimana En Abu Jahal mahu memburukkan utusan Allah iaitu Nabi Muhammad SAW, dia menggunakan tektik yang sama iaitu mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW mereka cipta AlQuran. En Abu Lahab pula kata Surah Tabbatyada itu ciptaan dan tafsiran Nabi Muhammad SAW untuk memburukkan dia.

    Sesedap mulut sahaja encik Kama ni kata Nabi Muhammad SAW dan Nabi Musa tidak pernah mengharap langsung orang kafir membaca ayat2 suci. Kalau orang kafir tidak tahu pasal ayat suci camna depa nak beriman? Ini hanya ikut logik kepala otak En Kama saja. Sebab ayat2 suci itu diturunkan sebagai panduan. Sayidina Umar Al-Khatab pun beriman selepas membaca Surah Tho Ha.

    Kenapa lah En Kama and The Gang ni jeles sangat bila Gobala dan Nga baca Quran. Manalah tahu suatu hari nanti dijadikan sebab musabab untuk mereka menganut Islam seperti Sayidina Umar. Hidayah ni buka PAS yang bagi apalagi En Kama dan sekutu.

    En Kama jangan angkuh status Islam Encik..belum tahu lagi antara Encik Kama dan Gobala siapa yang lebih mulia akhirnya...

    Renung Renungkan dan Selamat Beramal.

    ReplyDelete
  3. Mu ni betul2 lah Pas totok. Masih nak menang jugak. Terimalah dengan hati terbuka kalau ia benar. Berikan fakta kalau ia tidak benar. Luahan mu tak jelas jugak. Ceritakan dgn jelas story Mahathir dan Rahim Nor agar penulis diberi ruang untuk merujuk!

    Baru saja penulis kata Rasulullah tidak melarang orang kafir membaca al-Quran. Paderi Kristian tu membaca alquran utk menyesatkan Ahmad Deedat. Bertujuan bukan mencari kebenaran Islam. Tapi Ahmad Deedat tetap kukuh imannya walaupun ketika dalam keadaan nazak.

    Tolonglah saudara jgn letak otak dikepala lutut. Saya takut kalau umat Islam banyak macam mu di Malaysia. Boleh karam Melayu Islam!

    Bangi

    ReplyDelete
  4. FAZLI "Pernah tengok tak Debat antara Allahyarham Ahmad Deedat dengan Paderi Kristian? Orang Kristian baca AlQuran jugak..salah ker???"

    paderi tu baca quran untuk menerangkan kelemahan alquran yang bertujuan unutk mentarbiah orang islam...yang puak DAP/PKR tu baca nak tarbiah apa???? tengok la persepsi an tujuan orang tu baca...yang cina tu tak beiman dengan alquran pun tapi suruh orang islam pulak beriman. apa maknanya tu?????

    Kalua Tun baca macam tu lu kecoh beb. padan la dengan tun bukan ahli dalam bab tu tapi yang puak PAS dok maki hamun, fitnah, cerca tu macam mana sedangkan pemimpin PAS tu memang ahli dalam hukum hakam...ataupun hanya pandai menghukum orang lain...

    Kalau rahim nor kata judi takdak dalam quran dia memang berdosa tapi kita pun tak tau niat dia kata macam tu...tapi yang AHLI PAS dok tikam nombor ekor tu tak berdosa ka...tau dak yang berdosa sekali pemimpin PAS sebab tak tarbiah ahlinya sendiri. Pemimpin pAS hanya pandai jaga kepala ekor macam mana????

    Lu pikiq la sendiri bang...Sekiranya halal darah UMNO kerana berpakat dengan MCA,MIC Apakah halal juga darah PAS setelah bersekongkol dengan DAP laknatullah????

    Aku pun pening Dato' oiiii... alang tukang kayu terbuang laaaaaaa

    ReplyDelete
  5. anon 12:37 fadzli
    kamu ni cakap tak pakai kepala otak ...otak kau dah mati tak sampai tak berfungsi tak boleh berfikir .... orang kristian kat mana yang boleh baca alquran kat usa ke kat england ..... orang kristian/yahudi saja yang boleh bertutur bahasa arab dan membaca alquran
    itu pun mereka yang berada di mesir dan di negara2 arab ... di negara2 arab bukan semua nya islam ada juga kristian tapi tradisi pakaian nya serupa macam orang arab .... faham tak BAHALOL BODOH nak mampos

    ReplyDelete
  6. Orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu tentulah tidak sama.
    Orang yang ditutup dengan materialistik takkan dapat menerima kebenaran sekalipun dibacakan ayat-ayat Tuhannya.
    Memperjuangkan bangsa lebih penting baginya.
    Walaubagaimanapun jangan disangkal tentang hukum Allah SWT, jika benar saudara sangat2 mementingkan dan cintakan Al-Quran dan Hadis, ayuh tunaikan dan laksanakan...khabarkan kepada rakan perjuangan tentang isi kandungan Al-quran dan Hadis yang belum dilaksanakan..teriakkan kepada semua bahawa anda adalah pencinta yang sebenar..jangan ada sekelumit pun di hati anda perasaan kepuraan, ketahuilah kita adalah milik Allah.

    ReplyDelete
  7. Sebagai orang Islam kita dituntut untuk menjadikan Al-Quran dan Hadis serta sunnah sebagai rujukan utama kemudian Ijma' dan Qias.
    Dalam kata lain kita hendaklah menggunakan Al-Quran Dan Hadis dalam segenap lapangan hidup, dan ini termasuklah berpolitik supaya tidak menyimpang dari syariat Allah SWT.
    Berbeza sekali dengan fahaman sekular yang menentang penggunaan agama dalam kehidupan,mereka lebih selesa menggunakan idea mereka sendiri atau falsafah-falsafah yang ada, tetapi sesekali menggunakan agama jika perlu...oleh itu istilah menggunakan dan mempergunakan amatlah berbeza, dalam konteks ini PAS memang menggunakan agama dalam setiap perkara manakala UMNO menghalang pengikutnya menggunakan agama, cuma sesekali sahaja jika dirasakan perlu, ini dinamakan mempergunakan agama yang lebih relate kepada memperalatkan agama dalam mencari keuntungan, wallahu a'lam.

    anakcucu

    ReplyDelete
  8. Salam, bagi saya selagi org bukan islam dari DAP dan PKR baca al-quran sah-sahlah nak lacurkan al_quran utk kepentingan politik.

    Kami org Islam tanpa kepentingan politik sentiasa mengalu-alukan bukan Islam membaca al-quran sselagi berniat baik dgn tujuan mendalami dan kbelajar tentang Islam!

    ReplyDelete
  9. kepada anon october 9, 2009 6:07 pm,

    aku rasa hang tu yang dah ketinggalan zaman, hari ini orang cina pun dah pandai berbahasa arab, bahasa boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja kalau hang nak belajaq bahasa yahudi pun boleh apa salahnya takdak dosa pa! hang nak turning over tak kena tempatlah! la ni punya ramai ulama' islam yang p belajaq kat orientalis kat ireland utara, US, banyak tempat lagi, ulama hangpa lah tu yang dok naik jadi profesir la ni, hang tak mengaji agama hang mana tau....

    ReplyDelete
  10. Boleh Ulas.....

    http://drmaza.com/home/?p=738

    Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.
    Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

    ReplyDelete
  11. tuduhan Zaman yang kata pemimpin Pas baca alquran dan hadith bukan dari maksud asal atau pun asbabunnuzul. Den ghaso itu dakwaan paling memalukan kerana mereka ( Pas) bukan sewenang2nya mempermainkan ayat alquran dan hadith sebab orang pas ditarbiah untuk memuliakan dua pusaka yang mulia itu. Itu perlembagaan Pas. Mentafsir ayat atau hadith secara melulu adalah berdosa, mustahil orang pas buat macam itu. Nak guna hadith pun perlu tengok shahih atau tidak bagi mengelakkan dipertikaikan orang. Bab itu orang umno jauh ketinggalan. Oleh kerana itu, orang umno boleh perilaku menyalahi syariat spt tak tutup aurat, lupa sholat wajib, rasuah dan main betina. Den cakap berdasarkan pengamatan sejak dulu lagi bilo bercampur dgn jejuak umno. Main rasuah dan buek janji untuk tujuan tertentu dah jadi darah daging sebab itu praya Bgn Pinang baru ni.. ado sepasang suami isteri kek PD Utama cakap dapek 100 rgt seorang dan kek Sirusa ado dapek hamper dan disolitkan duit 50 hinggit. Den harap zaman kono bangkitkan dalam umno supaya kojo-kojo tak baik ni jgn jadi amalan. Jgn sangsi dgn orang pas bilo cakap Islam sebab nak jadi orang pas bukan sonang, kok tak sembahyang dan ini tak pakai tudung pun dah kono bideh. Elok bona kok Zaman ajak wanita umno tauladani sifat-sifat baik org pas ini.

    ReplyDelete
  12. Saya rasa berkawannya Pas dgn DAP memberi ruang kepada orang-orang China mengenali Islam lebih dekat. Pas terus bercakap kesyumulan Islam dan Islam untuk semua. Sebab itu Lim Guan Eng terfikir nak jadikan Omar Abdul Aziz sebagai model, pemimpin lain terfikir untuk jadikan Mathama Ghandi, Lee Lam thye dan lain-lain sebagai contoh tetapi Lim Guan Eng pilih tokoh Islam itu. Yang lucunya, ada pemimpin umno menempelak KM Penang kerana sebut khalifah Omar Abdul Aziz ( tak betul) yang pada pengetahuan mereka ialah Umar Al Khattab. Inilah yang lucu dan memalukan orang-orang umno yang tak membaca sejarah Islam. Nak tegur tapi kebodohan. Sepanjang sejarah BN, MCA dan MIC macam itu juga dalam kefahaman ttg Islam. Tetapi bila ada China DAP melihat kebaikan Islam,mereka disanggah pula. Tok Guru Nik Aziz masuk kuil buddha bercakap ttg Islam, mana ulama atau Presiden umno sanggup mcm itu? sepatutnya Zaman dan ahli umno berlapang dada dgn kerja Islam ahli Pas.

    ReplyDelete
  13. Saya harap orang-orang umno akan datang sanggup mengemukakan usul di persidangan umno untuk menjadikan alquran dan hadith sebagai panduan parti. Sebagai orang Islam, saya rasa semua orang umno setuju 100% dan jika ini boleh dilaksanakan tentu Pas tak ada sebab nak menafikan perjuangan UMNO. Umno dah berjasa kepada bangsa cuma landasan parti masih tidak Islamik. Marilah kita bersatu untuk membuat kebaikan demi menunaikan amanah Allah. Siapa yang sanggup membawa usul ini nanti?

    ReplyDelete
  14. dalam umno berebut nak jadi pemimpin, masing2 rasa dirinya hebat, bagus, dahsyat, berkarisma, dan berkelayakan sedang orang lain tak layak. dalam pas pemimpin dilantik dikalangan orang berilmu dan taat pada perintah Allah SWT. fikir2lah dah banyak sangat sebab musabab anak muda memilih pembangkang, saudara zaman sendiri kerap mengambil maksud2 dari al-quran dan hadis bila menerangkan sesuatu, tidakkah itu dinamakan menggunakan agama? sudah tentu kita sebagai muslim kena menggunakan agama dalam hidup tapi bukan memperalatkan agama, menggunakan agama dari sudut-sudut tertentu dalam mempertahankan sesuatu hanyalah menegakkan benang yang basah dan yang paling menyedihkan memperalatkan agama!! kemudian menuduh PAS menyalahguna al-quran dan hadis bila part2 yang tidak digemari, begitulah hakikat umno.

    anakcucu

    ReplyDelete
  15. Malay history start from Parameswara who escape from Indonesia and settle in Melaka. During his time, Laksamana Cheng Ho visit Melaka seven times.

    Melaka need the protection of the China from the invasion of the Siamese. Without Cheng Ho, there won't be malay history, instead you have Siam history.

    I pity Malaysian Muslims, you probably are the least free people in this world! Even Indonesian Muslims are allowed to practice apostasy when therecalcitrant.

    ReplyDelete
  16. Bidalan seperti "Ibarat mencurah air paip ke baldi yang tertangkup. Banyak mana pun air dicurahkan baldi takkan penuh" yg mungkin ditujukan kepada Pas. Saya rasa anggapan ini tersasar kerana sepatutnya ahli-ahli umno yang perlu disumbatkan kefahaman Islam. Ulama UMNO dan yang faham Islam perlu mendidik ahli-ahli umno tentang Islam supaya gejala tak tutup aurat, berbomoh, berebut jawatan, rasuah dan main kayu tiga tidak berlaku lagi dalam UMNO. Saya sudah jelek tengok ahli-ahli umno dalam perhimpunan mereka bercampur gaul dan tidak menutup aurat. Islam ke mereka ni? atau itu semua perwakilan bukan Islam dari Sabah?

    ReplyDelete
  17. saya sokong kalau perlembagaan umno berlandaskan Islam. Bayangkan kalau itu berlaku dan tentunya semua orang melayu bersatu bawah 1 wadah, 1 Malaysia, 1 aqidah dan 1 bangsa. Agaknya Pas tak payah lagi menyibuk.

    ReplyDelete
  18. yang sebenaqnya Nik Aziz sendiri pernah sebut...jika UMNO sendiri sedia berubah untuk menerima pakai Islam secara Total, apalagi gunanya PAS! maksudnya PAS tak perlu ada, Semua orang PAS masuk UMNO dan tentu Semua orang Islam bertambah kuat...perkataan menyibuk pun tak akan timbul!!!

    ReplyDelete