Tuesday, October 6, 2009

GO-BALA KRISHNAN : QOLALLAHUTAALA...

PAS gunakan orang bukan Islam untuk tolong bacakan ayat suci Al-Quran bagi mewakili orang Islam dengan tujuan supaya bukan Islam akan nampak PAS lebih ‘friendly’ dengan bukan Islam berbanding orang UMNO.

Mungkin juga tujuan PAS adalah untuk menghapuskan ‘fobia’ bukan Islam terhadap perjuangan menegak negara Islam yang selama ini menjadi penghalang kepada terbantutnya sokongan bukan Islam kepada PAS.

Kalau di Permatang Pasir yang ramai pengundi Cina, PAS gunakan YB Nga Nge untuk tolong bacakan ayat suci Al Quran. Tapi di Bagan Pinang pengundi India lebih ramai dari pengundi Cina. Jadi PAS terpaksalah ajarkan ayat suci Al Quran pada Gobalakrishnan untuk dihafal, supaya ‘Go-bala’ ni boleh tolong bacakan ayat suci bagi pihak PAS kepada pengundi India.

Mungkin kalau ada PRK di pendalam Sarawak nanti, PAS akan cari pulak bukan Islam dari suku kaum Iban untuk tolong bacakan ayat Quran.

Semua ini bukan kerana Allah, bukan kerana agama dan bukan demi dakwah-illallah di mukabumi. Ia hanyalah sebuah perjuangan demi mendapatkan undi dan sokongan bagi mencapai kemenangan dalam pilihanraya, walaupun terpaksa menghalalkan cara.

Walaupun fitnah agama yang lebih besar akan datang disebabkan kesanggupan memperjudikan ayat suci Allah demi sebuah kuasa, bagi mereka itu tidak menjadi hal asalkan pengaruh, sokongan dan kemenangan dunia dapat dicapai.

Perjuangan Islam meleret-leret yang sedang dibawa oleh PAS lebih banyak mendatangkan keburukan dan fitnah daripada kebaikan.

Ibarat memetik anggur dengan ‘pengolan’ atau galah. Lebih banyak yang rosak dari yang elok.

11 comments:

  1. orang PAS boleh ketawa...

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Begitu lemah sekali pemerhatian dan analisa saudara.

    Apakah nak kena PAS suruh baru Gobala atau Nga baca Quran? Apakah anda fikir pemimpin PAS begitu bodoh tentang Al-Quran sehingga memerlukan bukan Islam membaca Al-Quran? Pada pikiran saya sebenarnya analisa Saudara sangat bodoh.

    Bagaimana pula pendapat saudara apabila pemimpin Islam UMNO yang tak tahu baca Quran atau menafsir Al_Quran secara songsang sebagaimana Dr Mahathir pernah mengatakan dalam Al_Quran ada disebut UMNO dengan membaca Ya Ayyuhalazi naa manu...?

    ReplyDelete
  3. Anon 1:02 paling tak steady...
    Islam apa penakut tinggal nama pun tak...


    Anak didik Sheik Daud
    Baling mari
    Wan

    ReplyDelete
  4. betul..dia kata kalu kafir ngaji quran takpe dan tak ade salahnya..dunia akhir zaman dan tak mustahil 1 hari nanti kafir2 ni pakai serban dan songkok buat video seks amacam..pas pasti kata takpe juga demi sokongan politik dari kaum india cina..cilakak punya pas

    ReplyDelete
  5. Pemikiran Melayu memang begitu.

    Bagi mereka AlQuran adalah benda suci yang dibalut kain dan disimpan di atas almari.
    Jika nak dibaca dibawa turun, dibubuh diatas kepala, dicium dan kemudian di simpan semula.

    Membawa alquran di luar lingkungan itu adalah 'kurang waras' dan mengurangkan kesuciannya.

    Pemikiran Melayu/lama inilah yg dibawa oleh KK. Benarkah begitu?

    Lu fikirlah sendiri !!!!!!

    ReplyDelete
  6. Salam.
    Itu lah org kita yg cepat busuk hati dan amat mudah tuk melunaskan kata 'BODOH' pada org lain. Apa salahnya kata 'kurang Bijak Sana' ke atau yg seumpama dgn nya.

    Sebenarnya saudara berdua semuanya betul-betul belaka. PAS pun ada silapnya dan UMNO pun ada silapnya. Begitulah 2 fenomena yang berbeza. Tapi ingatlah MELAYU sama MELAYU bertelagah bangsa lain cekak pinggan nak tunggu bila lak nak bergaduh n berperang. SEDAR TAK KITA. Akhirnya kita juga sama MELAYU yang rugi nanti.

    Ada tak cara yang terbaik supaya kita tak bergaduh sesama bangsa kita, ada parti yang berlainan dan ada pendapat/cara yang tidak hampir2 memutuskan persaudaraan kita.

    Setahu saya masing2 parti mempunyai pemikir2 yang bukan calang2nya.

    So.. Al quran 2 dah ajar kepada kita, kalau betelagah kebalilah kepada Quran dan hadis napa tak berbuat sedemikian.

    MELAYU, MELAYU, MELAYU, MELAYU..

    ReplyDelete
  7. Anon 9.13am
    "Membawa alquran di luar lingkungan itu adalah 'kurang waras' dan mengurangkan kesuciannya."

    Membebaskan ahli politik bebas utk mempergunakan ayat quran utk tujuan kepentingan politik adakah termasuk dlm kategori membawa alquran diluar lingkungan pemikiran lama dan lapuk?
    Jika itu yg dimaksudkan maka terlalu mudah sangatlah kelihatannya tafsiran dlm beragama yg dibawa oleh PAS.Pemikiran paling lama sekali tentang Islam adalah Islam yg ditafsirkan oleh nabi saw. Jika itu juga dianggap lama dan masih terlindung di dalam kotak..maka wanauzubillah lah barang siapa yg berfikiran sebegitu rupa

    ReplyDelete
  8. Apakah kayu Ukur kepentingan politik?

    Bila ayat alquran dibacakan, siapakah yg akan untung?
    Bukankah umah akan lebih celik alquran. Jika salah seperti Ayah Pin bukankah Jabatan Agama ada........

    Lalu di Bukit Putus orang membaca ayat alquran untuk menghalau hantu.

    ReplyDelete
  9. Anonymous 5:32 PM

    Saya terpanggil untuk mengulas pendapat tuan/puan. Adakah tuan/puan buta mata melihat Gobala membaca al-Quran di pentas berkempen? Kalau betul dia mahukan Islam kenapa tak masuk saja Islam. Takkan tuan/puan tak nampak niatnya untuk mempengaruhi pengundi melayu Islam, bukannya kerana cintakan Islam.

    Dia orang kafir dan mungkin tak faham kita boleh maafkan tapi kenapa orang PAS menghalalkan saja apa yang dibuat. Perbuatan PAS juga adalah bersubahat membiarkan Islam dipermainkan.

    Takkan nak taksub tak tentu arah demi nak menang. Fikir2kanlah orang PAS, jangan yang menyebelahi awak halal dan tak menyebelahi awak haram. Nanti saya nak minta pendapat Dr MAZA tentang perkara ini.

    ReplyDelete
  10. sedih saya tenguk orang melayu ni. Saya tak kata semua ahli Pas. Ada pas cerdik pandai dan profesional yg sentiasa memikirkan untung nasib melayu Islam. Yg sedihnya pengikut Pas totok yg langsung tak boleh berfikir. Takkan tak faham apa yg penulis maksudkan. Masih nak menegakkan benang basah. Ini tanda2 awal nak akhir zaman org islam sanggup bersekongkol dgn kafir nak jatuhkan org islam sendiri. Banyakkan muhasabah diri. Jgn letak otak dilutut. Taksub tak bertempat.

    cinta kebenaran,
    Bangi.

    ReplyDelete
  11. Adalah lebih bahaya orang Islam Yang Tak Baca Quran atau Yang tak percaya Quran atau yang tafsir Quran ikut kepala otak dia berbanding Gobala atau Nga yang baca Quran.

    Kalau boleh kata dalam Quran ada UMNO itu dah tahap kufur. Gobala dan Nga tu dah memang kafir.

    Lebih baik Gobala baca Quran dari jadi Islam UMNO tolak Quran. Ada orang mengaku Islam dan percaya kepada Al-Quran tapi aurat tak tutup. Rasuah, Skandal, Bergaul bebas antara bukan mahram, cium pipi artis hindustan...jadi pengarah syarikat Arak, jadi pengarah syarikat judi....Takkan nak suruh Gobala pula yang ajar pasal benda2 macam tu....

    Itulah yang pemilik blog ini tak nampak.

    Anon 1.02 FADZLI.

    Apaguna jadi anak didik Sheik Daud tapi tak mendapat manfaat dari Tok Guru.

    ReplyDelete