Wednesday, September 30, 2009

ANTARA BANDUAN DAN KORBAN POLITIK...

Anwar bekas banduan. Menang PRK Permatang Pauh dengan bergaya. Pengundi Anwar tidak hirau langsung pasal perlakuan dan pertuduhan yang dulu mahu pun yang terbaru. Pengundi tidak rasa was-was langsung dengan Anwar walau pun mangsa Anwar lebih berani mempertahankan kebenarannyai dengan sumpah laknat dalam masjid.

Anwar dan penyokongnya sama-sama menolak pendekatan mempertahankan diri dengan cara melakukan sumpah laknat.

Sekarang Anwar bukan saja menolak sumpah laknat malah cuba menolak kes liwat ini keluar dari mahkamah dan cuba mengelak dari dibicarakan.

Medium apa lagi yang dimahukan oleh Anwar untuk membersihkan dirinya dari tuduhan. Beliau sendiri yang menutup semua ruang dan medium untuk beliau membersihkan namanya. Bukan orang lain.

Sekarang Anwar nak cakap apa tentang isu TS Isa sebagai calon UMNO Bagan Pinang?

Penyokong Anwar pun nak kata apa tentang calon UMNO?

Kalau pembangkang dan penyokong Anwar nak asingkan kes Anwar dan kes TS Isa, nampak sangatlah pembangkang dan penyokong membutakan hati denga sengaja.

Patutnya penyokong UMNOlah yang patut berhujah supaya mengasingkan kes Anwar dan kes Isa sebab kes Anwar melibatkan mahkamah awam dan melibatkan unsur jenayah berat. Kes Ts Isa hanyalah melibatkan kesalahan dalam parti.

Patut ke kes kesalahan RM300 dibandingkan dengan kesalahan jenayah liwat?

Rasional atau tidak pemikiran pembangkang dan penyokong Anwar apabila mereka menafikan segala kesalahan Anwar dan dalam masa yang sama mengiakan pulak segala kesalahan Isa?

Rasionalkah pemikiran pembangkang dan penyokong Anwar apabila mereka dengan sengaja menjadikan Anwar bekas banduan sebagai calon Parlimen Permatang Pauh sehingga sanggup dengan sengaja memencenkan Wan Azizah?

Rasionalkah pengundi Permatang Pauh apabila mereka bertindak memilih juga Anwar sebagai Ahli Parlimen mereka?

Sekarang tiba giliran rakyat Bagan Pinang pulak untuk menyatakan pendirian mereka.

Kita tunggulah apa pula belitan lidah bercabang para pembangkang untuk mempengaruhi pemikiran pengundi Batang Pinang.

Nak kata Pemimpin UMNO tak mahu berubah? Merekalah yang tak mahu langsung berubah dan mengubah budaya pemikiran taksub walaupun kebenaran sudah nyata di depan mata…

Islam ke cara tu…?

5 comments:

  1. betul tu man..

    Selamat HariRaya Aidilfitri

    from...Hert 97

    ReplyDelete
  2. well both of them are the same...in the eyes of God!!!

    Salam aidilfitri - sbdamsal

    ReplyDelete
  3. Well both of them are the same species in the eyes of God!In Malaysian politic, it is not really matter who is 'banduan' or 'korban politik'...because Malaysia Bolehlah!...

    sbd/kk

    ReplyDelete
  4. KK,
    aku rasa ko lebih bijak dari ni.

    Org yang dah duduk di serambi takan sama cerita org penanggah.

    Hidangan diserambi bertudung saji, ada lelangit, bertabir lagi.
    Dipenanggah semua 'koboi' jeee

    Berbezakan

    ReplyDelete
  5. Kedua mangsa itu adalah ahli umno dan pernah menjadi pimpinan utama pusat dan negeri. Saya merasa hairan kenapa orang-orang umno sanggup menghina orang-orang mereka. Kesalahan mereka samada terbukti atau hanya konspirasi politik telah menjadi bahan sejarah yang dibaca oleh smeua orang. Isa dibukti terlibat dalam rasuah politik yang dihukum oleh parti, kalau diserahkan kepada SPRM/ BPR tentu dah lama beliau pakai baju banduan. Anwar pulak, kena penjara kerana salah guna jawatan ( rasuah juga) tetapi kes liwat itu tidak dapat dibuktikan. Beliau menjadi mangsa konspirasi politik umno juga. Saya harap isu ini jangan dipanjangkan kerana memalukan nama UMNO sahaja.

    ReplyDelete