Besok akan diumumkan siapa calon BN di Bagan Pinang.
Siapa yang akan berkorban, siapa yang akan terkorban dan siapa yang bakal menjadi korban semuanya akan diketahui lewat petang besok.
Kalau TS Isa tidak dinamakan sebagai calon, maka secara tersuratnya berjayalah Ketua Perhubungan mengemukakan calon bersih, walaupun dia akan kata ‘itu pilihan pucuk pimpinan, saya tak tau apa-apa’.
Jika UMNO ingin mengambil kriteria ‘bersih’ sebagai kriteria utama untuk mengembalikan keyakinan rakyat, maka seluruh kepimpinan UMNO Negeri Sembilan juga perlu dibersihkan dari mereka yang menjadi penyebab kepada kotornya pandangan rakyat terhadap UMNO.
Nasihat ramai pemimpin Negeri Sembilan dan pucuk pimpinan supaya Mat Hasan memencenkan abangnya dari menjadi Seiausaha Perhubungan tidak langsung diendahkan.
Kedegilan membatu Mat Hasan dikhuatiri akan menyebabkan UMNO Negeri Sembilan hanya tinggal batu nisan dalam PRU 13 akan datang.
Kaedah ‘Ya di depan, tidak di belakang’ adalah pendekatan yang telah menyebabkan UMNO Negeri Sembilan hilang seri.
Kaedah pentadbiran gaya ‘Tok Mat’ ini telah menjarakkan lagi hubungan antara pemimpin-pemimpin UMNO bahagian dengan kepimpinan UMNO Perhubungan.
Bagaimana Ketua Perhubungan mahu mentadbir kalau 5/8 dari keseluruhan bahagian tidak dapat bekerjasama dengan Ketua Perhubungan? Ini tidak termasuk Bahagian Kuala Pilah dan Rasah yang sudah bersiap sedia untuk menjauhkan diri dari ‘Tok Mat’.Jika 1/8 bahagian tidak menyokong perhubungan, mungkin yang satu ini boleh dipersalahkan, tapi kalau sebahagian besar sudah tidak boleh bersama, sudah tentu ada yang tidak kena dalam kepimpinan Tok Mat di Negeri Sembilan.
Mana satu kerja yang lebih mudah?
1. Menyuruh 5 bahagian mengubah sikap atau menyuruh supaya Ketua Perhubungan sendiri yang perlu mengubah sikap? Atau;
2. Menyuruh 5 Ketua Bahagian meletak jawatan kerana tidak memberi kerjasama penuh kepada Ketua Perhubungan atau menyuruh Ketua Perhubungan sendiri yang meletak jawatan? Atau;
3. Membiarkan saja ‘status quo’ yang ada dan bertawakkal dalam menghadapi PRU 13 akan datang?
Bersih bukan bermakna hanya bersih kerana terselamat dari tuduhan melakukan politik wang.
Bersih mestilah benar-benar bebas dari segala perlakuan kotor yang boleh mencacatkan batang tubuh UMNO. Berapa banyak perlakuan kotor yang terlepas dari sebarang tindakan disiplin parti disebabkan tidak ada bukti atau pun tidak termasuk dalam peruntukan disiplin parti.
'Politik kekeluargaan keterlaluan' adalah di antara kesalahan moral yang tidak boleh disabitkan dengan tindakan disiplin parti. Tapi faktor ini boleh menyebabkan UMNO kehilangan sokongan rakyat.
Segala nasihat dan pandangan dari rakan-rakan pemimpin parti kepada Mat Hasan hanyalah ibarat mencurah air di daun keladi. Adalah mustahil untuk mengatakan dia tidak sedar akan kesan buruk yang mungkin berlaku terhadap UMNO akibat dari gaya kepimpinan berteraskan keluarga yang dijalankannya.
Artikel sebegini dikeluarkan adalah semata-mata kerana ingin mengimbangkan isu pemilihan calon Bagan Pinang yang telah dijadikan polemik secara keterlaluan.
Secara tiba-tiba saja semua pemimpin tidak kira yang bersih mahupun yang kotor begitu dahagakan calon yang bersih. ‘Bersih’ secara tiba-tiba menjadi faktor penentu layaknya seseorang menjadi calon UMNO.
Kalau begini yang dimahukan, maka mudahlah kita mengemukakan barisan calon baru UMNO dalam PRU 13 nanti kerana secara persepsinya sebahagian besar dari wakil-wakil rakyat yang ada hari ini sudah dilihat tidak bersih lagi dipandangan mata rakyat.
Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan 'business as usual' UMNO dan inginkan perubahan drastik. Ini bermaksud pimpinan tinggi UMNO harus memilih calon BEBAS POLITIK WANG...dan bukannya calon yang kononnya sudah insaf daripada politik wang.
ReplyDeletePencalonan TS Isa jika betul akan berlaku menimbulkan persepsi yang UMNO tidak memandang berat jenayah rasuah...dan saya sebagai penyokong UMNO juga akan berharap BN kalah di Bagan Pinang.
Ada can bertanding ekau, Man pada PRU13 :)
ReplyDeleteThe BN Chief needed a strong back to put this man with a murky past on the right spot ie just a UMNO member.
ReplyDeleteSince this man with murky past is a candidate fr the byelection,BN chances of winning the other voters in all the Parlimens and state assmblies of clean and untainted leadersip is flushed down to sea off PD.
Even if BN win the by,it means UMNO is not changed,will not change.
BN winning seats will be 50 % or less in next GE.
If lose this bylection,is proof of the prediction and show the forcast for the nex GE.
Too bad,BN had its chance to redeem,
Fcst that same result as in past byelects.
UMNO is on the road to an opposition party in next electn.
all pple know now that opposition will use this by elect to finish off UMNO and coup de grace.
Bookmakers will running large stake.....
BN sori,but no apologies.
Mah Ngah Tong.
Looks like Pakatan Rakyat are scared with Isa as the candidate. Isa is a well-known figure and can take back Negeri and even UMNO back on road. as usual, murky past because of wrong doing by bloody Pak Lah is being used by the scared PR inluding picture of isa and his daughter wedding day as saying isa has another woman.
ReplyDeleteLooks like BN going to win big for this adun and PRU13. And too bad PR now has to find a way to counter this but none yet can be seen. If all seems fair PR is going to be destroyed in PRU13.
PR- corruption.scandal.murderous.communist.and worst cronyism at its best!
This bagan pinang will be an easy job for isa. Let see what will PR come up with. and of course those UMNO and silent majority holier than thou people.