Tuesday, June 11, 2013

TERBONGKAR: ADA PEMIMPIN BESAR UMNO MINTA LESEN JPJ TERBANG!!

Apa perlunya pindaan perlembagaan UMNO jika akhirnya ahli UMNO diminta berunding supaya jangan adakan pertandingan bagi jawatan tertentu?

Bukankah pindaan perlembagaan itu merupakan di antara medium terpenting transformasi politik yang bertujuan untuk memulihkan kembali persepsi ahli dan rakyat terhadap UMNO yang dikatakan semakin merudum sejak UMNO/BN menerima kejutan tsunami PRU12?

Maksudnya, bukankah ia bertujuan untuk memberi imej baru supaya UMNO akan dilihat lebih demokratik, telus dan berkredibiliti serta  bebas dari imej politik wang?

Kenapa para pemimpin UMNO terlalu sukar untuk memahami apa itu PERSEPSI?

Kenapa pemain politik UMNO seolah-olah tidak faham-faham bahawa "POLITIK ADALAH PERSEPSI? 

Kalau UMNO menang persepsi rakyat, maka UMNOlah yang akan disokong kuat oleh majoriti rakyat.

Masih tak faham lagikah wahai pemimpin-pemimpin UMNO?

JPJ sudah menggariskan, sesiapa yang mahu memandu perlu ada lesen memandu. Kalau mahu lesen memandu harus mengikut syarat dan procedure yang telah digariskan, iaitu mesti lulus ujian memandu.

Kenapa mahu mengelak dari melalui proses dan procedure JPJ dengan mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan "lesen terbang"?

Kenapa pemimpin UMNO takut sangat untuk lalui proses ujian dan peraturan yang anda sendiri bersama menggariskannya?

Kenapa mahu mendapatkan mandat "jawatan secara terbang"?

Kalau begini caranya, demi mengelakkan pembaziran wang dan masa, serta boleh menumpukan kepada perkara yang lebih penting, bolehlah minta JPJ mempertimbangkan di atas budi bicara supaya diberi lesen terbang kepada sesiapa yang sudah mahir memandu tetapi masih belum mempunyai lesen.

Bukankah lebih selamat memberi lesen terbang kepada pemandu mahir yang belum berlesen daripada memberi lesen "P" kepada mereka yang tidak pernah memegang "stereng" yang mendapat lesen mengikut procedure?

Apa salahnya para pemimpin besar UMNO ini mengotakan janji yang pernah mereka lafazkan sewaktu membentang pindaan perlembagaan dulu untuk menyerahkan nasib dan masa depan mereka sepenuhnya kepada ahli UMNO menentukannya?

Jika Presiden dan Timbalan Presiden termasuk Ketua Pemuda yang sedang cuba untuk "tumpang sekaki" resolusi tidak perlu ditandingi ini, mengumumkan pendirian mereka dengan penuh "besar jiwa" menyerahkan nasibnya kepada ahli dan perwakilan UMNO untuk menentukannya, saya yakin mereka pasti akan lebih dihormati oleh seluruh ahli parti.

Mungkin dengan kesediaan secara terbuka ini, tiada. Siapa pun yang akan mencabar mereka. Malah jika ada pihak yang mencabar pun, para penjawat ini akan terus diberi kepercayaan dan disokong disebabkan sikap jiwa besar yang telah ditunjukkan.

Jika saya terpilih sebagai perwakilan pun saya pasti akan memberi undi kepada mereka sebagai tanda hormat dan kagum saya di atas keterbukaan mereka untuk menyerahkan nasib mereka kepada ahli untuk menentukan kedudukannya.

Tapi, kalau sekadar minta endorsement supaya jangan dicabar dan minta diberi peluang sekali lagi, DAN jika didapati ada juga pihak yang mengisi borang untuk mencabar, saya akan undi mereka yang mencabar ini walaupun mereka hanya sekadar ahli biasa. Ia sebagai menunjukkan tanda hormat dan kagum saya di atas ketegasan dan keberanian mereka untuk menggunakan hak mereka sebagai ahli yang dibenarkan oleh perlembagaan dan sebagai menunjukkan bukti betapa hilangnya hormat saya sebagai ahli parti terhadap pemimpin yang mahukan mandat seperti orang mendapat lesen terbang.

3 comments:

  1. KJ Tkut , ts m lawan njb at last , era rzk berakhir ,
    best man win , the winner stay

    ReplyDelete
  2. Orang melayu sedang memerhatikan ketelusan UMNO dan pemimpin, sejauh mana keberanian untuk menghadapi pemilihan. Perjalanan ke PRU 14 jauh lagi. UMNO perlukan transformasi untuk menyakinkan bahawa kepimpinan dipilih secara telus dan jujur. Pada pandangan umum semua jawatan mesti ditandingi, termasuk presiden, timbalan presiden, naib president dan MT, ketua pemuda, wanita dan puteri. Kalau pemimpin telah dipilih melalui proses, maka pemimpin akan lebih kredible. Pemimpin yang bagus jangan takut dan pasti akan terpilih. Yang lemah dan "passenger" gugurkan, contoh "mamat amaran". UMNO perlukan pemimpin yang hebat,berani,tegas dan berwawasan. Cukup lah dengan retorik dan perangai "mengalah". Keadaan sekarang perlukan seorang pemimpin yang berani dan tegas dan boleh berfikir dengan sendiri apa yang terbaik untuk Negara, bangsa dan agama. Beri peluang kepada ahli untuk memilih...buka lah semua jawatan untuk ditandingi. Bacul lah UMNO kalau ini tidak terjadi, dan memang pasti akan terkubur!!!!

    ReplyDelete
  3. Assalam Bro

    Cakap pasal perubahan berjela2... demokrasilah... Ahli UMNO perlu berubah... Berubah dari apa ke apa... Sedangkan Pemimpin yang bercakap semua tu tak sanggup dan berani menyerahkan nasib mereka pada ahli untuk membuat pilihan... Tak adanya UMNO akan hancur kerana diadakan pemilihan untuk semua jawatan... Sedangkan sekarang ni UMNO tu dilihat macam tunggul kayu yang tak bernyawa, semakin lama semakin reput... Tak kira siapa pun.. legasi bapak dia tidak akan turun kepada mereka kalau Nak mempertahankan HAK Orang Melayu pun TAKUT... Kalau setakat nak buat resolusi tiada pertandingan jawatan tertentu.. baik tak payah buat pilihan.. BUBAR aje UMNO tu.... ada berani?

    ReplyDelete