Tuesday, June 11, 2013

GEMPAR: ROS HANTAR SURAT TUNJUK SEBAB KEPADA UMNO!!??

"Ambil wuduk tapi tak mahu sembahyang". "Tak mahu puasa ramadan tapi eidulfitri disambut meriah"

Itulah penyakit yang sedang dialami oleh ramai pemimpin UMNO. Penat-penat memerah otak ubah perlembagaan supaya menjadi lebih demokratik tapi tak mahu nak amal. Takut nak bertanding.

Ramai tidak sedar bahawa jika tidak kerana MKT boleh "supersede" mana-mana peraturan dan perlembagaan parti, UMNO sudah boleh dibatalkan pendaftarannya, kerana hak untuk menangguhkan persidangan agung dan pemilihan parti selama 18 bulan sudah habis "edah" pada bulan MAC yang lalu.

Edah MKT UMNO yang ada hari ini sudah luput. Edah Ketua dan ajk Cawangan serta bahagian sudah luput lebih awal. 

Tapi, UMNO selalu amalkan "sistem alih-alih tiang gol". 

Bola sudah mahu membolos gawang dan penjaga gol pun sudah tertewas, tapi kiraan gol masih boleh dinafikan dengan cara mengalihkan tiang gol.

Itu cara dan tradisi UMNO mengamalkan budaya "sindrom penafian" dengan cara yang halal.

Sekarang adalah musim pelbagai lapisan pemimpin parti membuat kenyataan secara bergilir melalui media. Antara bunyi dan alasan "standard"  yang sering digunakan ialah;

1. Menyeru sekelian ahli UMNO supaya berfikir secara matang dan jangan rosakkan parti dengan cara mempertandingkan jawatan tertinggi parti termasuk jawatan ketua pemuda. 

2. Walaupun dibenarkan, tapi demi perpaduan dan pengukuhan parti eloklah jangan diadakan pertandingan.

3. Memberikan bukti-bukti dan hujah, bagaimana pertandingan dalam parti boleh mengundang perpecahan dan boleh melemahkan parti.

Buatlah apa pun. Kalau pemimpin selalu "main wayang", ahli pun akan  pandai "main wayang". 

Bila orang lain tengok pemimpin dan ahli UMNO suka "main wayang" dihadapan rakyat, sampai ketikanya rakyat akan "main wayang" pula dengan UMNO.

Keputusan PRU13 adalah hasil "main wayang" yang telah dipersembahkan oleh rakyat untuk para pelakon yang suka bermain wayang.

2 comments:

  1. UMNO anggap dia kerajaan, maka dia boleh buat apa saja. Dulu2 bolehlah, sekarang boleh blah. Ahli sendiri pun menyampah dengan strategi dan taktik bodoh serta kelihatan bodoh. Ketua cawangan tak mahu lepas jawatan bukan sebab mahu menyumbang kepada parti tapi menjaga poket sendiri, kononnya. Bukan berapa sen sangat yang dapat pun tapi itulah yang beria-ia dipertahankan. Kerja tak buat, fulus nak rembat. Peringkat bahagian pun macam itulah. Dan bila peringkat tertinggi pun buat taktik tak mahu tanding dan sebagainya, itu hanyalah penerusan dan gambaran dari peringkat akar umbinya.

    ReplyDelete
  2. Kita ahli biasa sangat sayangkan UMNO tetapi para pemimpin yg di pilih dan terpilih memilih untuk memperhambakan UMNO untuk kepentingan sendiri...

    ReplyDelete