Hangat sungguh isu TERAJU. Penyelaras dan pelaksana inisiatif pembangunan ekonomi bumiputera yang turut dikatakan memberi pembiayaan kepada syarikat bukan bumiputera yang memenangi tender runding terus komputer 1Malaysia di bawah SKMM.
Sebagaimana dinyatakan peranan TERAJU adalah menyelaras perlaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan ekonomi Bumiputera melalui kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Dua isu yang berbeza di sini;
1. Tender diputuskan oleh SKMM bukan TERAJU.
2. Pemenang tender ini dibiayai oleh TERAJU.
Kita tidak pasti samada komputer riba 1Malaysia ini hanya layak dibida oleh syarikat bumiputera. Tetapi menurut mereka yang telah gagal beberapa kali membida tender ini, ia dijalankan secara memberikan tender kepada senarai pendek yang telah cadangkan oleh committee kepada YB Menteri ketika itu. YB Menteri juga ada cadangan senarai nama syarikatnya sendiri.
TERAJU telah diminta oleh pihak SKMM untuk membantu membiaya syarikat. Diberitahu juga, syarikat yang berjaya mendapat tender ini tidak perlu keluar duit 1 sen pun, kerana pendahuluan 50% dan pembayaran progress dari TERAJU kepada pihak pembekal sudah cukup untuk syarikat tersebut untuk "makan untung atas angin".
Yang jelas boleh dipertikaikan ialah TERAJU, dan bukan SKMM krana tidak sepatutnya TERAJU membiayai syarikat bukan bumiputera.
Sejak dari dulu agensi yang bertanggungjawab membantu dan memajukan syarikat dan usahawan di atas nama bumiputera tidak benar-benar "kalis pengaruh bukan bumiputera".
Dulu tembus di atas nama ali-baba. Kemudian tembus di atas nama perkongsian pintar usahawan bumi dan non-bumi.
Kemudiannya, heboh satu Malaysia isu kebocoran dan rent-seeker. Tapi akhirnya agensi bumiputera terus mengalami kebocoran. Isu ini seolah-olah mustahil untuk "selesai". Yang pasti dana yang disalurkan untuk bumiputera juga turut selesai dikerjakan bersama oleh non-bumi.
Kepal Nasi sudah give-up sebenarnya untuk membangkitkan isu yang bertaraf "Anjing menyalak bukit" ini.
Isu ini sampai "mampos" tak akan dapat diselesaikan selagi;
1. Individu bumiputera yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan mengurus mekanisma penyampaian "agenda bumiputera" ini diletakkan kepada individu yang "tak boleh pakai".
2. Unit penyelarasan ini tidak diberi empowerment sebagaimana empowerment yang diberi kepada PEMANDU.
3. Unit penyelarasan ala ICU-EPU zaman awal DEB tidak dilaksanakan.
4. Selagi pembuat pembuat dasar kerajaan Amerika tetap dipengaruhi sepenuhnya oleh yahudi, selagi itulah segala dasar yang dibuat dan dilaksanakan oleh Amerika akan menguntungkan Israel.
Selagi pembuat dasar ekonomi negara ini didominasi oleh melayu/bumiputera yang "tidak mesra agenda bumi" dan sudah menganut fahaman ekonomi liberal dan meritokrasi, selagi itulah sebarang dasar yang dibuat dan dilaksanakan tetap akan bocor dan akhirnya tetap akan merugikan melayu/bumiputera.
Selagi pembuat dasar di EPU/JPM masih mengekalkan para arkitek ekonomi yang cenderung untuk mengamalkan "pengagihan ekonomi berdasarkan pertumbuhan" dan meminggirkan elemen "affirmative action dan pragmatik" yang mengutamakan keseimbangan sosio-masyarakat yang adil melalui pengagihan berdasarkan pembesaran kek ekonomi, maka selagi itulah segala dasar membangun agenda bumiputera akan terus ditentukan oleh "market forces" yang sudah didominasi oleh "non-bumi" sebagaimana dunia ini dikawal di bawah telunjuk yahudi.
Berapa banyak yang Husni guna untuk bantu syarikat bukan Bumiputera dalam perbekalan komputer itu. Dapatkan angkanya dan kita tuntut Husni bagi kepada syarikat Bumiputera jumlah yang sama. Bagi sahaja tau, bukan hutang, ada faham Husni. Kalau tidak, elok letak jawatan aja dan kerajaan bubar aja TERAJU yang orang lain tentukan arahnya. TERAJU tidak ada kuasa. Jadi wujudkan sebuah kementerian khusus untuk jaga kepentingan usahawan Bumiputera. Menteri akan ada kuasa, tak macam Husni di TERAJU sekarang.
ReplyDelete