Lambakan barangan di pasaran selalunya dilakukan untuk menjatuhkan harga satu-satu barangan. Tujuannya ialah untuk memonopoli dan pada masa yang sama mematikan pesaing-pesaing bagi sesuatu produk. Ia selalu dimainkan oleh kumpulan yang dinamakan ‘cartel’. Secara ringkasnya, ia bermaksud jahat dan tiada maksud lain.
Kaedah ini sedang cuba diaplikasi oleh pihak pembangkang dalam pasaran politik. Betul atau tidak, benar atau fitnah bukan isunya. Apa yang penting bagi mereka ialah suasana keliru dan ragu di kalangan rakyat dapat dikekalkan. Kaedah ini amat berkesan untuk menjatuhkan lawan. Ia memang selalu digunakan oleh pemabuk kuasa seperti Hitler atau Yahudi.
Kini trend lambakan isu dalam pasaran sedang berleluasa. Lambakan isu ini pada mulanya akan dimuntahkan di dewan imuniti, iaitu di Dewan Rakyat. Rasionalnya mudah. Tiada siapa boleh saman kalau pengucapan dilakukan di dalam dewan rakyat. Sebut dan tuduhlah apa pun yang anda suka dalam dewan rakyat. Mahkamah tak boleh buat apa. Cara untuk sabitkan saman hanya dengan membuat cabaran supaya tuduhan tersebut diulang di luar dewan.
Selalunya mereka takkan ulang di luar dewan. Mereka hanya ingin melambakkan isu saja. Selepas isu dilambak dalam Dewan Rakyat, isu ini akan menjadi perbahasan rakyat. Betul atau tidak, tidak penting bagi mereka. Mereka hanya mahu isu-isu yang dilambakkan akan menjadi polimik dan perbincangan rakyat. Cukuplah. Bila dah jadi isu rakyat, siapa yang boleh saman si pengucap di Dewan Rakyat?
Tengoklah isu-isu yang dilambak di Dewan Rakyat. Isu Apco, isu Yahudi dalam PDRM, tanya PM dengan soalan yang memerangkap, “bila bangsa cina dan india boleh menikmati taraf seperti mana bumiputera’.
Isu-isu ini semuanya penuh dengan maksud jahat yang tersirat, iaitu untuk mewujudkan kekeliruan dan polimik dalam masyarakat. Selepas jadi polimik rakyat, maka mereka pun lepas tangan. Tiada tanggungjawab langsung terhadap apa yang diucapkan.
Kalau setiap kali penggal dewan bersidang, dapat lambak dua tiga isu separuh masak pun sudah memadai untuk mengekalkan momentum kekeliruan dan keraguan dalam pemikiran rakyat.
Inilah trend dan budaya baru pembangkang sesi 2008-2013.
Mereka sudah lari dari fungsi ‘check & balance’ dan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab. Mereka hanya berfungsi sebagai pembangkang yang hanya tahu memikirkan bagaimana untuk merosakkan kredibiliti pemerintah yang ada. Hujah tidak lagi bersandarkan fakta yang benar dan berwibawa untuk memastikan kerajaan membuat sesuatu yang betul untuk rakyat.
Rakyat harus membetulkan keadaan ini, jika mereka mahu nasib mereka diperjuangkan oleh pemerintah dan pada masa yang sama dipantau secara dekat oleh pembangkang.
Rakyat harus mengeluarkan diri dan pemikiran mereka dari keadaan yang terlalu mudah dimanipulasi dan diperkotak-katikkan oleh pembangkang. Bila pembangkang, terutama bapa propaganda no 1, Anwar Ibrahim melambakkan isu untuk dilelong, rakyat tanpa berfikir panjang terus membeli.
Tidak dapat dihitung lagi berapa banyak rakyat telah terbeli barangan tiruan atau palsu hasil lelongan Jurulelong tak bertauliah, Anwar Ibrahim.
Berapa banyak belian hasil lelongan Anwar ini dibawa balik, dipakai dan ada yang dimakan oleh anak dan ahli keluarga? Berapa ramai ahli keluarga si pembeli bodoh ini sudah termakan makanan beracun dan barangan palsu yang tidak halal yang dijaja oleh Anwar?
Terbayang senyum ‘tongging’ Anwar bila dia tengok rakyat berebut-rebut membeli barangan palsunya setiap kali dia melambakkannya di pasaran.
Ibrahim pendek dulu buat dua tiga kali lelong palsu menjadi juga. Tapi lama-lama bila orang dah tau tak cukup tanah nak lari…
Salam Bro,
ReplyDeletePengkhianat negara memang tak ingat mati.
Sebab tu sanggup bersekongkol jadi ejen Yahudi.
Aku harap agar Allah matikan al jub dalam keadaan paling hina sekali.
sejarah hitam sekor beruk klik sini