Saturday, April 24, 2010

AKHIRNYA ANWAR BERJAYA JADI PEMIMPIN NO .1 NEGARA...

Dengan rasminya diumumkan bahawa Anwar Ibrahim telah berjaya menempatkan dirinya sebagai PEMIMPIN NO.1 NEGARA. Terkabullah sudah cita-cita yang didiamkannya selama ini.

Kejayaan ini dibuktikannya melalui perjuangan yang konsisten dalam beberapa isu. Antaranya ialah:

1. Kejayaannya menjadi pembawa fitnah paling banyak, sama ada kepada individu pemimpin kerajaan mahupun terhadap kerajaan sendiri.

2. Kejayaannya memindahkan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya kepada pemimpin kerajaan, Juga tiada siapa dapat menyainginya. Ini diakui apabila, selepas dia didapati jelas terpalit dengan Yahudi Israel dan Yahudi Amerika, beliau berjaya memindahkan tuduhan kepada kerajaan pula yang bersahabat dengan Yahudi dengan menggunakan isu APCO.

3. Kejayaannya membohongi rakyat secara paling berkesan. Terbaru, menyebar pamplet dan banner mengumumkan akan diadakan perdebatan antara beliau dan PM DS Najib pada malam ini. Walhal benda ni tak wujud pun.

4. Kejayaan beliau menenggelamkan isu liwat melalui penggunaan pelbagai tektik, juga diakui tiada siapa yang boleh menandinginya.

5. Kejayaannya memberi bukti seperti surat yang tak diketahui hujung pangkalnya dalam setiap ceramah, tapi tidak pernah pun bukti-bukti ini diphotostat untuk tatapan rakyat. Contoh, surat membuktikan PR cukup bilangan untuk membentuk kerajaan 16 September.

Banyak lagi perkara-perkara pelik yang tak termampu atau tak sanggup dilakukan oleh lain-lain pemimpin, telah sanggup dilakukan oleh Anwar, demi untuk menjadi pemimpin no.1 negara.

Atas faktor-faktor inilah maka, blog Kepal Nasi mengumumkan bahawa beliau adalah pemimpin no.1 negara dalam sektor penipuan, pembohongan, fitnah, propaganda dan putar belit.
Ketokohan beliau dalam sektor ini tiada siapa yang dapat menandinginya, sekurang-kurangnya untuk abad ini.

2 comments:

  1. Kerajaan pun tak menafikan mereka terlibat dgn agen yahudi dengan bayaran RM 77 Juta. bodoh punya tuan blog. tu la pasal..lain kali bila parlimen bersidang buang ler masa sket dengar perbahasan! ini tidak.. masuk internet dok merapu meracau macam orang gila.

    Kenyataannya pada 22 April 2010, pihak kerajaan sendiri mengaku yg APCO berpangkalan di Tel Aviv. Yuran sebanyak RM 77 juta. Terpakasa guna APCO sbb deme tu bertaraf antarabangsa yg menguasai media.

    Tuan blogs, lain kali cakap biar berakal sket ekkkkkkkkkk...

    ReplyDelete