Thursday, April 8, 2010

RAKYAT MSIA YANG TIDAK FAHAM BAHASA KEBANGSAAN...

Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata jawatankuasa itu bersetuju dengan keputusan mesyuarat Exco Pemuda MCA yang menolak tindakan melampau serta suara sumbang untuk meneruskan perjuangan berlandaskan satu kaum semata-mata.

“MCA akan bekerjasama dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bagi meningkatkan daya saing negara serta melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas dari kenyataan ini, bangsa Malaysia dari kalangan MCA tidak faham Bahasa Melayu. Dari Presiden hinggalah ke ahli bawahan tidak faham bahasa kebangsaan walau pun sudah jadi warganegara Malaysia lebih 60 tahun.

Penyakit ini tidak dialami oleh kaum cina yang menjadi warganegara Indonesia. Mereka di Indonesia sangat fasih berbahasa Indonesia, hingga tidak dapat dibezakan yang mana orang Jawa dan yang mana orang cina.

Kalau mereka yang mengaku berbangsa Malaysia ini faham bahasa kebangsaan dengan baik, tidak mungkin mereka mengalami masalah untuk memahami apa yang disebut oleh Tun Mahathir dan Datok Ibrahim Ali dalam perhimpunan PERKASA tempohari.

Wahai opportunis bangsa Malaysia, bukankah kenyataan yang kamu pertahankan ini juga yang dituturkan oleh Tun Mahathir dan Dato Ibrahim Ali dalam perhimpunan itu.

Pernahkah kamu dengar wahai opportunis bangsa Malaysia mereka menyebut ayat yang berbunyi dan bermaksud mereka hanya ingin memperjuangkan kepentingan melayu sahaja dan mendesak supaya kepentingan kaum lain dipinggirkan?

Wahai opportunis bangsa Malaysia, begitu panjang lebar Tun Mahathir memperjelaskan tentang perkongsian kuasa dan tolak ansur antara kaum. Kenapa kamu, akhirnya mendapat kefahaman bahawa apa yang diperkatakan oleh tun adalah menjijikkan dan bersifat rasis!!!

Memang kamu opportunis bangsa Malaysia.

Jika kamu benar-benar mahu menjadi Bangsa Malaysia, kamu wajib mentaati keluhuran perlembagaan dan faham akan maksudnya dengan jelas.

Jika kamu benar-benar ingin menjadi bangsa Malaysia kamu mesti mentaati keluhuran Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan berusaha sebenar-benar ikhlas untuk mempelajari dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik. Jangan nanti kamu mendabik dada bangga sebagai anak Malaysia tapi lidah kamu masih bercabang dan kelu untuk bercakap dan bertutur bahasa Melayu.

Kami lain-lain bangsa di Malaysia kini mengalami masalah besar untuk berhadapan dengan bangsa yang tidak faham bahasa kebangsaan kerana setiap kali kami ingin memperjelaskan sesuatu, akhirnya kami yang didapati bersalah.
Yang paling mendukacitakan, kami didapati bersalah bukan kerana kami melakukan kesalahan tetapi hanya disebabkan oleh kegagalan kamu bangsa oppoturnis Malaysia memahami dengan baik Bahasa Kebangsaan yang telah digunakan oleh sebahagian besar dari rakyat negara ini!!!
Adalah sangat mengaibkan sekali, seorang warganegara Malaysia yang lahir dan membesar sejak beberapa generasi di negara ini, tetapi didapati masih miskin budaya dan bahasa kebangsaan sendiri.!!!

No comments:

Post a Comment