Monday, June 30, 2008

KES LANGGAR BELAKANG : SUSPEK MOHON SUAKA

Siapa sebenarnya yang ‘fabricate’? Usaha untuk memalitkan DS Najib telah bermula. Cukupkah hanya dengan menjaja gambar Saiful (yang dikatakan kena langgar dari belakang) bersama dengan pegawai khas TPM untuk dijadikan bukti kukuh wujudnya fabrication? .

Gambar budak tu dengan Tok Pa pun ada, dengan Dato Shahrir pun ada dan gambar ramai-ramai dengan Dato Azalina Osman pun ada. Kalau hanya gambar cukup untuk disabitkan sebagai bukti kukuh, maka setakat hari ni 4 suspek konspirator telah diketahui.

Kebiasaannya pihak pengadu yang merasa nyawanya terancam kerana telah pecahkan tembelang. Bukannya suspek. Kalau lori langgar belakang kereta kita atau langgar anak jiran, biasanya pemandu lori yang lari mintak perlindungan di balai polis. Bukan yang kena langgar belakang lari minta perlindungan. Orang kampung mana yang nak pukul orang yang kena langgar?

Ini belum apa-apa ‘suspek’ sudah mintak perlindungan di kedutaan asing apa hal? Nampak macam ada sikit ‘sandiwara bahlol’ punya cerita.

Lagi satu yang nampak bahlol sikit, kalaulah saya yang mereka-reka untuk aibkan Anwar, tujuan saya hanya satu…nak bagi ‘pekena’ dia di mahkamah. Saya tak bodoh dalam masa yang sama buat ancaman bunuh pulak. Kalau saya buat lagu tu tak pandai strategilah gamaknya saya…Tindakan ancaman bunuh macam ni samalah macam saya buka jalan untuk tembelang rekaan saya diketahui orang.

Lagi satu yang saya musykil, biasanya konspirator yang cekap dan bersedia dengan pelan A, B, C dan seterusnya. Gagal pelan A, ada pelan B….Pihak yang nak ‘dikenakan’ selalunya lewat tau. Tapi dalam hal liwat ni nampak pihak konspirator yang terlewat. Pihak yang nak dikenakan nampak lebih bersedia. Nampak tersusun. Macam ada pelan A, B dan C.

Awal-awal dah ada gambar dalam internet. Terus umum ada bukti terbaru kes 1998 yang melibatkan AG dan IGP. Cekap cari perhatian pihak luar dengan libatkan kedutaan asing. Umum ada ancaman bunuh yang tak direpot ke pihak polis. Cuma satu yang betul-betul tak cekap. Anwar Sewaktu nak ambil si Saiful ni kerja langsung tak screen, tak tengok latar belakang siapa dia sebenarnya. Tak tau yang dia pernah lawat Pejabat TPM. Main tangkap muat. Tak tau yang budak ni ‘was planted’ (mesti Anwar akan cakap macam ni)

Saya pun boleh umum ada ancaman CIA nak bunuh saya sejak lebih 3 bulan yang lalu. Israel bagi saya amaran. George Bush hantar wakil bagi kata dua pada saya. Bila dinasihatkan supaya repot polis, saya katalah polis tak boleh dipercayai. Dia pun terlibat berkonspirasi dengan Israel dan George Bush …Bila ditanya bukti, saya akan cakap, ‘bila sampai masa saya akan dedahkan’…

Cukup senang kalau nak jadi populis. Pandai propaganda, pandai pusing, pandai naikkan sentimen rakyat, siram minyak, lempar puntung rokok sudah cukup untuk menyebabkan rakyat marah dan timbul syak wasangka. Kita akan dilihat dizalimi, dianiaya dan pihak lawan dilihat asyik berniat jahat pada kita.

Maka fokus rakyat akan bertukar dari ingin mengetahui benar atau tidaknya berlaku kejadian itu, kepada sentimen marah kepada konspirator dan simpati kepada kita. Perkataan ‘kesian’, ‘tak patut’, ‘zalim’, ‘sampai hati’, ‘apa lagi yang dia orang nak buat naiya’ akan berkumandang ke udara. Akhirnya perhatian rakyat dapat dialihkan dari isu ‘perlakuan liwat’ yang dikatakan berlaku kepada isu ‘rekaan perlakuan liwat’.

Apabila persepsi ini menguasai majority pemikiran rakyat maka apa juga hasil siasatan, bukti DNA, polis, hakim dan keputusan mahkamah pasti akan ditolak. Mahkamah bohong, polis reka bukti, doktor yang jalankan DNA buat lapuran palsu…semuanya akan dinafikan hasil dari perang psiko yang sedang dijalankan melalui pelan A, B dan C pihak suspek yang mohon suaka…

Posting seterusnya akan diulang tayang kes 1998. Bagaimana cerita IGP lumpuh sebelah tangan, Mahathir kena stroke, cerita arahan PM suntik HIV pada Anwar, racun arsenik, sakit belakang secara tiba-tiba dan sihat pun secara tiba-tiba. Semua ini kronologi perang psiko yang dimuntahkan kepada rakyat pada 1998 bagi mengalihkan pemikiran rakyat dari ingin mengetahui kepada benar atau tidak berlakunya liwat kepada penolakan total rakyat terhadap apa juga bukti dan keputusan perbicaraan.

Salam…maaf ‘terlewat’ posting…

No comments:

Post a Comment