Saturday, June 28, 2008

MAJLIS PEGUAM ALAT TERBARU HINDRAF...?

Majlis Peguam sedang bergerak ke arah mana? Apakah mereka sedang bergerak ke arah membangkitkan keresahan antara kaum? Apakah mereka cuba melakukan ekperimen untuk memberi takrifan baru kepada ketuanan melayu dan kontrak sosial?

Jika rakyat diajak berforum untuk menilai semula perlembagaan 153 yang menyentuh segala hak dan kedudukan orang melayu, maka forum-forum yang menyentuh segala status dan keistimewaan yang melibatkan seluruh rakyat termasuk kaum cina dan india juga perlu dilakukan!

Jika disebabkan tuntutan zaman, hak dan kedudukan orang melayu harus dinilai semula, maka penilaian semula itu harus dimulakan dari sejarah pengorbanan datuk nenek orang melayu yang telah bermurah hati memberikan sebahagian dari hak mereka untuk dikongsi bersama dengan kaum pendatang.

Hak ekonomi dan pemilikan harta yang ada hari ini sepatutnya dimiliki 100% oleh orang melayu. Disebabkan datuk nenek orang melayu telah sanggup untuk memberi hak paling istimewa, iaitu ‘status warganegara’ kepada kaum imigran yang begitu asing bagi orang melayu, maka hari ini kita lihat hak ekonomi dan pemilikan harta tersebut sebahagian besarnya telah berjaya dikuasai oleh cucu cicit kepada kaum imigran ini.

Disebabkan kesanggupan datuk nenek orang melayu untuk berkongsi hidup dengan kaum imigran, maka hari ini anak cucu mereka terpaksa berkongsi segala-galanya. Malah sebahagian besar cucu cicit kepada datuk nenek yang telah melepaskan sebahagian keistimewaan ini telah pun menjadi hamba kepada tuan dengan bekerja makan gaji di syarikat-syarikat koporat yang dikuasai oleh cucu cicit kepada kaum imigran ini.

Hari ini, hak pendidikan, hak biasiswa dan segala khazanah yang ada semuanya terpaksa dikongsi.

Kalau datuk nenek orang melayu dulu tidak benarkan hak mereka dikongsi, hari ini anak cucu mereka senang lenang. Tak payah fikir dan pertimbang itu dan ini, tak payah fikir pasal kuota, semua boleh dibuat berasaskan semangat meritokrasi!

Menantu jenis apa yang kita dapat ? Sudahlah kita lepaskan hak kita dengan memberikan anak untuk berkongsi hidup dengan mereka. Hari ini geran tanah, gedung perniagaan dan segala harta dan ladang yang kita miliki turun temurun pun ingin dirampas dan cuba dibahagi-bahagi secara samarata. Kumpulan menantu-menantu ni cuba berpakat untuk membahagi-bahagikan harta keturunan isteri mereka!

Apa maksud sebenar Majlis Peguam untuk memperdebatkan soal baki ketuanan dan baki hak serta kedudukan yang masih tinggal pada orang melayu? Kenapa tidak dibincangkan sama soal hak-hak yang telah terlepas ke tangan cucu cicit kaum imigran yang telah dipersetujui oleh dato nenek orang melayu dulu?

Kesamarataan jenis apa yang cuba diperjuangkan oleh golongan ‘racist’ yang menyamar sebagai bangsa Malaysia ini? Dalam Majlis Peguam inilah berselindungnya pejuang-pejuang ‘racist’ HINDRAF! Semua orang tahu HINDRAF memperjuangkan hak dan kepentingan kaum India/tamil. Kenapa mereka tidak dituduh ‘racist’?

Kita ingin lihat ke mana sebenarnya hala tuju Majlis Peguam. Adakah Majlis Peguam telah diperalatkan oleh HINDRAF untuk mencungkil segala hak-hak yang masih ada pada orang melayu untuk mereka ‘kendurikan’ sekali lagi. Dulu datuk nenek mereka telah ‘berkenduri besar’ apabila datuk nenek orang melayu bersetuju memberikan hak warganegara kepada mereka.

Topeng-topeng ketelusan, kebebasan, kesamarataan dan keadilan yang mereka pakai hari ini amat mengelirukan, malahan topeng-topeng tersebut juga telah turut menarik perhatian anak-anak melayu untuk turut memakainya.

Apakah wajar untuk orang melayu pertikaikan semula hak kewarganegaran yang telah dilepaskan kepada mereka? Kalau perlu kita harus berforum dengan menjemput penal forum dikalangan orang melayu sahaja.

Majlis peguam tidak perlu marah dan menuduh orang melayu ‘racist’ kerana mereka telah membuat satu ‘precedent’….menjemput orang bukan melayu membincangkan soal kedudukan orang melayu.

Selamat berforum.....

1 comment:

  1. Salam,

    Kena ucapkan terima kasih kepada Majlis Peguam.

    Harap-harap selepas ini anak Melayu akan sedar taktik kotor "racist" sebenar Malaysia yang menidakkan sejarah.

    Wasalam

    http://umnodu.blogspot.com

    ReplyDelete