Apa maksud menegak kebenaran? Menegakkan kebenaran untuk membersihkan diri atau menegakkan kebenaran untuk kelihatan berada dipihak yang benar?
Menegak kebenaran semata-mata untuk membuktikan kebenaran atau untuk mencari pengaruh?
Menegak kebenaran untuk membuktikan kita tidak bersalah di sisi tuhan atau tidak bersalah di sisi manusia?
Memburu haiwan bukan dengan bekalan bom tapi dengan senapang. Boleh memburu dengan dengan berbekalkan bom. Haiwan akan mati juga seperti mana berburu dengan senapang tapi tidak akan beri benafaat kepada si pemburu kerana daging sudah tentu rosak binasa. Memperjuangkan kebenaran mestilah dengan berbekalkan iman. Kalau memperjuangkan kebenaran dengan berbekalkan nafsu mungkin tercapai juga hasrat, tapi sudah pasti rosak binasanya akan lebih banyak dari kebaikan yang dicapai.
Perjuangan apa sebenarnya yang cuba dilaku dan diinginkan oleh Anwar Ibrahim?
Kalau memperjuangkan kebenaran dengan iman, sepatutnya berbuatlah seperti Nabi Yusof yang difitnah isteri raja. Nabi Yusof hanya inginkan kebenaran disisi Allah. Baginda tidak bertindak mengharu-birukan negara lantaran tuduhan yang dipalitkan kepada baginda.
Apakah sikap tidak mempertahankan diri secara bersungguh-sungguh oleh Nabi Yusof membuktikan kemungkinan beliau melakukan kesalahan tersebut? Apakah sikap mempertahankan diri dengan pelbagai cara yang dilakukan oleh Anwar membuktikan bahawa beliau tidak bersalah?
Apakah disebabkan Nabi Yusof tidak berarak ke hulu dan ke hilir untuk menyatakan dia tidak melakukan zina menunjukkan dia tidak yakin dirinya berada di pihak yang benar? Apakah dengan membuat roadshow dan memberitahu dunia bahawa dia tidak melakukannya sudah cukup untuk membuktikan Anwar tidak bersalah?
Apakah tuhan Nabi Yusof sama dengan tuhan Anwar Ibrahim? Kalau sama kenapa tindakan Nabi Yusof dan tindakan Anwar Ibrahim amat berbeza walau pun menghadapi situasi yang sama, iaitu fitnah?
Kalau tuhan yang sama, mana mungkin tuhan itu bersifat pilih kasih. Mana mungkin dengan Nabi Yusof tuhan memberikan pertolongan dan menyelamatkannya dari fitnah, sedangkan dengan Anwar, tuhan yang sama hanya membiarkan Anwar terus hanyut dalam fitnah tanpa pertolongan apa-apa.
Nabi Yusof tidak beriya-iya mencari bukti sokongan untuk membuktikan baginda tidak bersalah. Baginda tidak menuduh golongan istana berkonspirasi. Baginda tidak menuduh raja berniat jahat dan ingin menghalangnya dari menjadi Perdana Menteri. Baginda tidak mencari orang lain atau bukti-bukti lain untuk memperkuatkan hujahnya.
Kita yakin walaupun ketika itu ada Pusrawi, Nabi yusof tidak akan mengorek-ngorek lapuran pusrawi bagi membangkitkan rasa ragu terhadap proses siasatan pada pandangan mata rakyat ketika itu.
Walaupun tidak layak untuk membandingkan Anwar dengan Nabi Yusof, tetapi dari segi sifat penyerahan kepada tuhan, sifat tawakkal dan sifat yakin bahawa tuhan akan menolong orang-orang yang benar dan orang-orang yang difitnah adalah merupakan ajaran asas agama kita. Sudah terlebih pasti Anwar cukup tinggi pengajian agamanya walaupun tidak secara formal.
Cuma barangkali baginda Yusof seorang nabi suruhan tuhan, tidak ada kepentingan lain yang lebih didahulukan selain dari kepentingan menyebar agama tuhan. Tidak tersedik dihatinya cinta akan harta, wanita dan takhta. Kalau tersedik dihatinya akan semua itu, mungkin penyerahan bulat-bulat kepada tuhan tidak akan berlaku pada dirinya.
Mungkin baginda juga akan mengalami ‘trauma’ seperti Anwar. Baginda juga mungkin hilang punca lantaran panik kerana kemungkinan rakyat menghina baginda. Mungkin juga baginda akan ke hulu ke hilir menafikan segala fitnah yang melanda dirinya kerana jika tidak dilakukan begitu, mungkin padamlah masa depan untuk menjadi Perdana Menteri.
Tetapi sifat keimanan, sifat tawakkal kepada Allah, sifat benar-benar yakin bantuan Allah pasti bersama orang yang benar, yakin pemfitnah akan dilaknat Allah begitu kuat tertanam dalam diri baginda maka baginda tidak lakukan itu semua.
Kebenaran untuk Nabi Yusof akhirnya muncul juga tanpa dipaksa. Tanpa diminta-minta Nabi Yusof diangkat menjadi Perdana Menteri.
Allah berkuasa memberi dan mencabut kekuasaan kepada dan dari siapa yang dikehendaki. Allah juga berupaya memulia dan menghina seseorang. Ini panduan bagi sesiapa yang beriman kepada hari akhirat.
Tuhan pemimpin PKR, PAS dan UMNO sama dengan tuhan Nabi Yusof. Mana mungkin Allah membuat perbicaraan dan menjatuh hukum secara berpilih.
Salam…
suka baca... but ramai ke yang bole terima...
ReplyDeleteapa yang PASTI anwar amat sukar diterima di Ngeri Sabah bah.
ReplyDeletessghnya Allah Maha Mengetahui....Tuhan mereka tetp sama nmun ujian bg mereka berbeza pd individu d zamn yg berbeza...usaha jga past berbza..wallahualam....
ReplyDelete