Hanya keajaiban yang boleh menyelamatkan UMNO dari rasuah politik. Penyakit tidak sanggup kehilangan kuasa dan penyakit ingin merebut kuasa walau apa cara adalah punca penghalang kepada berlakunya keajaiban tersebut.
Media menghidangkan kisah politik wang yang berlaku di mesyuarat peringkat cawangan UMNO yang sedang berlangung.
Agenda pemulihan parti dan menukar kepimpinan yang telah menjadi pertikaian umum tenggelam begitu saja. Walau pun beratus-ratus cawangan telah mengusulkan supaya presiden parti diganti tapi tidak menjadi bahan berita di dada-dada akhbar.
Budaya lama yang masih berlaku di peringkat akar umbi menampakkan kepada kita kegagalan ahli dan pemimpin segenap peringkat dalam UMNO memahami isyarat jelas rakyat yang ingin melihat UMNO berani melakukan perubahan dari dalam. Rakyat menanti kesungguhan ahli UMNO untuk menukar kepimpinan. Rakyat masih memberi ruang kepada ahli UMNO sehingga PRU 13 untuk membetulkan segala kesilapan dan kelemahannya.
Ahli UMNO perlu ingat, jangan sampai rakyat bertindak bagi pihak ahli UMNO untuk menukar kepimpinan sehingga terpaksa menolak BN dalam PRU13 kerana rakyat melihat ahli UMNO tidak berbuat apa-apa untuk mengubah kepimpinannya dari dalam.
Ahli UMNO perlu ada rasa tanggungjwab untuk menyelamatkan UMNO dan BN. Jika dengan menolak kepimpinan yang ada itu dilihat sebagai kaedah penting untuk menyelamatkan UMNO dan BN, maka, ahli UMNO berkewajiban untuk lakukannya.
Di sinilah cabaran sebenar ahli UMNO, samada untuk mendahului kepentingan menyelamatkan parti atau kepentingan menyelamatkan pemimpin parti sebagai keutamaan mereka.
Kegagalan ahli UMNO untuk memahami 2 perkara yang berbeza ini akan menyebabkan parti yang diharapkan oleh ahli untuk terus memerintah, berkemungkinan besar akan ditolak oleh majoriti rakyat dalam PRU 13 kelak.
Sekretariat yang ditubuhkan oleh ibupejabat bagi mengekang politik wang seperti yang diumumkan oleh Pak Lah, tidak akan mampu mengawal berlakunya amalan rasuah politik. Sekretariat tersebut hanya akan menambah kekebalan atau imuniti presiden parti yang akan turut bertanding mengekalkan jawatan presiden pada pemilihan parti Disember akan datang.
Siapa yang berani mensabitkan presiden dengan politik wang? Jika ada yang berani membuat lapuran, siapa pula dikalangan lembaga disiplin parti yang berani menyiasat? Jika lapuran BPR dilakukan, adakah BPR akan benar-benar telus dan tegas dalam melakukan siasatan yang melibatkan batang tubuh presiden parti?
Apa yang jelas, penubuhan sekretariat pemantau tersebut hanya mengukuhkan lagi hujah bahawa presiden parti terkecuali dari segala undang-undang dan peraturan parti.
Ahli UMNO dan rakyat ingin melihat sejauh mana siasatan terhadap lapuran yang dibuat oleh Ketua Bahagian PJ Selatan, Kapten(B) Dato’ Zahar Hashim terhadap salah laku presiden parti. Sejauh mana ketelusan lembaga disiplin parti dan BPR dalam mengendalikan lapuran yang melibatkan presiden parti, sama-sama kita tunggu.
Politik wang yang berlaku di peringkat cawangan dan bahagian selalunya menggunakan wang poket sendiri. Tetapi lapuran salahlaku Presiden parti telah melibatkan peruntukan wang JASA, iaitu agensi kerajaan. Dikatakan peruntukan sebanyak RM80 juta telah digunakan untuk sesi pertemuan ketua-ketua cawangan seluruh negara dengan presiden.
Merasuah ahli dan perwakilan dengan wang poket sendiri adalah merupakan satu kesalahan. Jika wang agensi kerajaan digunakan untuk tujuan yang sama, maka si pemberi dikira telah melakukan 2 kesalahan serentak. Sudah pasti hukumannya lebih berat jika didapati bersalah. Kesalahan pertama; melakukan rasuah politik untuk mendapat sokongan akar umbi cawangan-cawangan. Kesalahan ke dua; menyalah gunakan dana kerajaan untuk mempertahankan individu pemimpin dalam parti.
Kita tunggu sejauh mana amalan ketelusan dan moral yang hadharah diamalkan oleh si penyeru...Jangan hendaknya bila sampai ke perut dikempiskan!
Orang hartawan dan berkuasa amat mudah melakukan apa saja di dunia, cuma di akhirat mungkin ada berat sikit. Sekretariat pemantau dan lembaga disiplin di akhirat tidak akan melepaskan sesiapa pun dari hukuman...terutama si hartawan dan si penguasa.
Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang sama-sama kita lihat apa jadi pada UMNO nanti...
'JANGAN'
ReplyDelete'JANGAN'
'JANGAN'
KALAU ORANG DAH TAK SUKA..KALAU GUNA WANG PUN, DIA BOLEH KALAH JUGA..
KALAU ORANG DAH SUKA.. KALAU TAK GUNA WANG PUN, BOLEH MENANG JUGA.
CADANGAN:
DUIT AMBIK.. TAPI PANGKAH ORANG LAIN.. BUKAN DIA NAMPAK PUN. UNDI KAN SULIT.. ANGGAP JE REZEKI KITA.. (( POYO BETUL CADANGAN NI. TEPUK DADA, FIKIR DAN BERTINDAK ))
KOMEN TERAKHIR SAYA..
NAK JEMPUT MASUK KE THREAD FORUM SAYA. 'POYO' BETUL ;)
LAYARI http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
betul tu team pemuda UMNO..tapi perwakilan sekarang ini dah tukar mentaliti..ada duit aku undi, tarak wang aku buang...siapa yang mengajar mereka...Pemimpin UMNO juga..utk itu kita kena pilih pemimpin yang berwawasan dan boleh mendokong perjuangan anak cucu kita yang akan datang...HIDUP DMM
ReplyDeleteok :-)
ReplyDeleteSalam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com