Dato Norza sudah ke mahkamah. Dari ribuan bukti cakap dengar, kes Dato Norza adalah kes berprofil tinggi yang baru kelihatan menuju ke arah penyelesaian. Didapati bersalah atau tidak, adalah satu persoalan lain. Kita tidak bincangkannya di sini kerana mahkamah akan buat keputusan.
Isu rasuah politik dalam pemilihan UMNO sudah menghiasi dada dan pemikiran berjuta rakyat Malaysia.
Bukti cakap dengar sudah terlalu banyak. Isunya sekarang hanyalah untuk membuktikan perlakuan rasuah tersebut benar-benar berlaku. Itu saja masalahnya.
Samalah seperti perang Serbia-Bosnia, perang Israel-Palestin atau pun perang di Iraq. Negara yang sudah hancur musnah adalah bukti kukuh wujudnya perlakuan jenayah perang. Tetapi untuk menuduh dan membuktikan kesalahan jenayah perang tersebut hanyalah satu prosedur untuk menjatuhkan kesalahan.
Secara umumnya memang wujud pesalah jenayah perang kerana buktinya jelas - negara tersebut telah musnah.
Dalam soal rasuah politik dalam perang pemilihan UMNO sekarang ini, begitulah keadaannya. Berdasarkan cakap dengar dan kisah-kisah yang keluar dari mulut ke mulut, memang hanya orang-orang yang ‘mental retarded’ saja yang akan menafikan wujudnya rasuah politik dalam pemilihan UMNO.
Kisah pengurus kempen menjadi mangsa maki hamun perwakilan kerana calon-calon yang di bawa bertaraf Sekolah Kebangsaan (Salam kosong), kisah calon marhain takut turun kempen kerana tak ada duit nak ‘digugurkan’, cerita bagaimana G7 komplen jentera TS Muhyiddin tak ‘gugur’, DS Ali Rustam dah masuk saringan ke 3, kisah Muhammad Mohd Taib dikatakan menggunakan agensi dan budget kementerian, kisah Dato Mukhriz kedekut, ikut KT mewah, keluhan ‘kempen manager’ dan perwakilan yang beritahu dah terpaksa ‘commit’ dengan KJ kerana dah lama kena ‘bela’ dan terhutang budi dan macam-macam kisah lagi akan didengar jika kita bersembang dengan mereka yang terlibat secara langsung dalam perang kempen pemilihan UMNO.
Semua kisah-kisah ini memberi gambaran kepada kita betapa sengitnya peperangan yang berlaku dalam pemilihan UMNO.
Bunyi letupan bom, tembakan ‘machine gun’, pembahagian harta rampasan perang setiap kali selepas calon-calon ‘turun padang’ oleh badan pengurus kempen swasta begitu dirasai apabila kita bergaul di kalangan mereka, jelas membuktikan betapa wujudnya penjenayah perang dalam kempen pemilihan UMNO.
Satu dunia tahu perang Palestin-Israel atau perang Serbia-Bosnia. Jika tidak dibuktikan atau dijutuh hukum sesiapa yang terlibat, sudah pasti badan seperti PBB atau Mahkamah jenayah perang akan dianggap tidak menjalankan tugas atau gagal berfungsi. Sudah pasti kredibiliti badan ini akan dipertikaikan.

UMNO hanya ada lagi 1 minggu untuk membuktikan bahawa UMNO memang serious dalam membenteras gejala rasuah dalam parti. UMNO perlu buktikan bahawa ‘penjenayah perang pemilihan parti’ dijatuhkan hukuman yang setimpal.
Jika perang pemilihan ini berlalu tanpa ada siapa-siapa yang didapati bersalah atau dijatuh hukum, maka seluruh ahli dan rakyat akan memandang UMNO adalah tempat di mana sesiapa pun bebas melakukan apa saja.
Walau pun segala bapa perasuah, komander perang dan askar prebet yang jelas terlibat dalam perang pemilihan parti terlepas dari hukuman, rakyat dan ahli parti tahu bahawasanya memang wujud jenayah perang dalam bentuk rasuah wang dalam pemilihan UMNO.
Jika penjenayah perang pemilihan UMNO ini berjaya menguasai kepimpinan parti dalam pemilihan ini, maka barisan kepimpinan UMNO dan kerajaan yang dibentuk selepas Perang Pemilihan UMNO ini adalah terdiri dari barisan penjenayah rasuah politik yang terlepas dari disabitkan dengan kesalahan rasuah.
Mahukah ahli UMNO dan rakyat menerima mereka yang diakui terlibat dengan gejala rasuah sebagai pemimpin mereka?
Kita tunggu keputusan mereka pada PRU 13 akan datang….
jadi, kepeminpinan Umno harus tegas dalam soal rasuah ini. jangan biar lagi.
ReplyDeleteBIARKAN-BIARKAN.....
ReplyDelete