Monday, March 16, 2009

LEMBAGA DISIPLIN ADA BERANI KE...?

Prinsip dan pegangan perwakilan akan teruji menjelang pemilihan UMNO. Sebelum mereka diuji kebijaksanaannya dalam memilih pemimpin pada 25 & 26 March, mungkin mereka terpaksa melalui ujian Tahap 1.

Ujian Tahap 1 yang dimaksudkan ialah samada mereka taksub kepada prinsip perjuangan UMNO atau taksub kepada calon-calon tertentu. Mereka mendahulukan masa depan sendiri atau mendahulukan masa depan parti.

Guruh kilat berdentum-dentam sambar menyambar di langit kelam UMNO menandakan negara kita akan dihujani surat penggantungan dan surat hilang kelayakan bertanding calon-calon gergasi yang akan bertanding.

Samada hujan akan turun atau ditahan atau pun dialihkan oleh pawang negara belumlah dapat dipastikan lagi.

Kalau pun Pawang Malaysia berjaya mengalih atau menahan surat pergantungan dari menghujani kita, cuaca panas pulak akan terasa membahang.

Paling panas membahang mungkin mereka yang duduk di dalam rumah Lembaga Disiplin Parti. Silap-silap semua ahli yang duduk dalam rumah tersebut akan bertindak keluar meninggalkan rumah Lembaga Disiplin dek bahang panas akibat dari tindakan Pawang Malaysia menahan hujan dari turun.

Kalau Pawang Malaysia gagal menahan hujan surat penggantungan dari turun, maka calon gergasi dan pengurus-pengurus kempen pulak yang akan basah kuyup.

Kita nak tengok sejauh mana pengurus kempen & perwakilan yang menyokong calon gergasi samada sanggup basah bersama dalam hujan ribut yang berlaku atau mereka akan lari lintang pukang mencari tempat baru untuk berteduh.

Resmi kebanyakan pejuang poket dan perut dalam UMNO selalunya macam tu. Bila bos ‘kantoi’ anak buah akan lari dulu.

Dalam UMNO tiada istilah taksub kepada pemimpin. Yang paling ramai hanya taksub kepada poket dan perut sendiri.

Maka dengan itu, Lembaga Disiplin Parti tidak perlu risau dan bimbang tentang kemungkinan penyokong-penyokong calon gergasi akan memberontak atau bertindakbalas jika calon pujaan mereka digantung atau dilucutkan kelayakan bertanding.

Pengurus kempen atau machai-machai yang berkeliaran ini kebanyakannya memiliki resmi daya juang ikan. Masa dalam air bukan main hebat, tapi bila naik ke darat, kalau dibubuh garam terus jadi ikan masin. Kalau dibubuh asam akan jadi pekasam.

Selamat maju jaya kepada Lembaga Disiplin Parti. Beranilah bertindak tanpa dipengaruhi sesiapa demi menyelamatkan UMNO.
Untuk kali ini je…tolonglah.

1 comment:

  1. Ya tuan, Ali Rustam dah kena. KJ, kena warn. Jadi harap Lembaga bukan setakat lembaga, biarlah semua orang takut dibuatnya.

    ReplyDelete