Tuesday, March 17, 2009

DILEMMA UMNO...

Jenis-jenis dilema yang wujud dalam UMNO;

Calon : Hulur salah, tak hulur kalah.

Perwakilan : Ambil salah, tak ambil orang lain semua pakat ambil.

Pemantau/agen : Nak repot kesian kawan, tak repot kesian UMNO.

JK Disiplin : Siasat dituduh konspirasi, tak siasat dituduh tak amanah.. Jatuh hukum dituduh bias, tak jatuh hukum dituduh melindungi.

UMNO : Terpaksa berhadapan dengan ragam calon + ragam perwakilan

Pemimpin UMNO : Semua nak kena pertimbangkan. Kepentingan parti + kepentingan diri + kepentingan ahli.

Ahli : Nak sokong hati sakit tengok ragam pemimpin atasan, tak sokong, sayang pulak pada parti.

Siapa boleh cadangkan jalan penyelesaian kepada dilemma ini?
Maksudnya semua pihak puas hati. Kalau boleh keadaan jadi macam ini:

1. Calon bebas dari sebarang tindakan dan hukuman.
2, Perwakilan bebas untuk ambil habuan dan bebas pilih siapa dia suka.
3. Pemantau pulak bebas untuk lapur apa saja.
4. JK Disiplin bebas jalankan tanggungjawab tanpa diganggu.
5. UMNO bebas buat apa juga keputusan.
6. Pemimpin UMNO bebas jaga apa juga kepentingan ( parti + diri + Ahli).

Jika ini dapat dilakukan, bermakna kehidupan dalam UMNO akan jadi mirip kehidupan syurga, di mana semua pihak dapat memenuhi apa saja hajat yang diinginkan dan tiada pihak yang berasa hati dengan orang lain.

Ditelan emak tak mati, diluah bapak pun tak mati…

9 comments:

  1. Pokok pangkalnya ialah calun dan perwakilan itu sendiri. Wang yang diterima dan dihulu itu tak silap saya HARAM hukumnya. Ianya bukan sahaja dimakan oleh kita dan menjadi darah daging kita, tapi juga isteri dan anak kita dan semua ketutunan kita masa hadapan.
    Adakah orang islam dalam UMNO yang mengatakan benda itu halal? Itu satu fatwa baru dan akidah baru yang sedang berleluasa di Malaysia dan Nusantara dewasa kini kot.
    Janganlahhh. Yang haram jangan disentuh. Kitakan islam.

    ReplyDelete
  2. UMNO melalui pemimpin utamanya harus tegas dan tidak takut pada tekanan. lakukan sesuatu megikut peraturan parti. jangan bertolak ansur kerana nanti akan beransur-ansur ditolak kerana dilihat flipflop.

    jika benar-benar ikut perlembagaan parti tentu tiada siapa akan tidak puas hati kerana ahlilah yang menentukan perlembagaan dan mempersetujuinya.

    ReplyDelete
  3. buat jer pilihanraya kecil didalam umno sendiri..tak perlu guna perwakilan.

    http://pi5au.blogspot.com/2009/03/pau-lagi-perhimpunan-agung-umno.html

    ReplyDelete
  4. buat macam demokrat nak cari president tu...
    tak pun..tambah G7 tu jadi G21 ka G51 ka.. biaq ramai skit baru bleh cari pemimpin yang betul2 kaya raya jadi TP, NP, MT, KP,hatta exco2. Bru padan muka... kalau kantaoi perwakilan yang terima tu gugur dari perwakilan...

    kalau G21+6=27
    27X190=5130 perwakilan lebih kurang...

    kalau nak bagi RM200 untuk 20% perwakilan pun... dah 1026xRM200= RM205200.00 + 30%(egen)= RM266760.00

    tak kan RM200.00 jaaa....nak jadi ketua bahagiaan pun rm500.00...
    kalau RM500 bagi 20% perwakilan = RM666900.00

    WOWWWWWWWWWWW.......

    ReplyDelete
  5. Tolong jangan propaganda untuk memburukkan UMNO...UMNO bebas rasuah.




    Say No to "Oral Sex". REspect your Wife.

    ReplyDelete
  6. Sudah sampai masanya UMNO menjauhi rasuah. Rasuah ni walau dinamakan seindah bahasa seperti politik wang pun tetap haram. Takuti lah balasan tuhan. Tuhan nampak apa yang kamu lakukan. Pemimpin2 UMNO patut kembali ke sekolah dan belajar pengetahuan agama Islam semula.

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم
    Untuk Pengetahuan TokMudim semua orang berpotensi untuk terlibat dalam najis rasuah tanpa mengira batas umur dan pelbagai perigkat jawatan serta organisasi, ini diakui oleh definisi global rasuah dunia. contoh mudah jabatan alam sekitar yang pergi menilai kilang yang mencemar mudah aja diberi kelulusan operasi, begitu juga dengan kelulusan mana-mana tender kerajaan, apabila TokMudim menafikan UMNO makan najis rasuah anakcucu rasa nak pitam, suma ahli umno yang ghobut jawatan sumo org biz, sumo menantikan habuan, lu pikirlah sendiri.....

    ReplyDelete
  8. salam bro,
    Aku setuju dgn pendapat kau tu.... skrg dah terbukti:
    Bila lembaga disiplin buat tindakan-
    1. macamna tak kata bias ada yb kena tindakan ada yg lepas ( salah tapi boleh maaf, atas dasar apa ) maaf je lah semua kalau nak maaf sgt.
    2. Calon LEPAS tapi agen yang diARAH OLEH CALON KENA ( sebab calon ni me..... presiden kot)
    3. kalau dok cerita fasal telus biar lah telus semua...
    4. Kalau tak biar je lah apa nak jadi drpd tindakan yang tak konsisten ( kesian ahli lembaga disiplin buat sala tak buat salah) tak hairan kalau lepas ni ada yg letak jawatan.
    Sori lah bro kalau aku salah....
    poco-poco

    ReplyDelete
  9. Umno untuk orang melayu. Kalau ini sikap Umno, apa akan terjadi dengan orang melayu.

    ReplyDelete