- Hidup beradab dan berperaturan telah membezakan di antara kehidupan manusia dan haiwan. Adab dan peraturan ini diwujudkan adalah kerana akal yang ada pada manusia.
- Akal semata, tanpa panduan, iman, adab dan peraturan akan menyebabkan tabiat manusia menjadi lebih hodoh dari haiwan kerana akal akan diguna untuk kepentingan nafsu yang bersifat ingin menguasai.
- Dengan panduan, iman, adab dan peraturan, kehidupan manusia akan dibataskan kepada had-had tertentu bagi tujuan mengekang dari berlakunya kerosakan kepada kehidupan manusia.
- Kehidupan haiwan pun akan rosak dan musnah jika terkeluar dari kehidupan lazimnya sebagai seekor haiwan.
- Haiwan yang berhabitatkan air akan mati jika ia cuba lakukan perubahan terhadap kelazimannya dengan cuba untuk hidup di darat. Begitu juga sebaliknya, kecuali bagi haiwan dua alam.
- Pendek kata, sebarang usaha pembaharuan yang dilakukan bagi tujuan untuk mengubah kelaziman bukan saja satu pekerjaan sia-sia, malahan akan membawa kemusnahan lebih besar dari keadaan sedia ada.
- Sebarang ketidakpuasan hati terhadap kelaziman hidup ini boleh dianggap ingkar, tidak menerima takdir atau realiti.
- Faktor sosio-budaya, ekonomi dan politik adalah asas wajib yang perlu diambil kira dalam menentukan corak dan dasar pentadbiran sesebuah negara. Yang berbeza hanya pendekatan. Pendekatan biasanya dilakukan berasaskan keperluan dan amalan kelaziman yang wujud bagi sesebuah negara. Lain padang lain belalang.
- Negara Malaysia tidak terkecuali dari peraturan ini. Persefahaman dan persetujuan antara kaum telah diterjemah melalui nilai toleransi menang-menang.
- Toleransi menang-menang ini adalah perkara paling pokok dan asas kepada kewujudan negara Malaysia merdeka. Toleransi kaum peribumi terhadap kewargaan kaum asing, toleransi kaum asing terhadap ketuanan Melayu, kedudukan raja-raja Melayu, penagihan kekayaan yang adil dan saksama, agama Islam sebagai agama rasmi di samping kebebasan mereka mengamalkan kepercayaan dan persetujuan dalam kedaulatan Bahasa Melayu adalah paksi kekuatan negara yang merentasi sempadan agama, kaum dan budaya. Segala-galanya telah disuratkan dalam perlembagaan negara.
- Apa yang telah dimaktubkan di dalam perlembagaan haruslah dianggap suatu hakikat atau realiti yang wajib diterima dan ketaatan kepada prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya adalah dikira sebagai satu kelaziman bagi setiap rakyat kepada sesebuah negara.
- Hasil dari kebijaksanaan menterjemah apa yang tersirat di sebalik perlembagaan ini, maka Malaysia telah berjaya menempatkan diri di antara negara majmuk yang paling harmoni, selamat, aman dan makmur kehidupannya.
- Sebarang penolakan terhadap kelaziman yang terbukti telah membuahkan hasil adalah dianggap satu keingkaran dan tidak mahu menerima realiti. Jadi, sebarang usaha untuk mengubah apa yang sudah dianggap kelaziman kehidupan bernegara di Malaysia, hanya akan membawa kepada kerosakan dan kemerosotan dari keadaan sedia ada.
- Jika gerakan pembaharuan atau pemikiran baru yang cuba dijayakan di negara ini lebih baik dari apa yang telah sedia dinikmati, sudah pasti situasi hari ini terutama selepas PRU 12 lebih baik dari situasi sebelumnya. Sebaliknya, apa yang kita lihat, terlalu banyak perkara luar jangka yang belum pernah terjadi, telah pun terjadi hari ini.
- Sudah pasti ada sesuatu amalan luar kelaziman atau luar tabie telah mendominasi pemikiran masyarakat sehingga preskripsi yang sudah 62 tahun diterima pakai, kini, sudah dianggap tidak relevan lagi.
- Harus diakui, wujud kelemahan pemerintah sama ada yang memerintah di peringkat persekutuan mahu pun yang memerintah negeri. Pencemaran alam sekitar pemerintahan ini tidak lagi dapat diurus melalui nilai yang berpaksikan toleransi. Kelaziman lalu yang telah terbukti keberhasilannya, kini sudah dipandang serong.
- Kita berharap pola pemikiran baru yang sedang meresapi pemikiran rakyat ini tidak akan menjadi seperti perjuangan seekor ikan yang cuba membawa pemikiran baru kepada masyarakat haiwan di air dengan menyatakan kehidupan di air sudah tidak relevan lagi akibat pencemaran. Lantas cuba meyakinkan masyarakat haiwan terbanyak bahawa mereka harus menjalani kehidupan sebagaimana rakan-rakan haiwan di darat.
- Apakah hanya kerana air sungai tercemar, lantas mahu dikorbankan segala kelaziman yang paling asas dan pokok bagi sebuah habitat kehidupan yang selama ini telah membawa kehidupan yang selamat, aman dan makmur kepada seluruh masyarakat haiwan di air?
- ’Alam terbentang jadi guru’. Kaji dan jadikan panduan.
Thursday, March 12, 2009
TERTIB MANUSIA, TERTIB HAIWAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dato kk,
ReplyDeletemasalahnya sekarang, ramai yang nak jadi hero. ramai jugak yang bodoh sombong. tak kurang ramainya yang tengah menabur "kertas-kertas kapan UMNO"....
haiwan kalau tak puas hati bergaduh ja, kalau kalah tinggal wilayah dan yang menang jadi raja. Tertib manusia banyak jenis, jahil, alim, arif,arifin billah, syuhud, kamil, mukamil....ada yang tak kisah dosa pahala syurga neraka. ada yang tak kenal ujud ilmu nur syuhud, tak kisah amarah lawamah mulhamah...ada yang dah nak ikut tertib haiwan...
Dato KK, susah mau cakaplah ini macam.
ReplyDeletekebelakangan ini ramai manusia terikuit-ikut perangai kehaiwanan.... dan tak ada pula haiwan nak ikut perangai kemanusiaan...
ReplyDeleteHa, sampai haiwan pun naik heran.
ReplyDeletekan kita belajar kat sekolah tentang akhlak dan adab, inilah jadi bila manusia membelakangkan akhlak anjuran Nabi Muhammad SAW, sudah jelas hanya akhlak yang membezakan kemanusiaan dan kehaiwanan....
ReplyDelete