Sunday, May 10, 2009

SISTEM DEMOKRASI BERAJA DI MATA BERSULTAN DIHATI..

Apa jenis fahaman politik yang sedang berlaku dalam negara sekarang?

Kita biasa dengar ada fahaman demokrasi, kuku besi, republik, feudal, fahaman komunis dan macam-macam lagi.

Di negara kita selama ini kita memakai sistem ‘check & balance’ 3 entiti di bawah Sistem Raja Berperlembagaan.

Tapi hari ni semua sudah tunggang terbalik. Semua proses pentadbiran kerajaan samada di peringkat legislatif, eksekutif atau pun kehakiman sudah diputuskan sendiri oleh parti-parti politik yang terlibat.

Demokrasi dan undang-undang sudah digenggam dalam penumbuk masing-masing.

Mahkamah masih dianggap wujud tapi hanya sebagai sumber sokongan untuk menghalalkan tindakan tidak demokratik yang dilakukan. Kalau kes tersebut menyebelahi dia kira ok. Jangan saja mahkamah buat keputusan lain. Kalau buat keputusan lain, itu kira tak oklah.

Dewan legislatif pula sudah jadi seperti kandang feedlot khinzir di ‘Negeri Entah Berentah’, di mana para penternak berebut-rebut untuk mendapat feedlot yang paling strategik. Dasar nafsu-nafsi sudah mengambil tempat.

Peruntukan undang-undang sudah jadi macam nasib durian di dusun. Yang baik diambil, yang buruk-buruk ditinggal. Mana yang menguntungkan diambil. Mana yang merugikan dibuang begitu saja.

Demokrasi berdasarkan majoriti dalam dewan pun tidak diiktiraf lagi.

Sistem lompat parti pulak ikut keadaan. Kalau lompat kat dia ok. Jangan saja lompat kat orang lain.

Fahaman apakah yang sedang cuba dipromosi?

Nak kata demokrasi berparlimen bukan. Nak kata republik pun bukan. Nak kata fahaman komunis mungkin ada dua tiga orang yang kelihatan berperangai komunis. Tapi biasanya komunis tak duduk dalam dewan.

Nak kata sistem feudal pulak, pun susah nak cakap. Belakang raja gaduh sakan. Bila raja sampai semua pakat sembah. Depan raja elok sekejap. Raja keluar dewan sambung balik.

Dulu-dulu bila ada kabilah buka tanah, ketua kabilah akan terus istihar diri jadi raja. Bila ada kabilah lain datang menyerang, kalau kalah lari dan kabilah baru pula akan istihar diri jadi pemerintah sah di jajahan tersebut. Lain masa pemerintah yang kalah datang serang balik dengan mintak bantuan orang putih. Bila menang dapat jadi raja balik.

Begitulah keadaannya. Dulu undang-undang di hujung senjata. Hari ni undang-undang di hujung hati. Ikut suka.

Mungkin fahaman ni sesuai diberi nama Sistem Demokrasi Beraja di Mata, Bersultan di Hati.

3 comments:

  1. dato KK,
    Biarkan biarkan...

    Biasalah....
    Alang tukang kayu terbuang,.... dato` pun tau kan...buat post pas ni pasal ni plak pas ni....

    ReplyDelete
  2. ku sangka kan panas berpanjangan rupanya hujan pula di tengahari... satu peristiwa yang memalukan dalam politik UMNO iaitu berlaku di Perak...

    Dato' Seri Nizar diisytiharkan oleh mahkamah sebagai MB yang sah... timbul persoalan bagaimana pula kedudukan speaker yang baru takut jadi speaker haram pula..

    ooooo malang nasib... seperti kata pepatah malang tidak berbau TETAPI kali ini orang kata "malang dah berbau"... tidak keterlaluan seperti berludah ke langit...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...dah namanya politik,asal menang cukuplah.Tak kesah rakyat apatah lagi istana.

    ReplyDelete