Tuesday, May 12, 2009

1ST HALF : PAKATAN 2 : BN 1

Kekalutan di Perak sudah sampai kemuncak. Samada ini kemuncak terakhir, ke dua terakhir, ke tiga, ke empat tidaklah diketahui.

Masalah berbangkit peninggalan MB Nizar belum selesai, sudah timbul pulak masalah berbangkit peninggalan MB Dr Zambry yang akan diselesaikan pula oleh MB Nizar.

Camry belum sempat lelong, pembelian Perdana V6 pun belum sempat diselesaikan.

Apa yang pasti, pihak MB Dr. Zambry akan kemuka rayuan. Pihak MB Nizar pula akan mohon perkenan sultan untuk bubarkan dewan. Pihak sultan pula ada kuasa mutlak samada untuk bubar dewan atau pun tidak.

Rasa-rasanya usaha MB Nizar memohon perkenan sultan untuk membubarkan dewan akan menemui kegagalan.

Hakikatnya, MB Nizar tiada pilihan melainkan terpaksa memohon dewan dibubarkan kerana jika tidak bubar, kerajaan MB Nizar akan hilang kuasa semula sebaik saja persidangan dewan diadakan. Ini kerana pihak MB Dr. Zambry pasti akan mengusulkan undi tidak percaya. Berdasarkan kedudukan 28+3 di pihak BN dan 28 di pihak Pakatan, sudah pasti MB Nizar akan sekali lagi turun takhta. MB Dr.Zambry pula sekali lagi akan mengangkat sumpah sebagai MB.

Keputusan perlawanan akan berakhir dengan kedudukan seri 2-2. Masing-masing MB merasa turun dan naik takhta sebanyak 2 kali seorang.

Rakyat samada yang menyokong BN mahu pun yang menyokong Pakatan tidak perlu pening, panik, gundah atau gembira dengan situasi yang berlaku ini kerana penyokong masing-masing juga akan merasa situasi pening, panik, gundah dan gembira 2 kali seorang.

Persoalan lain yang mungkin berbangkit, Speaker MB Nizarkah atau Speaker MB Zambrykah yang berhak memanggil sidang dewan kali ini?

Jika Speaker Nizar yang memanggil, alamat sidang dewan tidak akan dipanggil kalau dinilai dari sifat Sivakumar yang ada batu duduk dalam kepala.

Jika Speaker MB Dr Zambry yang memanggil, maka mudah dan cepatlah BN mengambil-alih semula tampuk pemerintahan.

Cadangan kepada pihak MB Dr.Zambry, tidak usahlah kemuka rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Desak saja tuan Speaker supaya adakah sidang khas dewan secepat mungkin untuk membuktikan bahawa memang benar MB Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti kalangan ahli dewan. Itulah jalan tengah terbaik dalam menyelesaikan kemelut gila ini.

Semua pihak telah dan akan terus gunakan segala peruntukan perundangan dan ruang teknikal yang ada untuk mendapat kuasa.

BN masih punya 1 lagi ruang peruntukan yang ada sebelum menyerahkan kepada budi bicara rakyat untuk menentukan siapa sebenarnya yang rakyat mahu iaitu membuktikan di dalam dewan bahawa memang benar MB Nizar dan kerajaannya sudah tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

Pihak MB Nizar pula tiada lagi pilihan seperti yang dimiliki oleh MB Zambry melainkan terpaksa melakukan perhitungan hidup mati dengan berusaha mendapat perkenan sultan untuk membubarkan dewan.

Kita tunggu lagi kemuncak seterusnya….

4 comments:

  1. salam tuan, akhirnya, kebenaran terserlah jua apabila mahkamah telah memberi arahan supaya keputusan semalam di tangguhkan dulu sementara proses rayuan dijalankan!

    ReplyDelete
  2. Dari org tepi jalan sehingga ke Menara Gading, kaki teh or kaki Todi, Bercawat or bercoli, Semua mahukan Fresh Election. Hanya BN yg tak mau, menyorok belakang Istana. Jika mau berubah, Inilah langkah pertama. Dengar suara rakyat.

    ReplyDelete
  3. Buat apa nak susah-susah, sorang jadi Menteri Besar DiHulu, sorang lagi jadilah Menteri Besar DiHilir.......

    ReplyDelete
  4. mcm ne nak bangunkan ekonomi melayu...sedangkan melayu sendiri pun masih lagi bermain hutang sesame sendiri yg x dbyr2...& xtau bile nak byr...

    ReplyDelete