Wednesday, May 13, 2009

RAKYAT IKUT KERAJAAN ATAU KERAJAAN IKUT RAKYAT?

  1. 11 Mei, genaplah 63 tahun umur UMNO. Ia juga memberi erti umur UMNO sudah berkurangan 1 tahun dari tahun sebelumnya.
  2. Dalam mengharungi baki kehidupan ini, UMNO perlukan formula untuk mempertahankan kesihatan sokongan akar umbi.
  3. Penghakisan sokongan rakyat adalah tanda-tanda akhir kematian sebuah parti politik kerana nyawa sesebuah parti bergantung kepada sejauh mana sokongan yang diterima dari akar umbi. Kuat sokongan rakyat maka panjanglah hayat parti. Begitulah juga sebaliknya.
  4. UMNO diiktiraf kemampuannya oleh rakyat jelata yang berbilang kaum pada PRU 1955. Ketika itu kaum bukan warganegara pun diberi peluang untuk memilih dan dipilih.
  5. Tiada rekod dalam catatan sejarah di mana-mana negara di dunia ini yang memberi hak kepada bukan warganegara untuk memilih dan dipilih dalam mana-mana pilihanraya di sesebuah negara kecuali di Persekutuan Tanah Melayu.
  6. Itulah gambaran betapa besarnya jiwa pemimpin UMNO awwalin. Itu juga barangkali yang menjadi rahsia kenapa UMNO diterima dan diiktiraf oleh segenap lapisan kaum selepas merdeka hingga kini untuk menunjangi pemerintahan negara.
  7. Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah berjaya menempuhi pelbagai kesulitan dalam pemerintahan. Pemimpinnya telah direkod dalam sejarah, berupaya menangani dari sekecil-kecil krisis hinggalah kepada sebesar-besar krisis yang berlaku dalam parti mahu pun dalam pemerintahan.
  8. Apa pun, seperti ungkapan PM, DS Najib, UMNO tidak boleh lagi bernostalgia dengan kekuatan lampau. Keadaan hari ini sudah sama sekali berubah.
  9. Aliran pemikiran sudah berubah, muntahan maklumat luar biasa, konsep keterbukaan sudah tidak dapat disanggah. Semua ini memberi kesan kepada nasib dan masa depan UMNO.
  10. Rakyat tidak lagi terikat dengan rekod pencapaian parti dalam memilih siapa harus jadi kerajaan.
  11. Kalau dulu sebahagian besar rakyat memilih UMNO/BN disebabkan mereka berasa terhutang budi dan yakin selain dari UMNO/BN, tiada parti yang boleh mereka letakkan pergantungan. Kini zaman tersebut telah berlalu.
  12. Dulu rakyat telah meletakkan hak cipta pemerintah hanya kepada Perikatan/BN. Tiada mana-mana individu walau individu tersebut sehebat Dato Onn, mereka tetap tidak akan beri mandat memerintah jika tidak memakai platform UMNO/Perikatan/BN.
  13. Kini hak cipta memerintah negara telah diliberalisasikan oleh rakyat.
  14. Kriteria penilaian mereka adalah;

    1. Sesiapa yang mereka tidak yakin dan pada anggapan mereka tidak layak diberi mandat, maka mereka akan tolak.
    2. Mereka bukan memilih siapa yang mereka yakini pada anggapan mereka paling layak
  15. Bila mereka memilih berdasarkan senario 1 di atas, maka sesiapa saja penentang kepada penyandang akan disokong di atas factor sentimen dan emosi. Soal benar atau tidak, layak atau tidak bukan pertimbangan mereka.
  16. Jika mereka memilih berdasarkan senario 2, sudah tentu mereka akan memilih berdasarkan keupayaan parti dan kualiti individu yang diketengahkan oleh parti.
  17. Itu sebabnya kita dapati pada PRU 12 yang lalu ramai di kalangan mereka yang ‘tidak masuk akal’ telah terpilih sebagai wakil rakyat. Calon bidan terjun seperti petisyen writer, calon rasis terlampau, tidak diketahui latar belakang peribadi dan ‘track record’, calon yang tiada langsung asas politik dan calon caca-merba telah dipilih oleh rakyat.
  18. Sentimen semasa dan emosi masih mempengaruhi sebahagian besar keputusan rakyat dalam memilih pemimpin dan parti mana yang harus memerintah.
  19. Apabila keadaan ini berlaku, tidak menghairankan kepada kita hari ini suasana politik telah keluar dari batasan rasional yang lazimnya berlaku. Batasan demokrasi, perlembagaan dan perundangan telah dirobek sehingga semua orang sudah bebas mentafsir mengikut tafsiran nafsu sendiri.
  20. Di sinilah cabaran sebenar yang sedang menanti UMNO. Mampukah UMNO menangani semua ‘chronicle’ luar garis panduan yang sedang berlaku?
  21. Pemikiran kronik luar batas sesetengah pemimpin pembangkang, ditambah pula dengan sokongan pelik rakyat bukanlah satu kerja mudah untuk ditangani.
  22. Bolehkah pemimpin dan perjuangan UMNO dihormati dan dipandang tinggi sekali lagi oleh rakyat? Apakah cara terbaik yang boleh difikirkan agar penghormatan dan pandangan tinggi rakyat kembali terhadap UMNO/BN dan para pemimpinnya?
  23. UMNO/BN perlu melakukan tindakan dua tiga langkah ke depan mengatasi jangkaan rakyat dan pembangkang. Jika ini boleh dilakukan, hayat UMNO akan bertahan lebih lama.
  24. Jika tindakan UMNO/BN hanya ‘parallel’ dengan pemikiran rakyat, maka rakyat tidak akan terkejut dengan sebarang langkah dan preskripsi pimpinan baru kerajaan.
  25. Jika tiada kejutan, rakyat akan terus bersentimen dan melayan perasaan sendiri.
  26. Bila itu yang berlaku, kerajaanlah yang akan terus penat mengikut 'game' rakyat.

6 comments:

  1. UMNO PUN KENA UBAH BRO, KENA BUANG SEMUA SIKAP ELITIS DAN DEKAT LA DENGAN RAKYAT SEMULA, KAMI BERLAWAN DI ALAM CYBER SIANG DAN MALAM TAPI TAK GUNA KALAU UMNO TAK UBAH!

    BERANI BERUBAH!

    ReplyDelete
  2. Macammana dengan sikap orang Melayu yang masih tidak berubah? Melayu lawan Melayu! Siapa yang bersorak? Lu pikirla sendiri. Tapi, ia..lakan orang Melayu ni malas berfikir, emosi saja yang lebih. Ia..lah semua ada darah pahlawan......

    ReplyDelete
  3. BUKAN PERSOALANNYA SIAPA IKUT SIAPA... BUKAN KITA TIDAK BERTERIMA KASIH ATAS PERJUANGAN UMNO DAHULU, TETAPI TAK KAN RAKYAT IKUT MENUMPANG PADA KERETAPI YANG TERGELINCIR DARI LANDASANNYA. SEHARUSNYA UMNO MENGAMBIL IKTIBAR UNTUK BERUBAH DEMI SURVIVAL POLITIK UMNO, SAYA SENDIRI SEBAGAI AHLI UMNO RASA KECEWA DENGAN KEPIMPINAN YANG AGAK HIPOKRIT...

    SERAIWANGI...BUKAN PERSOALANNYA MELAYU LAWAN MELAYU....ZAMAN SEKARANG MASYARAKAT MELAYU BERPENDIDIKAN TINGGI, MAKA ITU PARTI POLITIK HARUS MENGGUNAKAN PERDEKATAN BERILMIAH BUKANNYA CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

    SOKONGAN RAKYAT TERHADAP UMNO DAPAT DIKEMBALIKAN DENGAN SATU SYARAT UMNO HARUS BERUBAH DALAM BANYAK ASPEK.... JANGAN HANYA MENYALAHKAN ORANG MELAYU DAN PARA PENGUNDI....


    "DEMI RAKYAT, UNTUK RAKYAT, KEPADA RAKYAT"

    RAKYAT IKUT KERAJAAN TETAPI KERAJAAN HARUS MENDENGAR DAN MELAKSANAKAN AMANAH RAKYAT.... ITULAH NAMANYA KERAJAAN IMPIAN RAKYAT..

    ReplyDelete
  4. UMNO tidak perlu berubah sebaliknya hanya perlu kembali kepada perjuangan asal. Jika UMNO disarankan berubah ia hanya satu saranan yang akan membuatkan UMNO bukan sahaja tergelincir malah terus terhumban ke gaung.

    Ahli dan pemimpin UMNO sebenarnya masih tercari dan bingung apa yang nak di ubahkan dan sebab itulah hari ini masing2 jadi burung tiong kepada Najib sedangkan sendiripun tidak faham.

    1Malaysia gagasan Najib akan terima nasib yang sama seperti Hadhari paklah kerana auranya berbelah bagi, songsang, kosmetik dan lebih kepada propaganda yang agak mustahil.

    1Malaysia hanya pemanis bibir sedangkan hakikatnya Melayu masih terpinggir kerana pemimpinnya menyeleweng dari perjuangan asal.

    UMNO sudah tiada pemimpin, tiada pelapis pemimpin, tiada pelapis ahli yang setia dan ikhlas, hanya nasib sahaja yang mungkin menyebelahi mereka sekarang.

    ReplyDelete
  5. PSD scholarship review
    PUTRAJAYA: The Government will review the selection criteria for Public Services Department scholarships, said MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat........

    Berani Berubah .....

    ReplyDelete
  6. boleh dah kalau nak diajar mengucap...

    ReplyDelete