Friday, May 8, 2009

'KEBENARAN' JADI HAK CIPTA PAKATAN RAKYAT

Kalau kita dengar bahasa dan ungkapan ayat, ya Allah tuhan, hebat yang amat.

Perjuangan orang lain semua lapuk, ketinggalan zaman, tak relevan.

Perjuangan mereka tak lapuk, tak ketinggalan zaman dan paling relevan.

Kalau bercerita tentang demokrasi dialah yang terlebih demokrat.

Kalau cakap pasal moral dan etika, merekalah yang paling bersih dan berintegriti.

Kalau bercakap pasal ketelusan merekalah paling telus dan paling layak dipercayai.

Kalau bercakap pasal agama pun mereka yang paling tinggi pengetahuan dan amalan.

Bila cakap pasal pemerintahan, yang paling Islamik dia, yang paling democrat dia, yang paling telus dia, yang paling bermoral dia, yang tidak rasuah adalah dia.

Pendek kata merekalah ‘pemegang hak cipta’ atau ‘paten’ segala nilai-nilai dan peradaban terbaik sebagai seorang manusia atau sebagai seorang pemimpin.

Hak cipta rasuah, skandal, penyelewengan, tidak demokratik dan segala yang buruk semua dipatenkan untuk BN dan seisinya.

Kalau ada kalangan mereka yang rasuah, itu angkara perancangan jahat BN.

Kalau ada kalangan mereka yang beraksi bogel, itu disebabkan BN yang mengganggu kehidupan privasi mereka.

Kalau ada kalangan mereka yang melanggar undang-undang negara, itu juga kerana BN memaksa mereka berbuat begitu.

Kalau dia bertindak luar batasan demokrasi juga adalah disebabkan BN yang membuatkan mereka jadi begitu.

Kalau mereka engkar keputusan mahkamah, BN lah yang menyebabkan mereka berperangai begitu.

Kalau mereka engkar dengan perlembagaan negara juga adalah disebabkan BN.
Mereka derhaka pada Raja dan Sultan negeri pun kerana terpaksa.. angkara perbuatan BN.

Pendek kata segala kesalahan dan pelanggaran yang mereka lakukan adalah disebabkan oleh BN.

Sebarang kesalahan dan pelanggaran dari pihak BN…itu memang betul. Memang perangai BN macam tu.

Sebarang kebaikan yang dilakukan BN….awas..itu ada udang sebalik batu…!

Sebarang kelemahan atau penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam pentadbiran negeri-negeri yang mereka perintah, itu adalah disebabkan halangan dan kesulitan yang telah dirancang oleh BN. Itu sebab mereka lemah dan kadang-kadang nampak seperti menyeleweng.

Kalau di padang masyar nanti, mereka dipersoalkan tentang segala perbuatan buruk mereka, maka bolehlah mereka kata pada tuhan semesta alam, ‘saya jadi begini sebab BN’. ‘Saya sebenarnya baik. Kalau ada sebarang kesalahan dan kelemahan saya itu adalah berpunca dari BN’.

Mana tahu, kot-kot tuhan terima pulak alasan mereka. Alamat masuk syurgalah semua puak-puak mereka kerana segala dosa dan kesalahan mereka ditanggung oleh puak BN…

Alangkah beruntungnya kita kalau dapat jadi seperti dia orang.
Sebiji macam kehidupan haiwan dirimba…undang-undang semua ditangan sendiri…bebas semahunya.

8 comments:

  1. Pagi Ini saya terbaca satu blog yang menarik perhatian saya. dalam blog tersebut ada menyebut satu ayat yang saya fikir mesti dikongsi bersama iaitu "KENAPA AKU TIPU AKU"????....renungkanlah dan fikir sendiri!!!!

    ReplyDelete
  2. "HAK CIPTA RASUAH, SKANDAL, PENYELEWENGAN, TIDAK DEMOKRAKTIK DAN SEGALA YANG BURUK SEMUA DIPATENKAN UNTUK BN DAN SEISINYA."

    Bukannya sengaja pembangkang hendak menuduh sedemikian rupa. Ianya berdasarkan pengalaman dan keperitan yang dialami akibat dari tindakan BN seperti yang anda nyatakan diatas.

    Anda kan pernah berada didalam parti NOMBOR pada satu ketika dahulu. Saudara sepatutnya lebih maklum.

    Nampaknya sekarang ni anda agak bersuara lunak terhadap kepimpinan UMNO yang ada sekarang. Tidak seperti hentaman dan terjahan anda terhadap kepimpinan Pak Lah.

    Mungkin TAUKE anda telah menjadi Timbalan Menteri menyebabkan nada suara anda berubah secara tiba-tiba. Bagaimana sekiranya TAUKE itu tidak terpilih sebaliknya lawannya semasa perebutan ketua pemuda baru-baru ini pula yang diangkat tentulah nada suara anda berbeza.

    Dalam keadaan sekarng ini jika anda meneruskan terjahan terhadap kepimpinan baru, itu tindakan membunuh diri namanya. Tak dapat cium bau syurga u.....

    Saya adalah salah seorang daripada rakyat Malaysia yang sudah boleh meramalkan keputusan mahkamah tinggi berhubung dengan jawatan MB Perak. Kepada penyokong PR janganlah hendaknya bermimpi mahkamah akan menyebelahinya. Kita sudah melihat senarionya sejak awal lagi. Penerangan yang selanjutnya hanyalah ibarat MENYULUH DI TENGAH HARI BUTA.

    Lidah kita ini tidak bertulang dan kita boleh meliuk lentokkan percakapan kita mengikut suasana semasa. Wallahua'lam bissawab wailaihimarji'u wal ma'ab.

    ReplyDelete
  3. betulkan niat dulu, sebelum membuat sebarang kenyataan, andai kenyataan itu atas dasar kejujuran sebagai rakyat berfikiran terbuka..teruskan

    ReplyDelete
  4. Tulangkering..
    Secara realiti kelemahan BN tidak pernah saya nafikan dan dlm masa yg sama lawan kpd BN jg berpengalaman melakukan kesilapan. Tiada kesempurnaan kpd mana2 kjaan di sunia ini.
    Realitinya jg saya adalah ahli UMNO, dan sbg ahli, sudah semestinya saya akan mpertahankan UMNO dan perjuangannya. Sokongan saya kpd individu pemimpin UMNO adalah berbeza dgn sokongan kpd UMNO. Ini harus difahami dahulu. Jika tidak difahami maka akan timbullah isu 'sudah lunak'. Semestinya saya mesti lunak kpd UMNO dan kpd sesiapa jg yg saya yakini boleh menyumbang kpd kekuatan UMNO.

    Semestinya sbg ahli UMNO, saya akan mengkritik dan berusaha bersama mempastikan sesiapa yg dikira terkeluar dr prinsip perjuangan atau sesiapa jg yg dikira boleh membawa musibah kpd UMNO tidak berada dlm hiraki UMNO.

    Itu tanggungjwb ahli kpd partinya, spt jg ahli PKR, PAS atau DAP kpd parti masing2.Sbg ahli kita tidak boleh bertaklid buta dan mengiakan saja setiap perlakuan pemimpin sbg 'benar'walaupun terang2 pemimpin itu tersilap atau melakukan kesalahan.

    Politik haru-biru yg berlaku hari ini adalah disebabkan tiadanya pegangan 'yg salah tetap salah, yg benar tetap benar'.

    Kesilapan besar ahli parti2 politik hari ini adalah, asal ia parti kita maka segalanya mesti dipertahankan walaupun ia salah. Segala yg salah kita pertahankan bahawa itu betul.

    Kalau itu budaya politik baru yg cuba diiktiraf oleh pelaku dan aktivis politik hari ini, tidak hairan kpd kita Perak boleh jadi begini.Tiada lg sempadan dalam manusia mentafsir politik. Mungkin negara jg akan lebih punah jika budaya ini sudah menular ke tahap majoriti.

    Setelah berlaku perubahan kepimpinan, sbg ahli parti sudah tentu saya akan beri peluang kpd kepimpinan baru dan akan turut membantu mereka utk memperkuatkan parti yang saya ikuti. Bukankah ini sepatutnya yg dilakukan ahli setiap ahli parti kpd parti masing2?
    Jadi bagi saya tiada 'validity'dan saya tidak akan terusik dgn hujah mengikut tauke spt yg sdr gambarkan. Saya tidak iktiraf sistem tauke dlm politik. Persepsi sdr tidak sama spt apa yg saya lakukan. Hakikatnya terjahan sdr thdp saya agak tersasar.

    Itu juga realiti yg saya harus akui. Cuba bayangkan kalau majoriti rakyat Msia membuat terjahan yg silap terhadap sesuatu isu...sudah tentulah hiruk pikuk akan berlaku.

    Lihatlah depan mata...Saya akui BN dalam keadaan sukar jika kesilapan terjahan oleh majoriti rakyat ini tidak dpt diperbetulkan menjelang PRU13.
    Kita harus rasional. yg boto, boto. Tapi kalau yg salah tu haruslah juga diakui...

    ReplyDelete
  5. Kepada Tualangkering,

    kekadang kebenaran memang pahit jika ia tidak menyebelahi pehak kita.
    Apa kata jika ini adalah ketentuan Ilahi.
    Adakah kita redha.
    Sesuatu kejadian itu yg kita suka atau tidak suka adalah ujian untuk kita hadapi dengan tenang dan sentiasa "MUHASABAH DIRI".
    Jujur lah pada diri kita dahulu jangan Angkuh & Sombong.
    Tiada siapa tidak melakukan kesilapan. Kerana itu kita belajar dari kesilapan.
    Apa yang ada pada kita didunia hanya semantara ia datang dan pergi.
    TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH.

    SALAM
    dari,
    Umat Islam UMNO

    ReplyDelete
  6. Secara jujurnya kita dapat perhatikan bahawa ada benarnya juga apa yang diperkatakan oleh pembangkang.Ini semua berdasarkan pengalaman mereka kesan daripada dasar BN terhadap mereka.

    Kita tidak boleh menafikan sepenuhnya kenyataan ini kerana itu pengalaman mereka, kalaulah persepsi ini tidak dapat diperbetulkan maka PRU-13 bakal mencatat satu lagi sejarah dalam lembaran politik negara.

    Sebenarnya apa yang dimahukan oleh rakyat hanya ketelusan kerana para pengundi dewasa ini terutamanya pengundi muda berpendidikan tinggi jadi mereka boleh menganalisis sendiri seterusnya membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka BUKAN berdasarkan maklumat perdana semata-mata seperti kata pepatah "bersuluh di siang hari"

    ReplyDelete
  7. Nak Tanya Tulangkering,

    Sekiranya keputusan mahkamah berpehak kepada PR, adakah NIZAR & kuncu-kuncu nya sanggup BUBUR DUN Perak dan adakan semula pilihanraya di PERAK.

    Jawab dengan JUJUR & IKHLAS.

    Disinilah letaknya MARUAH & KEIKHLASAN PR dan bukannya HIPOCRATE
    atau bersikap MUNAFIQ.

    ReplyDelete