Wednesday, May 6, 2009

ANWAR + UMNO = ANWAR + PAS = LEBAI MALANG

Dari segi politiknya, Anwar tidak berbuat sesuatu yang salah jika benar dia sedang berusaha menguasai PAS melalui kumpulan Erdogan. Tiada undang-undang yang menghadkannya.

Kepimpinan ulamak PAS masih memegang prinsip dan etika tertentu dalam meneruskan agenda perjuangannya, terutama dalam isu-isu yang berkaitan kedaulatan agama Islam, raja-raja, bangsa dan tanahair.

Kaedah dan pendekatan golongan ulamak ini yang mungkin mendatangkan sedikit masalah kepada Anwar kerana kepimpinan ulamak ini masih membataskan gerakan mereka kepada prinsip dan etika yang meletakkan keutamaan-keutamaan tertentu dalam gerakan kepartiannya.

Anwar, seperti kita semua maklum, punya pendekatan yang tidak terbatas. ‘The sky is the limit’. Matlamat menghalalkan cara adalah kepercayaan politik Anwar. Bagi Anwar matlamat menghalalkan cara termasuk sebagai sebahagian dari ‘bil-hikmah’ perjuangan.

Di sinilah titik pemisah di antara pendekatan Anwar dan pendekatan kepimpinan ulamak PAS.

Bagi Anwar, jika PAS tidak dapat dikuasai melalui pendekatan ‘menyerap kepimpinan yang sealiran’ di dalam kepimpinan PAS, lambat laun akan berlaku pertentangan juga di antara Anwar dan kepimpinan ulamak PAS.

Jika ini terjadi, maka akan hancurlan segala impian Anwar.

Peranan Anwar sebagai jambatan penghubung di antara PAS dan DAP juga tidak akan berfungsi lagi.

Peranan Anwar sebagai juara pencipta titik pertemuan dan persamaan antara parti-parti pembangkang juga akan dipertikaikan.

Multi-pluralisme, multi-culturalisme dan macam-macam multipurpose lagi yang sedang diolah oleh Anwar juga akan jadi 'projek terbengkalai'.

Semua gerakan ini akan menemui ajal di tengah jalan jika kepimpinan ulamak terus menguasai PAS.

Kepimpinan ulamak inilah halangan terbesar yang bakal membantutkan segala perancangan Anwar.

Mahu tidak mahu, pembetulan kepimpinan PAS harus dilakukan sepertimana Anwar pernah lakukan semasa dia di dalam UMNO.

Pendekatan menyerap orang-orangnya ke dalam hiraki kepimpinan UMNO dulu sedang cuba dilakukan di dalam kepimpinan PAS hari ini.

Apakah kepimpinan ulamak PAS boleh berkompromi dalam hal ini?

Proses menyerap kepimpinan dalam UMNO yang dilakukan oleh Anwar telah menyebabkan wujudnya pertentangan sesama sendiri dalam kepimpinan UMNO.

Jika pendekatan itu juga yang sedang dilakukannya di dalam kepimpinan Pas, tidak syak lagi, suatu hari nanti penyakit yang sama juga akan berlaku di dalam PAS.

Kita sama-sama lihat pendekatan Anwar ini, samada akan berjaya atau akan jadi ‘pendekatan lebai malang fasa II’ buat Anwar.

2 comments:

  1. begitulah bentuk dan corak berpolitik... kalau bijak, menguasai. tak bijak akan dikuasai... semua itu sempurna dalam politik...

    ReplyDelete
  2. JADUAL PENGAJIAN BULAN MEI
    Tarikh: 8 Jumadilawal 1430H/ 3 Mei 2009M (Ahad)
    Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
    Tarikh: 14 Jumadilawal 1430H/ 9 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi
    Lokasi: Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: al-Fadhil Dato Haji Salleh Haji Ahmad dan al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Mat Zin
    Kitab: Iqna’ (Dato Haji Salleh) dan Jauharatut Tauhid (Ustaz Zamihan)
    Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1
    Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Ahad)
    Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

    http://pondokhabib.wordpress.com

    ReplyDelete