Tuesday, May 5, 2009

ANWAR, UMNO, PAS DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

Masa Anwar mula-mula masuk UMNO dulu Hj.Hadi ada komen. Kalau nak bersihkan tong tahi kenalah bersihkan dari luar. Kalau bersihkan dari dalam terpalit juga ke batang tubuh sendiri.

Maksudnya pada masa tu..UMNO parti assabiah dan tidak memperjuangkan Islam. Mungkin maksud tu sekarang sudah tidak digunapakai lagi. Sekarang ni bagi Pas, assabiah dah tak bertentangan lagi dengan hukum Islam.Tafsirannya sekarang lebih kreatif.

Kawan dok fikir, kalau betul-betul ikut Islam, bukan saja tong UMNO yang tidak Islamik. Tong Demokrasi Berparlimen pun tidak Islamik jugak.

Mana ada dalam Islam Sistem Demokrasi Berparlimen..!

Politik Islam tidak pernah mengajar umatnya “pemerintahan berdasarkan majority”.

PAS kata Anwar masuk tong tahi UMNO, tapi PAS masuk tong tahi lebih besar, iaitu tong tahi demokrasi berparlimen. Tidakkah PAS terfikir akan palitan najis demokrasi apabila dia juga turut serta terjun ke dalam sistem demokrasi yang tidak Islamik tu ?

Ijtihad tentang ‘kuasa” PAS berbeza-beza. Perjuangan melalui UMNO dianggap tidak sah dari segi Islam, tapi ijtihad perjuangan PAS melalui demokrasi yang berdasarkan majority untuk berkuasa dikira sah pulak.

Kita yang Islam ni pun naik pening dengan kreativiti tafsiran agama oleh para alim ulamak Islam. Agaknya bukan Islam lagilah pening menengok ragam dan kepelbagaian tafsiran agama oleh kalangan kita.

Belum pernah pulak kita dengar penganut fahaman budhha atau kristian atau pun hindu bercanggah-canggah dalam pentafsiran agama mereka.
Dibuka untuk perbahasan...

3 comments:

  1. Keliru ! ! ! So banyak lagi la ko kena belajar. Baca bahan ilmiah Politik Islam bukan Kitab Fadilat Tabligh.

    ReplyDelete
  2. Saudara Anonymous 12:19 PM

    Kenapa tak rujuk pada al-Quran saja sebagai panduan! Apa yang dimaksudkan bahan ilmiah politik Islam?

    ReplyDelete
  3. Anon,
    Steady la sikit bro..Bagilah hujah yg ada 'outcome'. bukan sekadar nak menjunjung ananiah diri. Bagi ruang pada semua buku2 rujukan. Bukan dgn cara siang2 menutup ruang utk buku tabligh berhujah. Mana ada org berilmu berani kata ilmu dia dah cukup byk dan tak perlu belajar lagi..

    ReplyDelete