Saturday, April 20, 2013

MOHAMAD HASAN DIPERINGATKAN TOLONG SELAMATKAN BN N.SEMBILAN!!

PM DS Najib berkata: "Sekiranya keputusan diubah pada saat-saat akhir, berkemungkinan akan timbul masalah lain.''

Beliau berharap, barisan calon terbaharu yang telah diketengahkan diterima oleh rakyat.

Apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri ini adalah benar dan tiada yang benar melainkan benar belaka. Sebagai ahli parti, akhirnya tuntutan utama kita adalah untuk memastikan parti yang kita dokong ini menang. 

"Individu tidak penting, yang penting adalah parti". "Kepentingan parti mengatasi kepentingan individu". Itulah yang sering diperingat dan dinasihat oleh pemimpin kepada ahli parti.

Kesimpulannya, setiap pemimpin dan ahli parti mesti ikhlas dan jujur terhadap perjuangan parti. Itu hakikat yang tersurat.

Tapi kerap kali tag line "ahli mesti setia, ikhlas dan jujur" terhadap parti ini sering dijadikan "modal asas atau alat" pula oleh pemimpin yang "mendahulukan kepentingan diri dari kepentingan parti".

Suburnya amalan "matlamat menghalalkan cara" di kalangan pemimpin parti adalah berpunca dari "sifat mementingkan diri melebihi kepentingan parti". Matlamat menghalalkan cara ini adalah mainan pemimpin yang berkuasa di dalam parti dan bukan ahli parti.

Sejarah tumbangnya kerajaan BN di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor adalah berpunca dari suburnya amalan mendahulukan kepentingan diri melebihi kepentingan parti oleh sebahagian besar dari pemimpin parti yang berkuasa. Bukan amalan ahli parti.

Harus diingat, "Kepentingan diri seorang ahli parti atau rakyat" adalah berbeza dari "kepentingan diri seorang pemimpin" yang mempunyai kedudukan di dalam parti.

Kepentingan diri seorang ahli parti tiada perbezaan dengan kepentingan seorang rakyat di dalam sesebuah negara. Ahli biasa sebuah parti adalah rakyat kepada sebuah negara. Pemikiran ahli biasa parti sama juga sepertimana pemikiran rakyat biasa yang mementingkan dan memberi keutamaan kepada kepentingan diri, keluarga dan masa depan mereka melebihi dari segala yang lain. 

Di atas sebab inilah mereka akan menyokong mana-mana parti yang mereka fikir dan yakini boleh menjaga semua kepentingan-kepentingan ini. Mereka pasti akan mendahului kepentingan-kepentingan yang berkaitan dengan diri mereka daripada lain-lain kepentingan, waima kepentingan parti yang mereka anggotai. Hakikatnya prinsip ini adalah hak mutlak mereka sebagai seorang rakyat di dalam sesebuah negara.

Harus juga diingat bahawa, amanah dan tanggungjawab untuk menjaga kepentingan parti adalah terbeban sepenuhnya dibahu para pemimpin parti, manakala ahli parti bertindak sebagai pendokong kepada matlamat untuk menjaga kepentingan parti yang wajib diperjuangkan oleh para pemimpin parti. 

"Beban amanah dan tanggungjawab" untuk mendahului kepentingan parti melebihi kepentingan diri adalah lebih wajib dan tertanggung dibahu pemimpin parti dan bukan tertanggung dibahu ahli parti atau seorang rakyat yang menyokong parti.

Jika ahli dituntut supaya mendahulukan kepentingan parti, seharusnya seorang pemimpin parti lebih-lebih wajib lagi mendahului kepentingan parti melebihi kepentingan diri.

Siapakah yang lebih bersalah? Adakah seorang anak yang mementingkan perut dan tempolok sendiri atau seorang ayah yang mementingkan perut dan tempolok sendiri?

Apa perasaan seorang anak apabila mereka tidak henti-henti diberi nasihat, ingatan dan amaran oleh ibubapa mereka supaya mendahulukan kepentingan keluarga daripada kepentingan diri sedangkan ibubapa mereka, abang atau kakak sulong mereka bebas berbuat apa saja mengumpul kekayaan dan mementingkan tempolok sendiri di dalam segala hal?

Apa perasaan ahli keluarga yang lain jika mereka sering diberi nasihat, ingatan dan amaran supaya menjaga maruah keluarga atau jangan sesekali menjual maruah keluarga sedangkan ibubapa dan abang serta kakak sulong mereka bebas menggadai dan menjual harta pusaka peninggalan dato nenek mereka?

Sepatutnya ibubapa, abang atau kakak sulong merekalah yang membuktikan dan menunjukkan contoh terlebih dahulu bagi diikuti dan diteladani oleh adik-adik atau ahli keluarga yang lain.

Inilah sebahagian dari senario yang sedang berlaku di dalam parti yang kita wakili. Ahli diminta untuk memikul tanggungjawab lebih besar untuk menjaga kepentingan parti yang mereka pimpin, manakala sebahagian pemimpin bebas mencatur segala kehendak mereka untuk terus menguasai parti walaupun terpaksa menghalalkan cara yang boleh menjahanamkan parti.

Saya selaku ahli biasa di dalam UMNO Negeri Sembilan khususnya terpanggil untuk menyatakan hakikat dan kebenaran ini untuk menjagakan mata, membukakan hati, perasaan dan ingatan para pemimpin UMNO yang sedang mengemudi kapal UMNO Negeri Sembilan yang sedang belayar di dalam kedudukan yang sangat tidak stabil.

Saya dan anak cucu-cucu cicit saya "akan menyumpah" para pemimpin ini jika disebabkan "amalan mementingkan diri melebihi kepentingan parti" dan "matlamat menghalalkan cara" yang diamalkan oleh "Mohamad Hasan dan keluarga" akan menyebabkan kapal UMNO/BN Negeri Sembilan ini karam di tengah lautan PRU13 yang sedang berlangsung.

Kenapa di dalam situasi genting yang menentukan hidup mati kerajaan BN di Negeri Sembilan ini, Mohamad Hasan selaku MB dan Pengerusi BN negeri masih tetap membuat percaturan "mendahulukan kedudukan dan kepentingan diri" beliau daripada kepentingan utama menyelamatkan Negeri Sembilan dari jatuh ke tangan pembangkang?

Tuduhan saya terhadap Mohamad Hasan bukan semberono tanpa asas!

Percaturan mengenengah calon baru dan mengekalkan sebahagian calon lama yang dilakukan oleh Mohamad Hasan di sebahagian kawasan adalah tindakan "membunuh BN". Sebahagian calon yang dinamakan, bukan calon pilihan parti, tetapi ia adalah "calon pilihan Mohamad Hasan" dalam usaha terdesak beliau untuk terus mengekalkan kuasa dan pengaruh beliau di Negeri Sembilan.

Mohamad Hasan telah memilih untuk memberi keutamaan menyelamatkan diri "mengatasi usaha" menyelamatkan parti.

Bagaimana Mohamad Hasan boleh berjaya mempengaruhi pejabat Perdana Menteri untuk menerima hampir 100% calon pilihan beliau?

Bagaimana Mohamad Hasan berjaya mengenepikan pra-syarat dan kriteria calon seperti faktor winnable, bersih dari kes polis, bersih SPRM dan bersih dari sebarang skandal hingga ramai kalangan calon BN Negeri Sembilan turun ke gelanggang rakyat turut sama membawa "baggage" yang boleh dijadikan senjata berkesan oleh pembangkang untuk membunuh BN?

Ada calon yang dikekalkan berhadapan dengan kes jenayah melepaskan tembakan bertujuan untuk mengancam seseorang. Kes ini sangat berat dan jika menurut akta dan klausa, tuduhan seperti ini "tidak boleh jamin".

Ada calon incumbent yang sedang turun naik mahkamah berebut harta "proksi" dan "nominee" yang telah meninggal dunia dengan memalsukan dokumen yang boleh disabitkan dengan kesalahan "perjury".

Ada calon yang masih di bawah siasatan SPRM tetapi boleh pula dicalonkan. Mohamad Hasan sendiri dikatakan termasuk di bawah kategori "siasatan SPRM" apabila dikatakan membawa 10 juta wang ke London melalui money changer tidak berlesen.

Ada calon incumbent yang sudah sangat tidak popular dan sangat buruk prestasi perkhidmatan serta ditolak oleh ahli parti dan akar umbi, tetapi Mohamad Hasan tetap mencalonkan semula mereka ini di atas faktor "YB ini tidak mendatangkan masalah kepada Tok Mat", walaupun mereka ini banyak mendatangkan masalah kepada rakyat.

Ada maklumat dari Lenggeng yang mengatakan sedang berlaku usaha dan kempen membalas dendam kalangan penyokong tajaan Mohamad Hasan untuk memastikan calon Lenggeng Dato Ishak Ismail kalah dalam PRU kali ini. Media turut dibawa masuk bagi memaparkan bagaimana rakyat kononnya menolak calon ini di Kg Dacing.

Siapa yang menguasai media di Negeri Sembilan ini sepenuhnya jika bukan Mohamad Hasan? Kenapa perkara ini dibiarkan? Bukankah Mohamad Hasan pengerusi dan pengarah pilihanraya BN Negeri Sembilan? Adakah Mohamad Hasan mahu calon BN Lenggeng ini dimalukan dan seterusnya dikalahkan?

Jika benar dakwaan ini, layakkah jika dahi Mohamad Hasan ini dilabel dengan tanda "pendendam" dan "pengkhianat Parti"?

Percaturan Mohamad Hasan menamakan "calon pilihan peribadinya" dengan menolak calon pilihan akar umbi adalah suatu penghinaan terhadap kebolehupayaan dan kewibawaan pemikiran serta maruah ahli dan akar umbi parti.

No comments:

Post a Comment