Tuesday, April 28, 2009

KERACUNAN

Kesibukan rakyat berbahas dan keasyikan memikirkan hal-hal politik harus dikurangkan ke paras lebih menasabah sesuai dengan ‘reform’ kerajaan dalam beberapa sektor penting kebelakangan ini.

Pertumbuhan sector perkhidmatan negara sebanyak 52% setahun jauh ketinggalan berbanding dengan rakan asean lain yang berada pada pertumbuhan sekitar 60% ke 76%.

Rakyat harus mengurangkan kadar pertumbuhan politiking yang tak berkesudahan. Pertumbuhan mendadak politiking sesama sendiri sejak PRU12 telah menyebabkan suasana politik negara mencapai tahap ‘overheating’.

Kalau politik ‘overheating’, kestabilan pentadbiran negara akan jadi ‘bubble’. Ia tidak sihat kepada kelicinan pentadbiran mana-mana kerajaan di dunia. Ekonomi, perpaduan kaum dan perpaduan rakyat akan terjejas jika keadaan ‘overheating’ ini berterusan.

Kalau pertumbuhan mendadak politiking ini dapat dikurangkan ke tahap lebih menasabah, mungkin pertumbuhan sektor perkhidmatan akan kembali kompetitif berbanding dengan rakan asean yang lain.

Ini teori sendiri yang baru dicipta.

Rakyat tidak boleh dibiarkan membazirkan otak dan pemikiran kreatif kepada suasana politiking, tuduh-menuduh, perebutan kuasa, memanipulasi sistem demokrasi dan mewujudkan budaya jatuh-menjatuh hukum di tempat-tempat awam, siapa yang betul dan siapa yang bersalah.

Pembaziran otak dan pemikiran sebegini, jelas tidak mendatangkan apa-apa hasil kepada rakyat.

Apa yang dapat dicapai dari budaya politiking tak sudah-sudah ini hanyalah kepuasan dan ego politik.

Hasil ‘langsung’ kepada rakyat tidak kelihatan hingga kini. Apa yang rakyat perolehi setakat ini hanyalah ‘menang berkokok’ apabila parti dan pemimpin ikutan mereka mendapat sokongan majoriti.

Rakyat dimomokkan dengan ‘limpahan maklumat’ separuh masak. Apabila maklumat separuh masak dijadikan santapan harian, maka ramailah di kalangan mereka yang kembong perut, angin satu badan dan muntah-muntah kerana keracunan pemikiran.

Bila penyakit merebak gara-gara terlalu banyak memakan maklumat separuh masak, segala rawatan dan kempen kesedaran oleh pihak kerajaan semua dipertikaikan. Apa saja yang kerajaan buat semua kelihatan salah pada penglihatan mereka.

Puncanya bukanlah kerana kerajaan tu salah sangat pun. Tapi pemikiran mereka sudah mengandungi racun.

Virus keracunan pemikiran ni lebih merbahaya dari virus ‘swine influenza’ babi yang sedang menyerang dunia hari ini.

Kerajaan menerima nasib yang sama seperti doktor ‘psychiatry’, di mana sering dicop gila oleh pesakit mental.

Selagi virus keracunan pemikiran ini gagal dibendung, maka selagi itulah segala kerangka reform yang telah , sedang dan akan dilakukan oleh BN akan ditolak mentah-mentah oleh golongan yang mengidap penyakit keracunan pemikiran.

No comments:

Post a Comment