TAHNIAH DS Najib. DS Najib akan memberi ucapan sulong selaku PM ke-6 di JPM petang ini. Dari ucapan ini, mungkin sedikit sebanyak rancangan masa depan negara dan arah tuju akan disebut.
Tanggungjawab pertama DS Najib yang rakyat ingin lihat ialah rupabentuk barisan kabinet. Sudah tentu DS Najib akan membayangkan barisan yang benar-benar mampu meyakinkan rakyat.
Tanggungjawab pertama rakyat Malaysia pula ialah menerima hakikat bahawa Allah swt telah memberi kepada negara dan rakyat seorang Perdana Menteri ke-6 yang bernama DS Mohd Najib Tun Abd Razak.
Tanggungjawab pertama barisan pembangkang juga adalah mereka wajib menerima hakikat ini. Melalui proses demokrasi dan segala bentuk perundangan, akhirnya yang menggantikan Tun Abdullah adalah DS Najib.
Sesiapa yang tidak menerima hakikat ini adalah tergolong dalam orang-orang yang melawan takdir dan ketentuan tuhan.
Apabila takdir dan ketentuan yang berlaku dilawan juga, tidak menghairankan sistem dan institusi yang digunapakai akan turut terjejas. Terjejasnya sistem dan institusi negara disebabkan oleh golongan yang tidak menerima takdir boleh dikira sebagai suatu pengkhianatan kepada negara.
Jika ingin berkuasa gunakanlah saluran dan ruang dalam sistem sedia ada. Jika sistem dan saluran sedia ada juga tidak diiktiraf, maka seharusnya golongan ini jangan terlibat langsung di dalam sistem ini.
Jika golongan ini tidak mengiktiraf pemimpin yang dilahirkan melalui sistem ini, mereka harus menggunakan saluran sistem ini juga untuk mengenepikan pemimpin yang mereka tidak iktiraf.
Mereka tidak boleh memanipulasi pemikiran rakyat dengan melemparkan sebanyak mungkin cerita tidak berpijak dibumi dengan niat untuk menjejaskan reputasi pemimpin yang dilahirkan oleh institusi yang mereka juga turut bergelumang hanya disebabkan oleh sifat mereka yang tidak mahu menerima takdir.
‘Komuniti melawan takdir’ ini harus membuang jauh-jauh mentaliti ‘ boleh kepada mereka dan tidak boleh kepada orang lain’.

Fahaman agama baru ‘Komuniti melawan takdir’ ini membawa maksud “takdir yang menyebelahi mereka wajib diterima tapi takdir yang tidak menyebelahi mereka harus diperrraangi habis-habisan walau pun terpaksa mengorbankan sebuah kehidupan bernegara”.
Persenyawaan yang berlaku hasil dari pernikahan parti-parti politik ke dalam sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini telah melahirkan DS Najib sebagai Perdana Menteri ke-6.
Persenyawaan yang berlaku hasil dari pernikahan parti-parti politik ke dalam sistem demokrasi berpelembagaan di negara ini telah melahirkan DS Najib sebagai Perdana Menteri ke-6.
Jika ada pemimpin dan parti-parti politik yang tidak mahu mengakui takdir kelahiran ini, maka lebih baik mereka tidak bernikah atau jika sudah bernikah, lebih baik ceraikan saja diri dan parti dari sistem demokrasi berparlimen yang telah dinikahi.
Keputusan cerai ini adalah lebih bertanggungjawab dari terus bersekedudukan dengan institusi tapi dalam masa yang sama terus menghina institusi dan segala peruntukan perlembagaan hingga anak yang dilahirkan melalui sistem ini turut ditolak hanya kerana anak tersebut tidak menyerupai wajah mereka.
Sekian untuk mereka yang berfikir….
Salam Jurublog yang dihormati dan penuh dengan credibility ....
ReplyDeleteApa bezanya komuniti yang melawan takdir dan komuniti yang memperjuangkan kebenaran .....
Arcadia
Sdr Anon..
ReplyDeleteMpjuangkan kbenaran vs melawan takdir 2 perkara berbeza. Takdir tidak boleh lari dari hakikat jodoh pertemuan rezeki dan maut. Tuhan makbulkan sesuatu hajat dengan izinNya ataupun dengan pemberianNya.
Dengan izin belum tentu ia halal tapi jika sesuatu itu terjadi atas pemberianNya sudah tentu ianya suatu yg halal.
Perjuangan melalui cara kotor juga boleh berjaya atas izinNya tp ia tidak halal dan boleh merosakkan. tp ssuatu yg berlaku semata2 atas kehendak dan pemberianNya pasti halal krn ia anugerahNya spt mencari rezeki melalui cara yg betul atau mendapat jodoh dgn cara yang betul. Boleh juga bertemu jodoh dgn cara 'memugai' atau membaca mentera. Allah izin jg tp belum tentu Allah redha.
Itu sebab perjuangan menegak kebenaran perlu disemak, apakah jenis kebenaran yg dimaksudkan dan apakah jln yg diikut dlm mperjuangkan kebenaran itu jln yg tuhan suka. Jika jln pjuangan itu jln yg disukai tuhan dan ianya berjaya, maka itu merupakan pemberianNya, tp jika jln pjuangan itu tidak disukai tuhan dan ia jg berjaya, maka itu adalah IzinNya tp belum tentu tuhan redha atau belum tentu hasilnya halal.
TAKDIR pula adalah ssuatu ketentuan yg telah terjadi atas kehendakNya dan ia diluar kemampuan manusia utk mengubahnya..rasanya semua tahu apa itu jodoh pertemuan rezeki dan maut. Tuhan telah beri saya isteri yg dimiliki hari ini. keputusan itu tidak boleh lg dilawan oleh ssiapa...
Begitu jg dgn Najib. Pertemuan yg dihasilkan dlm UMNO telah menjodohkan dia kpd bberapa jwtn termasuklah jwtn PM. Hasilnya, ketentuan rezeki dtg kpdnya. Jika hanya ada pertemuan tp tiada jodoh, maka mautlah yg datang, bukan rezeki. Itulah yg berlaku pd Anwar Ibrahim.
Kedua-dua keadaan harus diterima dan tidak boleh dilawan. Ia adalah keputusan dan ketentuanNya yg terhasil dr pelbagai usaha dan kejadian setelah kesemua mereka bersetuju dipersenyawakan didalam demokrasi berparlimen...
Itulah hakikat.
ReplyDeleteAda sebab mengapa Allah tak beri orang tertentu jadi Perdana Menteri sejak 1997 lagi.
Tuhan tahu apa yang orang tu dah buat dan tuhan tahu siapa orang itu sebenarnya.
Bertaubatlah dan redha dengan ketentuan Allah. Itulah hakikat.