Tuesday, June 16, 2009

BAPA MANIPULASI PEMIKIRAN RAKYAT....


Anwar sedang buat persiapan untuk menepis segala bukti dan keterangan yang bakal disebut di mahkamah berkaitan tuduhan ‘hubungan intim luar kotak’ pemikiran manusia normal yang bakal dihadapinya.

Di antara persiapan awal yang sedang dilakukan ialah;

1. Kenyataan Naib Ketua Pemuda PKR yng berbau ugutan kemungkinan berlakunya demonstrasi jalanan akibat dari ketidak puasan hati rakyat terhadaap sistem mahkamah. (Rakyat bagi mereka bermaksud ‘penyokong taksub Anwar’dan tak termasuk orang-orang macam kita semua).
2. Menggunakan isu Chin Peng untuk menambah lagi bebanan pemikiran rakyat yang semakin sarat dengan limpahan isu oleh Anwar dan rakan-rakan persubahatannya.
3. Menyebut 3 syarat kerajaan perpaduan, iaitu hapuskan kezaliman, perbaiki sistem kehakiman dan perbetulkan SPR.
4. Berusaha kekalkan suhu kepanasan politik Perak sperti yang dilakukan di Dewan Rakyat yang Mulia

Usaha-usaha pencegahan awal bagi memastikan rakyat tidak percaya kepada keputusan mahkamah seandainya keputusan itu bakal merugikan dia, haruslah dilakukan sebaik mungkin.

Jika Anwar menyeru supaya rakyat menunggu keputusan mahkamah dengan sabar, itu adalah seruan yang membunuh diri.

Jika rakyat dibiarkan meletakkan mahkamah sebagai institusi yang boleh meleraikan kebenaran sesuatu hal yang dipertikaikan, ada kemungkinan Anwar akan menempah maut jika keputusan tidak menyebelahi dia.

Untuk itu, suatu mekanisma harus dicari bagi membolehkan batang tubuh mahkamah itu sendiri dipertikaikan oleh rakyat.

Jika mahkamah sudah dipertikaikan oleh rakyat, maka andainya keputusan mahkmah nanti tidak menyebelahi dia, maka rakyat sendiri akan tolak.

Seandainya keputusan mahkamah menyebelahi beliau pulak, maka itu adalah bonus yang tak perlu difikirkan oleh Anwar. Bonus itu akan datang sendiri.

Mekanisma ini hanya bersifat sementara dan sebagai langkah awal, jika keputusan mahkamah tak menyebelahi dia.

Bermula dari hari ini hinggalah hari perbicaraan, akan ada lagi isu-isu baru bakal diketengahkan oleh Anwar dan rakan persubahatannya bagi tujuan menambah saratkan lagi pemikiran rakyat dengan pelbagai isu yang boleh menenggelamkan isu perlakuan luar kotak yang dilakukannya.
Jurublog akan terus tulis lagi dan lagi sebagai langkah pencegahan awal supaya rakyat dan pembaca jangan begitu mudah dilayari pemikirannya oleh ‘bapa manipulasi pemikiran rakyat Malaysia’.

Kepada para jurublog, mari kita kempen 'JANGAN BIARKAN BAPA MANIPULASI PEMIKIRAN RAKYAT MEMANIPULASI LAGI!'
Mohon Parpukari tolong pilih logo yang sesuai dan sebarkan...

2 comments:

  1. Mungkin Zaid Ibrahim Mantan Menteri Undang boleh memberikan Fakta2 dari segi undang2.
    Saya sokong jugaaa

    ReplyDelete